Sinopsis Novel Bukan Kahwin Paksa

Akan datang drama terbaru di Slot Lestary TV3, 'Bukan Kahwin Paksa' adaptasi daripada novel karya Syamnuriezmil. Novel Bukan Kahwin Paksa telah diterbitkan pada tahun 2013 dan novel ini juga merupakan karya tulisan yang kelima daripada Syamnuriezmil. Untuk Drama Bukan Kahwin Paksa akan dibintangi oleh pelakon Kamal Adli, Hannah Delisha, Danial Dashuki, Alya Iman, Qistina Khaled, Liza Abdullah, Shah Rezza, Ziela Jalil dan ramai lagi. 



SINOPSIS NOVEL BUKAN KAHWIN PAKSA
Berikut dikongsikan sinopsis bagi novel ini. 

BLURB
Cinta tu, buta, pekak, bisu.”

“Kenapa cakap macam tu pula?”

“Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.”

Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh… maka jodohlah ia!

Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya kepada yang lebih berhak. Dia seorang yang memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Tapi, untuk berkorban dia perlu menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya.

Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi, Dara meletakkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri.

Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana, masing-masing sudah jatuh cinta.

“Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru… What say you?”

“Then you get your answer…”

“Jawapan?”

“That I love you too…”

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali… kita mula mencintai untuk dicintai. 



SINOPSIS NOVEL BUKAN KAHWIN PAKSA
Izz Rizqin (Uda) telah lama bercinta dengan teman sepermainannya, Ariyana, tanpa sesiapa dalam keluarga tahu. Tiba-tiba mummynya melamar Ariyana untuk alongnya, Azz. Dia amat kecewa kerana Ariyana telah menerima pinangan mummynya. Lalu dia melarikan diri ke Ipoh. Bila daddynya mencadangkan untuk dia dikahwinkan dengan anak teman baik daddynya, Dara Safiya (Dara), terus dia bersetuju. 

Kebetulan dia dapat tahu bahawa Ariyana telah menerima pertunangan itu kerana salah sangka bahawa lamaran itu adalah dari dirinya dan dia juga tahu alongnya sangat mencintai Ariyana. Jadi untuk mengelakkan banyak hati yang terluka, dia terus menerima cadangan daddynya dan menetapkan tempoh sebulan untuk bernikah. 

Dara telah dua kali kecewa dalam cinta. Pertama Irsyad dan yang kedua, Ryan. Dia ternampak Ryan bersama Nita di atas katil suatu pagi di rumahnya. Dalam kecewa dan marah, dia telah melampiaskan marahnya kepada Uda yang kebetulan adalah jiran Ryan.

Semasa Dara hendak menghantar coffee kepada Ryan yang baru pulang dari outstation, kantoi Ryan tengah bersama dengan perempuan lain di atas katil tanpa seurat benang pun. Dari hendak surprise kan boyfriendnya tetapi sebaliknya yang terjadi, Dara yang disurprise kan oleh Ryan. 

Padahal sebelum dia masuk ke rumah itu, dia telah dihalang oleh seorang lelaki iaitu Izz Rizqin, jiran Ryan yang baru pindah disitu. Malam sebelumnya, Izz ternampak Ryan bawa perempuan masuk ke dalam rumahnya dan Izz ingatkan itu bini dia. Dia tidak mahu Dara yang mengaku sebagai kekasih Ryan, melihat Ryan dan perempuan itu bersama di dalam rumah. 

Dara bingit sebab Izz cuba menghalang dia daripada masuk ke rumah Ryan sedangkan langsung tidak mengenali siapa Izz. Dara marah-marah dan dia cuba membuka pintu rumah Ryan dengan kunci extra yang Dara ada. Kebiasaannya Dara akan datang mengemas rumah Ryan apabila Ryan pergi outstation untuk elakkan daripada berhabuk. Dan memang betul Ryan dah surprise kan Dara. So, on that spot juga Dara naik hantu Semalam baru Dara datang dan kemaskan rumah siap tukarkan cadar lagi untuk Ryan tapi hari ini dah ada org lain "rasmikannya'. Selepas memutuskan hubungan dengan Ryan dia keluar dan dia terjumpa Izz di pintu lagi.

“Apa pandang-pandang?”

“Itulah, saya kata jangan masuk! Awak degil juga…”

“Diamlah!None of you business..”

“Aik.. kita yang nasihat, kita pulak yang kena marah?"

Sewaktu Izz berjalan ke kereta, dia ada dengar orang menangis. Ingatkan hantu, tapi siang-siang mana ada hantu kan. Rupanya suara tu adalah Dara yang tengah tersandar di kereta dan sedang menangis. 

"Cik.."

"Diamlah..."

"Mcm mana saya nak diam kalau cik buat kereta saya ni baldi tadah airmata cik. Nak nangis pun, nangislah dekat kereta sendiri. Kereta yang cik sandar ni kereta saya..."

"Awak tau tak, hari ni benda pertama yg saya fikir bila bangun, pergi beli kopi favourite boyfriend saya dan buat kejutan untuk dia. Dia pergi outstation seminggu, dan saya sarat rindu dia..tengok ape dia buat kejutan dekat saya pagi ni? Tido ngan perempuan lain yg dia kata dia tak kenal...Saya lari...saya sedih. Saya masuk je kereta, ingat nak lupakan ape yg berlaku tadi..Tapi awak tahu ape kereta saya buat?"

"Tak tahu.."

"Tak boleh Start!!!"

Semenjak kejadian itu mereka selalu berjumpa dan bertekak setiap masa sehinggakan Izz menggelarkan Dara Perempuan Garang dan Dara menggelar Izz Mamat Penceramah Tak Bertauliah (sebab suka pot pet). Sampai si Izz termimpi-mimpi berkahwin dengan Dara dan didera oleh si isteri tidur di kandang kuda pada malam pertama.

Semuanya bermula apabila Dara tersalah menghantar email.

“macamana nak maju kalau a simple e-mail pun tak boleh nak balas, Encik beads oooii” (butikboutique@gmail.com)

“Stop hantar e-mail dekat saya, saya tak jual beadslah, cik kak!” (duck_account@gmail.com)

Gulp! Aku silap hantar e-mel? Alamat! Dara tercengang.

“Sorry, saya silap e-mel address, bukan duck_account tapi buck_account. Sorry ya . “(butikboutique@gmail.com)

“Itulah, lain kali jangan main serang saja cik kak.. Awak ni orang mana? Ipoh kan?” (duck_account@gmail.com)

“kalau orang Ipoh kenapa?” (butikboutique@gmail.com)

“Saya tahulah orang Ipoh, sebab cik kak tulis nak hantar beads ke Ipoh.” (duck_account@gmail.com)

“Ya lah, kalau ya pun kenapa?” (butikboutique@gmail.com)

“Sebab..orang Ipoh mali memang talak sombong, tapi pemarah, garang, kuat mengamuk memang adalah” (duck_account@gmail.com)

Tak sangka, dari start email-email yang asyik bertekak ini, mereka telah menjadi kawan baik ala-ala Kawan E-Mel tetapi identiti sebenar masih rahsia dan kebetulan mereka akan kahwin pada hari yang sama dan mereka siap boleh battle pasangan mana dapat anak dulu. Siapa menang jadi dia boleh tuntut hadiah dengan yang kalah.

Mama & Papa Dara (Sulaiman & Dayana)  syorkan kepada suaminya untuk booking anak lelaki kawan baik suaminya iaitu Rizal dan Asyikin siap-siap untuk dikahwinkan dengan Dara. Sebab sejak putus dengan Ryan, Dara ada cakap tak akan kahwin sampai bila-bila. 

Berjaya tak agaknya misi nak menyatukan anak-anak mereka "Uda dan Dara" ni? Tapi family mereka ni memang giler best, sangat2 sporting, selamba, sempoi dan rapat.

