Novel Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hazneza Abdul Hamid telah diterbitkan pada tahun 2003. Karya novel ini telah diangkat untuk sebuah drama terbaru di Slot Vaganza Astro Prima mulai 29 Oktober 2019. Drama Cemburu Seorang Perempuan akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam dimana menggandingkan pelakon-pelakon hebat seperti Amar Baharin, Amyra Rosli, Emma Maembong dan ramai lagi.
SINOPSIS NOVEL CEMBURU SEORANG PEREMPUAN
Tidak sulit beristeri dua, Dhiya'... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu... Isteri, di wajahmu ada syurga... yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu... namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas sebelum waktunya. Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana... selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami yang sering gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal....

"Akukah yang tidak adil di dalam menimbang kasih?
Cemburu seorang Perempuan sebenarnya menceritakan bagaimana 2 wanita menangani rasa cemburu dengan cara masing2. Seorang menyemai rasa dendam dan seorang lagi mengukuhkan keimanan.
Persahabatan yang menjangkau 10 tahun antara Dhiya dan Zikrillah (Zik) berusia 16 tahun bermula sejak bersekolah yang sama di Pulau Pinang. Zik akur dengan kehendak mamanya dengan berpindah ke Kuala Lumpur kerana mamanya Camelia melarangnya bergaul rapat dengan Dhiya tanpa mahu mengenali Dhiya namun perhubungan tetap utuh.

Dhiya cukup mengenali papa Zikrillah orang Melayu mengahwini mamanya seorang perempuan Inggeris, seorang guru Bahasa Inggeris yang tegas. Bagi mama Zik, Dhiya tidak setaraf dengannya.
Zik jatuh cinta dan mengahwini Emilia (Emi) gadis yang mencuri hatinya dan menjadi kesayangan mamanya. Keakraban Zik dan Dhiya dicurigai dan Emi mencemburui Dhiya malah tidak menyukai bila Zik kerap mengunjungi Dhiya di kedai bunganya. Mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emi tak boleh mengandung lagi. Dia mahu mengikat kasih Zik dengan cahaya mata, lalu mencadangkan Zik mengahwini rakan baik nya sendiri, Dhiya' kerana Emi tahu Zik dan Dhiya' akan berkawan sampai bila-bila dan tidak akan wujud rasa cinta antara mereka.
Sehari selepas perkahwinan, Dhiya mengikuti Zikrillah dan tinggal di Bukit Jalil kerana dia perlu menjalani surogasi dan kerana Emilia tidak mahu ada ruang bagi Dhiya dan Zikrillah menyemai kasih. Pertemuan pertama kali Dhiya cukup membuat mama Zikrillah terkejut dan menuduh Dhiya ingin merampas Zikrillah dari Emilia.

Emi mahu menggunakan Dhiya' sebagai medium untuk melahirkan anak dia dan Zik. Ibu tumpang. Dhiya' rela kerana dia memang kasihkan Zik dan menghormati persahabatan Zik. Dia berkahwin dgn Zik supaya boleh melahirkan anak-anak untuk Emi dan Zik.
Bila Dhiya disahkan mengandung, Emilia menetapkan Dhiya harus melahirkan anak di Bukit Jalil. Dhiya akur. Zik menemani Dhiya sewaktu bertarung kepayahan melahirkan anaknya dengan harapan kehadiran mamanya supaya dapat melihat pengorbanan Dhiya. Berhasrat menamakan si bayi Anas tidak kesampaian.
Emi dan Dhiya' tidak dapat melarikan diri daripada rasa cemburu sedangkan Siti Aishah cemburukan Siti Khadijah, inikan pula Emi dan Dhiya'. Emi nekad Dhiya' takkan memiliki Zik, walaupun Zik tak pernah menyentuh Dhiya' dan setia pada Emi. Zik dan Dhiya' memang sahabat terbaik tetapi selepas 3 kali sabar melahirkan anak-anak hebat untuk Zik dan Emi, Zik mengaku sayangkan Dhiya' serta masih cintakan Emi.
Dhia tenang dengan karenah Emilia malahan akur untuk mengandung selepas Eizlan berusia 2 tahun, Zikrillah membantah tapi alasannya Eizlan perlu adik beradik.
Mengandung anak kedua, Dhiya memilih nama Rakel sekiranya perempuan dan Benjamin sekiranya lelaki tapi Emilia memilih Esmeralda.
Zikrillah pernah membuat perancangan melayani Dhiya seperti seorang isteri yang berhak dengan mempunyai anaknya sendiri tidak kesampaian bila dia terlupa Dhiya tiada di Bukit Jalil. Malahan Zik sendiri tidak mampu bersama Dhiya tanpa melupakan Emi.
Dhiya melahirkan bayi yang ketiga dan buat pertama kalinya Zikrillah membantu membersihkan puting buah dadanya hingga Dhiya tertunduk malu namun tetap mengajar Zikrillah.
Emi sentiasa menggelorakan perasaannya dan Dhiya' sentiasa memberi ketenangan kepadanya, tempat dia mengadu segala galanya. Dengan Dhiya' dia boleh bersembang apa saja, dengan Emi, hanya cinta yg membara. Zik tidak mampu 'bersama' dgn Dhiya' kerana terbayangkan Emi, dan Dhiya tak mahu bersama dgn Zik yg mahu menggaulinya kerana rasa simpati, bukan kerana kasih dan cinta. Emi menyibukkan Dhiya' dengan meminta Dhiya' mengandung lagi atas hasutan ibu bapanya yang tidak berkesudahan menyemai rasa ragu Emi atas hubungan Dhiya'-Zik.
Dalam masa dua tahun ini, pelbagai perkara telah Emilia lakukan untuk memastikan Zik tidak selalu berjumpa dengan Dhiya’. Hanya anak-anak yang akan tidur di rumah Dhiya selepas dihantar Zikrillah. Lebih tragis Emi bertindak ingin membakar dirinya dengan menyimbah kerosin bila Zik berhasrat menghantar Dhiya pulang ke Bukit Bendera setelah mengetahui mama Dhia kemalangan.
“Lupakan aku kalau dia sebut soal aku. Kita dah janji sebelum ni, kan?” potong Dhiya’.
Buat kali keempat Dhiya selamat melahirkan bayi lelaki. Hanya Eyad dipanggil namanya tidak seperti abang dan kakak-kakaknya Dhiya cuma memanggil dengan panggilan anak ibu.
Emi mula mengongkong dan mengugut siap dengan menggunakan minyak tanah dan pisau. Jika Zik berlama-lama di rumah Dhiya', Emi akan memukul anak-anaknya serta mencemuh Dhiya'. Dhiya' tetap sabar dan sanggup berjauhan dengan orang yang dicintainya malah mencadangkan Nik berpura-pura meluahkan rasa marah kepada dirinya di hadapan Emi supaya Emi lebih senang hati. Dhiya' melahirkan anak keempat tanpa Zik. Dhiya' pastikan Dhiya dan Zik tidak bertemu.
Namun rindu membawa Zik kepada Dhiya' hingga sanggup berbohong pada Emi. Emi mengekori dan dendamnya mekar kembali. Masa ketiadaan Zik, Emi mengajak Dhiya' keluar lalu mencederakan wanita itu. Emi mencederakan Dhiya bukan dengan tarik rambut, tampar-tampar tapi dia telah menggunakan besi untuk meluluhkan seluruh anggota Dhiya' hingga tercerai kedua2-dua tangannya, wajahnya ditoreh serta dibakar agar Dhiya' tidak mati tetapi menderita seumur hidup.
Emi ditakluk syaitan! Ya, dia dah gila! Balik ke rumah dia tak nampak anak-anaknya yang empat orang tu dan kesemua anak-anaknya mewarisi keindahan Dhiya', dipenuhi ilmu dan amal, dididik dengan al-Quran, dibaja dengan rasa hormat kepada ibu, mama dan ayah mereka.
“Kenapa Lan kawal adik-adik begitu?” tanya Emilia keras selepas duduk.“Lan nak bohong mama? Hah? Nak cakap bohong?” tanya Emilia lalu menampar muka Eizlan bertubi-tubi. “Mama... jangan buat Lan!” jerit Esmeralda dan Eliza bertindih-tindih sambil memegang kaki Emilia. Tangisan Eyad menggamatkan lagi keadaan. “Diam!!!” jerkah Emilia.
