Novel Setelah Ku Dimiliki merupakan karya tulisan Zaza Qry yang telah diterbitkan pada 10 Ogos 2019. Novel ini telah diambil untuk drama bersiri terbaru di Slot Akasia bertajuk Drama Setelah Ku Dimiliki yang akan bersiaran mulai 29 Oktober 2019 di TV3. Dalam drama ini menampilkan pelakon hebat Zul Ariffin, Intan Najuwa, Tiz Zaqyah dan ramai lagi. Drama terbitan Nuansa Sdn Bhd dan diarahkan oleh Osman Ali akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam selama 28 episod. Sebelum itu jom baca dulu sinopsis Novel Setelah Ku Dimiliki.
SINOPSIS NOVEL SETELAH KU DIMILIKI
Sarrafia terkejut selepas kali pertama diperkenalkan dengan lelaki yang bernama Adriz itu. Lelaki yang buat tak tahu meskipun sudah melihat wajahnya. Pelik. Lantaklah, kalau tak kenal, lagi bagus. Lebih mudah. Dia pun bukan lagi perempuan terhegeh-hegeh serupa dulu.
“Saya tak pernah jumpa awak. Ini kali pertama saya jumpa awak. Tapi pelik sebab awak nampak tak sukakan saya.” - Adriz
Sarrafia naik menyampah apabila Adriz kerap mengekorinya. Kalau tak kenal sudahlah, yang nak mengekor tu apa hal. Gila! Pula tu selalu Adriz cakap dia berasa tak tenang. Lagi gila, sudah dia tak tenang nak ajak orang lain tak tenang juga.
“Saya nak tebus apa yang berlaku antara kita dulu.” - Adriz
“Gila! Nak tebus apanya. Guna duit atau nak guna badan saya sekali lagi?”- Sarrafia
Kedegilan Adriz membuatkan Sarrafia menerima apa yang mahu ditebus oleh Adriz. Walaupun dalam hatinya tetap ada rasa yang sukar untuk difahaminya sendiri. Sarrafia idak mahu bahagia, tetapi dalam hatinya penuh dengan cinta untuk Adriz. Bahagia ataupun tidak biarlah masa yang menentukannya..
SINOPSIS DRAMA SETELAH KU DIMILIKI
Mengisahkan tentang Sarrafia yang memulakan kehidupan baru di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu lelaki yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya.
Walau bagaimanapun, Adriz yang telah kehilangan ingatannya, tidak dapat mengenali Saraffia.
Sebelum ini Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya. Setelah sedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.
Bagi menenangkan hati Adriz, Encik Rahimin ayah kepada Adriz membawa anaknya ke Rumah Azirah. Adriz baru tahu bahawa ayahnya itu memiliki satu tempat yang dikenali Rumah Azirah sempena nama maknya.
Di sana dia diperkenalkan dengan Sarrafia.
Adriz telah membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarrafia namun wanita itu sering mengelak daripada bertemu dengannya. Adriz berasa sangat hairan dengan tingkah laku Sarrafia.
Apakah hubungan antara mereka berdua sebenarnya? Apakah yang terjadi di antara Adriz dan Sarrafia sebelum ini?
Sinopsis Novel Setelah Ku Dimiliki
Reviewed by Bawang
on
Wednesday, October 09, 2019
Rating:
No comments: