Sinopsis Novel Umar Hatta Karya Jaja Ahmad

Akan datang drama terbaru adaptasi daripada Novel Umar Hatta karya Jaja Ahmad yang telah diterbitkan pada tahun 2018. Drama Umar Hatta akan disiarkan pada tahun 2020 di saluran Salam HD UnifiTV. Dibintangi oleh Mustaqim Bahadon, Dayang Areeda, Saidi Ismail, Farisya Irwayu, Fadilah Mansur, Zulkifli Ismail dan ramai lagi. 


SINOPSIS NOVEL UMAR HATTA
Berikut dikongsikan sinopsis untuk novel ini. 

BLURB
Jangan buat show I Feel Good pula dekat luar tu. I can see you, Ley.” – Hatta

Jatuh cinta dengan bos? Too cliche! Jatuh cinta dengan pekerja? So lame! Tapi yang cliche itulah yang terjadi kepada Hatta dan Leyla. Yang lame itulah yang membuatkan Hatta nekad melamar Leyla.

““Ley, I’m serious. Deadly serious. Nak mati punya serius. I nak kahwin dengan you ni, you tak nak ke?” – Hatta


Di kota New York Leyla menerima lamaran Hatta. Hatta bahagia bersama Leyla dan begitu juga sebaliknya.

Namun kepulangan Zafran telah merubah segalanya.

“Hatta tu kotor, dia tak sesuai dengan you. Tak malu ke ada suami kotor macam tu?” – Zafran

Segala tuduhan kepada Hatta membuatkan Leyla mula berperang dengan perasaan sendiri. Tidak tahu siapa yang harus dia percaya dan diam Hatta membuatkan dia semakin resah. Namun bila mengetahui segala kebenaran, dia terasa mahu rebah.

Leyla mahu rebah dan Hatta pula sudah mula lelah. Tidak tegar untuk dia melawan dan tidak mampu untuk dia pertahankan, akhirnya bahu dia dijadikan alas untuk menanggung segala kesalahan. Hatta akur dan Leyla semakin berduka.

Mampukah Hatta bangun semula dari segala kesedihan dan rasa kecewa?

‘Battle with our innerself is hundred times harder than pergi medan perang.’ 

SINOPSIS NOVEL UMAR HATTA


Kisah hatta dan leyla. Bekerja dibawah satu bumbung dan leyla tak sangka akan jatuh cinta dengan hatta aka bos nya sendiri.

Dalam diam dia menyimpan perasaan pada majikannya dan leyla tak sangka cinta dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Di new york, hatta melamar leyla. Dan tanpa banyak soal, leyla menerima lamaran tersebut. 

Nampak macam mudah kan hubungan ni, tapi salah. Kerana dosa silam hatta telah mengganggu keharmonian rumah tangga mereka bilamana hatta ada sembunyikan satu rahsia besar dari leyla.

Leyla terkejut. Dia sangka suami nya seorang yang sempurna, tapi rupanya.. Hati leyla mula bersangka yang tidak-tidak, membuat telahan sendiri sehingga hatta makan hati dan merajuk.

Rahsia apa yang hatta sembunyikan? Apa yang akan berlaku bila rahsia besar hatta diketahui oleh family dia sendiri?
Dapatkah dia pohon kemaafan dari si isteri dan juga keluarganya?

Suami itu adalah rezeki yang tuhan berikan kepada kita. Ikhlaskan hati menerima dirinya, demi Allah akan bahagia rumah tangga.
Sinopsis Novel Umar Hatta Karya Jaja Ahmad Sinopsis Novel Umar Hatta Karya Jaja Ahmad Reviewed by Bawang on Friday, December 27, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.