Sinopsis Novel Rindu Yang Terlarang

Akan datang drama terbaru slot drama vaganza adaptasi daripada Novel Rindu Yang Terlarang karya Umie Nadzimah diterbitkan pada Jun 2018 akan disiarkan di Astro Ria. Drama Rindu Yang Terlarang akan bersiaran mulai 26 November 2019 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.  

Untuk drama ini pelakon yang terlibat antaranya adalah Zahira Macwilson dan Fikry Ibrahim sebagai teraju utama serta pelakon lain Puteri Hanan, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Mat Over, Kartina Aziz, Jalil Hamid dan ramai lagi. Sebelum itu, jom baca dulu sinopsis novel rindu yang terlarang. 


SINOPSIS NOVEL RINDU YANG TERLARANG
Cinta sembunyi-sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah. Tidak mahu berdosa, Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia masih muda. 

"Jangan panggil kami mama dan ayah, kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!" - Puan Rohana.  

Benci dan dendam antara dua keluarga telah menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura. Jangankan hendak berbesan, selisih di jalan pun mereka tidak sudi. Masing-masing isytiharkan permusuhan tujuh keturunan. 

"Kita tetap akan nikah Ain!" putus Faith, masih yakin. 

"Tapi...macam mana?" Ainnura buntu. 


Kisahnya bermula dari pembelian tanah sahaja yang dicantas oleh keluarga Faith setelah keluarga Ainnura membayar pendahuluan kepada penjual. Dari sini perbalahan terjadi. Dari awal memang keluarga Faith bersalah terutama ibu Faith. Bongkak giler!!! 

Perkahwinan tanpa restu, bukan pilihan terbaik. Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia, tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara diam-diam. 

Yeah...nikmat berumahtangga bagaikan syurga dunia. Tapi sayang sekali ianya hanya seketika cuma. Bila rahsia terbongkar, Faith diberi kata dua, cerai ataupun nyawa. Atas ugutan keluarga Faith dan juga Ainnura turut di belasah teruk oleh orang upahan keluarga Faith, Faith terpaksa menceraikan Ainnura. Hampir mati Ainnura di kerjakan. Faith sahaja yang tidak tahu kerana dia ingat dengan menceraikan Ainnura keluarganya akan melepaskan Ainnura begitu sahaja. 

Dua-duanya nanar. Perpisahan tanpa rela buatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti yang telah dijanji, namun harapan hanya tinggal harapan. 

Beberapa tahun berlalu, walaupun sangat berjaya dalam kerjaya perasaan Faith tetap kosong dan beku. Tiba-tiba dia rasa bernyawa semula apabila bertemu kembali dengan Ainnura. Sedangkan hati Ainnura telah menjadi keras dan trauma dengan tragedi lalu. Maka bermulalah misi si duda memikat si jandanya. 

"Orang rindu Ain sangat...."- Faith 

"Rindu kita ...rindu terlarang !" -Ainnura 

Bersatu semula sedangkan keluarga mereka masih bermusuhan bukanlah satu rancangan yang bijak untuk mencari bahagia. Ainnura menolak, tidak mahu mengulang kisah lama. 

Sementelah, Reza Dato' Rashid sanggup menerima Ainnura seadanya dia. Faith tidak berputus asa, malah menggunakan Fawwaz untuk meraih semula cinta Ainnura.

Bagaimanakah pengakhirannya nasib cinta suci mereka? Siapakah Fawwaz? Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing-masing? 


SINOPSIS DRAMA RINDU YANG TERLARANG 
Kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Faith dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah. 

Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga. Faith dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. 

Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Faith terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing. 

Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Faith berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali. 

Sementelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnura masih inginkan Faith cuma Ainnura memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula. Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai.
Sinopsis Novel Rindu Yang Terlarang Sinopsis Novel Rindu Yang Terlarang Reviewed by Bawang on Wednesday, November 20, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.