Sinopsis Rindu Yang Terlarang Lakonan Fikry Ibrahim dan Zahirah Macwilson

Drama Rindu Yang Terlarang adaptasi daripada novel karya Umie Nadzimah akan bersiaran di Slot Drama Vaganza mulai 26 November 2019 setiap isnin hingga jumaat jam 7.00 malam di Astro Ria. Menggandingkan pelakon hebat seperti Fikry Ibrahim, Zahirah Macwilson, Amyza Aznan, Sahronizam Noor dan ramai lagi. Drama ini akan bersiaran selama 20 episod. 


DRAMA RINDU YANG TERLARANG
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini:

Waktu Siaran
Tarikh mula: 26 November 2019
Hari : setiap Isnin hingga Jumaat
Waktu : 7.00 malam
Slot : Drama Vaganza Astro Ria
Episod : 20

Pengarah/Produksi
Drama ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan terbitan Zeel Production Sdn Bhd


Pelakon
Fikry Ibrahim, Zahirah Macwilson, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Mat Over, Kartina Aziz, Jalil Hamid 

Watak Pelakon
Fikry Ibrahim 🌼 Fariz
Zahirah Macwilson 🌼 Ainnura
Amyza Aznan 🌼 Puan Ilah
Sahronizam Noor 🌼 Adnan
Mat Over 🌼 Encik Fazlan
Kartina Aziz 🌼 Puan Rohana
Jalil Hamid 🌼 Tok Wan

Lagu Tema
-akan dikemaskini-

Sinopsis Rindu Yang Terlarang
Kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Faith dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah. 

Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga. Faith dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Faith terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing

Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Faith berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali. Sementelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnura masih inginkan Faith cuma Ainnura memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula. Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai.
Sinopsis Rindu Yang Terlarang Lakonan Fikry Ibrahim dan Zahirah Macwilson Sinopsis Rindu Yang Terlarang Lakonan Fikry Ibrahim dan Zahirah Macwilson Reviewed by Bawang on Sunday, November 17, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.