Eizlan, Esmeralda dan Eliza teresak-esak menahan tangisan tetapi Eyad terus meraung. Emilia merenung Eyad tajam. “Kau anak aku atau Dhiya’? Ha? He... he...” Emilia memegang leher Eyad. Semakin kuat Eyad menangis. “Mama, mama, jangan ma,” rayu Eizlan memaut lengan Emilia. “Lepas!” tepis Emilia. “Diam!” jerkahnya dengan suara yang serak lalu menghentak kepala Eyad ke dinding berkali-kali. Darah menghambur dari kepala lembut itu. Esmeralda dan Eliza sudah hilang kawalan. Masing-masing menjerit ngeri.
“Ha... kan dah diam... tengok ni... dah diam,” kata Emilia bersuara lembut kemudian menunjuk Eyad yang terkulai kepada Esmeralda dan Eliza. Jeritan kedua-duanya mengilai.
“Hei, Eizlan! Nak ke mana tu?” jerit Emilia apabila Eizlan cuba merangkak ke arah pintu. Emilia mencapai besi lampu lalu diayunnya dua tiga kali. “Lan pun nak lari macam Dhiya’? Ha? Nak lari macam ibu?” jerkah Emilia lalu menghentak kaki Eizlan dengan batang besi itu bertubi-tubi.
“Es suka bunga ros, kan? Biar mama lukis bunga ros untuk Es,” kata Emilia lalu mencarik baju Esmeralda. Pisau kecil digunakannya untuk mengelar bentuk bunga ros di atas muka Esmeralda kemudian ke atas perutnya. Isi yang lembut itu terkoyak membuakkan darah yang panas. Habis perut, dada, kaki, tangan dan muka Esmeralda dikelar bentuk mawar kembang. “ Hmmm , cantik anak mama,” kata Emilia.
“Liz? Liz suka apa?” “ Mmm , nanti mama fikir. Abstrak?” katanya duduk mencangkung sambil mengebam bibir dan bersungguh-sungguh mencarik-carik isi perut Eliza dengan pisau kecilnya. “
Zik kehairanan melihat jiran-jiran mengerumuni depan rumahnya dan usai masuk ke dalam rumah dilihatnya sebilah pisau tercacak di perut Eliza yang telah terburai. Emilia menuduh Zik menipunya malah menuduh anak-anaknya adalah anak Dhiya.

Nyawa anak-anak itu telah digugat ibu sendiri, dua anak pergi untuk selama-lamanya dan dua lagi mengalami trauma.
Emi mencederakan diri sehingga mati.
Zik teruji.
Dhiya' yang diterima sekarang sudah tidak sempurna, berkerusi roda, tangan-tangannya kudung, wajahnya berselubung tetapi hati Zik tetap terpaut.
Dhiya' dicintai dan dikurnia lagi 3 orang cahaya mata yang suci.. Dhiya' sentiasa teguh tak kira bagaimana dugaan telah menimpa dirinya. Akhirnya kebahgian milik mereka. Sahabatnya menyintai dirinya seikhlas-ikhlas hati.
"Gagal atau lulus seorang perempuan menjadi isteri ialah ketaatannya kepada suami, keupayaannya melindungi maruah suami. Bukan pada bilangan anak yang dia lahirkan! "
Selepas 40 hari kematian Emilia, rumah di Kelana Jaya dijual dan Zikri menetap di Bukit Jalil dan dia pulang ke Bukit Bendera untuk menemui Dhiya. Zikrillah menjadi orang terakhir berjumpa Dhiya di bilik selepas Eizlan dan Esmeralda yang tampak biasa tapi dengan gerutan di wajah.
Debaran sama seperti kali pertama dia hendak naik ke bilik itu pada malam perkahwinan dengan sahabatnya itu.
Zikrillah menolak pintu. Dhiya’ sedang duduk atas kerusi roda menghadap tingkap yang dibuka luas supaya Dhiya’ dapat melihat pemandangan bukit dan angin sejuk dapat masuk ke bilik itu.
Zikrillah masuk perlahan-lahan dan duduk melutut di sisi Dhiya’. "Aku nak duduk di luar, tapi banyak orang takut tengok aku dan... kena pakai tudung pula. Sebab tu aku duduk di atas aja,” suara itu benar-benar bukan suara Dhiya’! Garau. Pecah. Serak. Menyakitkan Dhiya’...
Zikrillah memandang rambut Dhiya yang baru mula tumbuh terpacak-pacak. Mukanya sudah ranap dibakar. Kakinya lumpuh akibat pukulan besi mengena saraf tunjangnya malah kedua-dua tangannya kudung sampai pergelangannya.
“Aku minta maaf...” rayu Zikrillah menyebamkan mukanya pada lengan Dhiya’.
“Bila kau nak ke UK? Aku tak boleh nak sambung belajar lagi buat masa ni,” tanya Dhiya’ selamba. “Aku takkan tinggalkan kau, Dhiya’,” jawab Zikrillah.
“Kaukan nak jadi doktor, tawaran dah sampai. Rezeki depan mata jangan ditolak,” kata Dhiya’. “Kau takkan boleh paksa aku pergi,” tegas Zikrillah.
“Jangan pergi kerana aku, Zik. Pergi kerana kau nak pergi... pergi kerana Allah... kerana nak mencari ilmuNya,” patah Dhiya’.
“Habis, kau?” “Ke manalah aku boleh pergi dengan keadaan cacat begini, Zik?” tanya Dhiya’ memandang Zikrillah sambil tersenyum.
Zikrillah segera memegang pipi Dhiya’. Terasa kulit yang melecur itu. Kasar.
“Kau tak cacat, Dhiya’... kau tak cacat. Sebalik semua kecacatan yang orang lain nampak ni, ada kesempurnaan, Dhiya’... kau ada hati yang baik... yang bersih,” ucap Zikrillah.
Dhiya’ memusing sedikit badannya ke arah Zikrillah. Dengan tangan kudungnya, muka Zikrillah disentuh.
“Bila kau tengok hati aku? Kau masuk masa doktor bedah aku?” gurau Dhiya’.
Zikrillah tidak mampu ketawa tetapi terus menangis dan memeluk Dhiya’. Kenapa kau sembunyikan air mata kau, Dhiya’?
Dhiya’ mengusap belakang Zikrillah dengan tangan kudungnya. “Jadilah doktor yang baik... yang mampu berfikir dengan tepat bila berlaku kes-kes kecemasan yang serius seperti ni,” bisik Dhiya’, mengeratkan pelukannya.
“Aku bawa anak-anak?” tanya Zikrillah.
“Kau dah bawa hati aku... tinggalkanlah cahaya mata kau untuk aku,” minta Dhiya’.
Tanpa sebarang perancangan, tanpa perlu berfikir dua tiga kali, Zikrilah ‘mengambil’ haknya dan Dhiya memberikannya kerana dia tahu dan sedar itu ialah kasih sayang dan bukannya simpati. Mereka bersatu dalam simpulan persahabatan yang dihalalkan dengan perkahwinan
Kau hanya tahu membahagiakan aku, sayang... dan aku akan belajar dan berusaha untuk membahagiakan kau pula, insya-Allah... itu sebaik- baik janji yang boleh aku berikan.
Selepas 9 bulan 10 hari, Anas lahir ketika Zikri masih belajar di UK dan di usia 2 tahun Anas, Dhiya, Eizlan dan Esmeralda pula mengikuti Zikri. Dhiya turut menjalani beberapa pembedahan di UK dan Amerika termasuk mendapat tangan palsu. Kemudian lahirnya Aisyah dan Umar dan selepas 15 tahun di perantauan mereka kembali ke negara tercinta.
Selepas 9 bulan 10 hari, Anas lahir ketika Zikri masih belajar di UK dan di usia 2 tahun Anas, Dhiya, Eizlan dan Esmeralda pula mengikuti Zikri. Dhiya turut menjalani beberapa pembedahan di UK dan Amerika termasuk mendapat tangan palsu. Kemudian lahirnya Aisyah dan Umar dan selepas 15 tahun di perantauan mereka kembali ke negara tercinta.
Dhiya' dicintai dan dikurnia lagi 3 orang cahaya mata yang suci.. Dhiya' sentiasa teguh tak kira bagaimana dugaan telah menimpa dirinya. Akhirnya kebahgian milik mereka. Sahabatnya menyintai dirinya seikhlas-ikhlas hati.
"Gagal atau lulus seorang perempuan menjadi isteri ialah ketaatannya kepada suami, keupayaannya melindungi maruah suami. Bukan pada bilangan anak yang dia lahirkan! "
Sinopsis Novel Cemburu Seorang Perempuan
Reviewed by Bawang
on
Tuesday, October 29, 2019
Rating:
No comments: