Sinopsis Sara Sajeeda (Slot Samarinda)

Saksikan Drama Sara Sajeeda yang akan disiarkan mulai 3 Oktober 2019 di Slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam. Drama in akan bersiaran selama 30 episod dimana diarahkan oleh Eoon Shuhaini, Feroz Khan serta Rizwan Zaman  dan terbitan Zeel Production. Menampilkan pelakon hebat daripada Malaysia dan Pakistan iaitu Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Fauziah Gous dan ramai lagi.



PELAKON SARA SAJEEDA
Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Shahruddin Thamby, Mas Anizan, Uyaina Arshad, Haliza Misbun, Jasper Supayah, Shasha Abedul, Sofia Ibrahim, Ali Reza, Hanna Halim


SINOPSIS SARA SAJEEDA
Menceritakan tentang Sara (Tiz Zaqyah), seorang pensyarah di sebuah kolej swasta yang dipaksa oleh ayahnya, Ismadi (Shahruddin Thamby) untuk berkahwin dengan menantu pilihannya, Megat (Fahrin Ahmad). Namun begitu, hubungan cinta yang terjalin selama 4 tahun antara mereka berakhir setelah Sara memutuskan hubungan itu akibat tidak tahan dengan sikap Megat yang terlalu mengikut kata-kata ayahnya tanpa mempunyai pendirian sendiri.

Fawaad (Arslan Asad Butt), seorang jejaka dari Pakistan, pada mulanya menetap di luar negara telah kembali ke pangkuan keluarganya. Tidak lama kemudian, dia ditawarkan untuk bekerja sebagai jurutera di Malaysia. Fawaad tersepit di antara mengutamakan keluarganya yang telah lama ditinggalkan atau kerjayanya. Akhirnya, dia memilih untuk memulakan kehidupan baharu di Kuala Lumpur.

Fawaad dan Sara bertemu dalam suatu insiden yang telah menambat hati Sara untuk mengenali Fawaad dengan lebih rapat. Pengenalan antara mereka mula berubah menjadi cinta namun tidak direstui oleh Ismadi. Sara ingin memperkenalkan Fawaad sebagai calon suami. Malangnya, Ismadi dikejutkan dengan berita gempa bumi yang melanda keluarganya sehingga dia terpaksa pulang ke negara asalnya.

Kembalinya Fawaad ke rumah, dia melihat keluarganya membuat persiapan perkahwinan untuknya. Dia rasa tertipu. Walaupun menolak pada mulanya, Fawaad akur dengan keputusan itu dan kasihan dengan nasib Sajeeda (Anmol Baloch) yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dalam kejadian tanah runtuh dan gempa bumi.

Setalah pulang ke Malaysia, Fawaad mula berbelah bahagi apabila Sara mengajui dia telah jatuh cinta dengan Fawaad sedangkan dia telah pun berkahwin dengan Sajeeda tanpa rasa cinta. Akhirnya, dia merahsikan perkahwinannya demi cintanya kepada Sara dan bersedia untuk mengahwininya meskipun tidak direstui Ismadi.

Selepas berkahwin, Sara dapat menghidu pergerakan Fawaad yang seakan menyembunyikan sesuatu. Fawaad pula kerap menerima panggilan daripada Salma yang mahu anaknya pulang. Apakah nasib Sajeeda di kampung itu?
Sinopsis Sara Sajeeda (Slot Samarinda) Sinopsis Sara Sajeeda (Slot Samarinda) Reviewed by Bawang on Thursday, October 03, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.