Dara dan Izz, kalau terserempak tak gaduh memang Tak SAH!! Setiap kali berjumpa mereka mesti berperang.

Bagaimana pula keputusan battle antara Mr. Duck dan Cik Kak? Siapa yang dapat anak dulu? Kawin pada Hari yang sama kan.

Berjayakah rancangan Sulaiman & Rizal untuk menyatukan UDA dan DARA ni? Mungkin Dara ok, sebab dia memang dah putus dengan Ryan, tetapi Uda ni, takkan lelaki berkerjaya macam Uda tiada Girlfriend pula. Eh takkan la mereka kahwin dengan cara paksaan?

Dara setuju untuk berkahwin dengan pilihan Mama & Papa dia tapi dengan Syarat. Nikah lagi 2 minggu dan dia tak mahu jumpa dan tak mahu tahu siapa nama bakal suami dia. So, tak perlu tunang. Nikah terus sebab Dara dah tak tahan asyik diganggu oleh Ryan. Mau tak ternganga mulut Mama & Papa Dara dengan syarat Dara.

Dalam tempoh tersebut, Mr Duck dan Cik Kak masih berhubung melalui email. Semua masalah Dara diketahui oleh Izz dan sebaliknya. Mereka juga berkongsi pendapat mengenai barang hantaran. Iyelah Dara akan berkahwin dengan lelaki yang dia tak kenal dan langsung tak tahu apa yang bakal suami suka kan. Satu-satunya kawan lelaki yang Dara ada hanyalah Mr Duck. Jadi, Mr Duck pun bagi la pendapat sebagai lelaki dia mahukan barang hantaran yang ada semua tanda daripada si Dia seperti Samsung S4 dekat home dan lock screen mesti letak foto. So bila Mr Duck buka fon akan nampak foto si dia dan akan sentiasa teringatkan si dia. Dompet pun mesti letakkan foto jadi bila nak belanja dia akan belikan sesuatu untuk perempuan tu. Nak jam yang engrave nama dia, bila tengok jam setiap saat akan ingatkan si dia. Sweetkan Mr Duck ni. Dara terharu.. 

Kisah Ryan tak habis macam tu ja. Walaupun Dara nak kahwin dia ada plan sesuatu pada malam pertama Dara nanti. Dara gaduh besar dengan suaminya.

Sampai hari nikah, ha semasa upacara batalkan air sembahyang punyalah Dara terperanjat. Si suami dia adalah Mamat Penceramah Tak Bertauliah. Dan Izz, isteri dia Perempuan Garang yang dia fobia tu!! Guess what? dua-duanya pengsan.

"Follow the flow. Di mana air itu lalu, di situlah saya lalu. Kalau ada batu besar pun, sebesar mana batunya, kalau itu laluan saya, itulah pilihan saya..."

Banyak kejadian yang mereka lalui bersama yang mengeratkan lagi hubungan mereka suami-isteri. Hubungan mereka di email banyak membantu untuk meleraikan banyak salah sangka dan kecil hati. Mereka bahagia bersama dan cinta mereka berkembang kerana reda dan komunikasi mereka. 

Ryan masih tidak putus asa untuk cuba merebut Dara kembali tetapi Dara tidak mengendahkan dirinya. Nita pula telah mengandungkan anak Ryan dan Dara serta Vee telah merancang untuk memerangkap Ryan untuk mengahwini Nita. Dara cemburu dengan Ariyana tetapi akhirnya dia dapat menerima penjelasan Uda. Uda telah dilanggar oleh Ryan tetapi terselamat. Di akhirnya Uda dan Dara dapat tahu siapa teman email mereka masing-masing. Mereka akhirnya bahagia bersama
Sinopsis Novel Bukan Kahwin Paksa Sinopsis Novel Bukan Kahwin Paksa Reviewed by Bawang on Wednesday, December 25, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.