Sinopsis Terlanjur Mencintaimu 2 (Slot Widuri)

Jangan ketinggalan menyaksikan Drama Terlanjur Mencintaimu 2 yang akan bersiaran mulai 12 Disember 2019 pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 7.00 malam di Slot Widuri TV1. Drama Terlanjur Mencintaimu 2 dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Aishah Azman, Reen Rahim, Ikhram Juhari, Ameerul Asyraf, Azam Pitt, Nisha Dirr, Aznah Hamid dan ramai lagi.


DRAMA TERLANJUR MENCINTAIMU 2
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini

Waktu Siaran
Tarikh Mula : 12 Disember 2019
Waktu : Setiap Khamis - Ahad, jam 7.00 malam
Jumlah Episod : 13
Slot Widuri TV1


Pengarah/Produksi
Drama ini diarahkan oleh Pali Yahya dan terbitan Tekun Rasmi Sdn Bhd

Pelakon
Saharul Ridzwan, Aishah Azman, Reen Rahim, Ikhram Juhari, Ameerul Asyraf, Azam Pitt, Nisha Dirr, Aznah Hamid, Kuna Muzani, Meor Mohd, Rahim Jailani, Liza Abdullah, Zalfazin, Qazem Nor, Farid Al Wari, Mak Wan

Watak Pelakon
Saharul Ridzwan sebagai Amir Haziq
Aishah Azman sebagai Salina
Reen Rahim sebagai Hanis
Ikhram Juhari sebagai Alif

Sinopsis Terlanjur Mencintaimu 2
Amir Haziq bin Dasuki seorang lelaki berusia 26 tahun yang mempunyai masalah / gangguan Autism dalam kategori ASD (Asperger Syndrome). Amir dianggap tidak sempurna oleh sesetengah manusia sentiasa dihina, diherdik dan dibuli. Ya, mungkin dia tidak sempurna di mata manusia, tetapi dia sempurna pada Allah.

Walaupun Amir Autism tetapi dia seorang yang sangat bijak. Tetapi ada beberapa perkara yang boleh mengganggu fokus Amir.

Pada usia 22 tahun, mula tahu bagaimana mengawal masalah yang dia hadapi sehinggalah satu kejadian yang mula mengubah hidupnya.

OST Terlanjur Mencintaimu 2
Akan dikemaskini
Sinopsis Terlanjur Mencintaimu 2 (Slot Widuri) Sinopsis Terlanjur Mencintaimu 2 (Slot Widuri) Reviewed by Bawang on Tuesday, December 10, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.