Telefilem Nenek Aku Instafamous (TV1)

Jangan lupa menyaksikan Telefilem Nenek Aku Instafamous yang akan bersiaran pada 7 Disember jam 9.00 malam di Slot Panggung RTM TV1. Telefilem ini dibintangi oleh Ewal, Normah Damanhuri, Sham Visa, Zarynn Min, Najua P. Ramlee, Mubarak Majid dan ramai lagi. 


TELEFILEM NENEK AKU INSTAFAMOUS
Berikut dikongsikan maklumat mengenai telefilem ini:

Waktu Siaran
Telefilem ini akan bersiaran pada Sabtu, 7 Disember 2019 jam 9.00 malam di TV1

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Ikhsan Sukiman dan terbitan Unit Drama TV RTM

Pelakon
Ewal, Normah Damanhuri, Sham Visa, Zarynn Min, Najua P. Ramlee, Mubarak Majid, Wan Raja, Ken Redzuan, Jalil Hamid, Lieza Khalid


TONTON TELEFILEM NENEK AKU INSTAFAMOUS

LINK:

*Video atau link akan dikemaskini. Sila klik link diatas ⬆️⬆️ untuk menonton


Sinopsis Telefilem Nenek Aku Instafamous
Kisah Rafiq, seorang instafamous yang sedang membuat video viral mengenai ’What does it mean to be 21’ telah ditangkap atas kesalahan menerima bahan terlarang di dalam kelab malam. Sebagai seorang yang popular di kolej, Rafiq telah dihukum gantung kolej selama sepenggal bagi membersihkan nama kolej dan meredakan keadaan pada ketika itu.


Mansor dan Lia yang merupakan ibu dan bapa kepada Rafiq kesal dengan perkara tersebut. Sebagai ayah yang juga merupakan seorang selebriti dan sibuk mencari nafkah buat keluarganya, Mansor meletakkan seluruh kesalahan kepada Lia yang juga seorang motivator berpengaruh kerana tidak mengawasi aktiviti anak mereka.

Setelah berfikir panjang, Lia akhirnya menyuarakan cadangan agar Rafiq dihantar pulang ke kampung suaminya untuk menghabiskan cuti penggantungan Rafiq dari kolej. Mansor yang masih menyimpan dendam pada ibunya, Mak Timah Andam mengenai perpisahan ibu dan ayahnya ketika dia masih kecil pada awalnya menolak. Namun setelah diyakinkan bahawa itu adalah jalan terbaik untuk menyembunyikan Rafiq dari masyarakat umum, Mansor terpaksa bersetuju.

Rafiq terpaksa menurut dan akur akan kata ibu dan bapanya. Kehidupan di kampung membuatkan Rafiq bosan sehinggalah Rafiq mengetahui bahawa neneknya Mak Timah Andam merupakan seorang usahawan jamu dan mempunyai instagram serta pandai membuat video tutorial.

Kagum akan kehebatan neneknya, Rafiq membantu menaikkan follower instagram Mak Tmah Andam dan membantu mempromosikan jamu sehingga Mak Timah Andam dikenali dengan nama “Granny With Masquerade” dan popular.
Telefilem Nenek Aku Instafamous (TV1) Telefilem Nenek Aku Instafamous (TV1) Reviewed by Bawang on Friday, December 06, 2019 Rating: 5

1 comment:

  1. Admin bila nk uploud citer nenek sku insta femes ni??? X sabar dh nk tgk niiii

    ReplyDelete

Powered by Blogger.