Biodata Isyariana Che Azmi Pelakon Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Siapakah Isyariana? Isyariana atau nama sebenar Isyariana Che Azmi adalah merupakan seorang pelakon dan penyanyi yang sedang meningkat naik. Isyariana pernah menyertai program realiti nyanyian Akademi Fantasia Musim 13 pada tahun 2016 dan juga pernah menganggotai kumpulan duo Hanarose bersama Eka Sharif pada tahun 2013 tetapi terpaksa dibubarkan pada tahun 2016.


Selepas itu, Isyariana mencuba pula dalam dunia lakonan dan Drama Married Tapi Benci adalah merupakan drama pertama lakonan Isya. Terkini, Isyariana telah membintangi sebuah Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami bersama pelakon Alvin Chong, Fizz Fairuz, Fatimah Noryyah, Elena Sui, Azizah Mahzan dan ramai lagi. Drama ini akan memulakan siarannya pada 13 Januari 2020 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Slot Megadrama Astro Ria. 


BIODATA ISYARIANA CHE AZMI
Berikut dikongsikan info/maklumat mengenai latar belakang Isyariana:

Nama Penuh:  Isyariana Che Azmi
Nama Popular: Isyariana/ Riana AF
Nama Panggilan: Isya
Tarikh Lahir: 31 Oktober 1990
Umur: 30 tahun (2020)
Asal: Temerloh, Pahang
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
Pendidikan: Diploma Seni Bina, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Pahang
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi
Penglibatan: Peserta Akademi Fantasia Musim 13
Drama: Married Tapi Benci, Urusan Hati Cik Drama Queen, Cik Serba Tahu, Duda Pujaan Dara, Geng Tadarus, Jangan Padam Rindu, Lelaki Kiriman Tuhan, Mata Ketiga, Puteri Yang Ditukar, Calon Menantu Tuan Rumah, Satukan Rasa, Tolong Sempurnakan Cerita Mami (2020)
Telefilem: Cinta Bae Kicap, Malam Ini Aku Menangis, Secarik Kasih Mama, Kipas Belum Mati, Izinkan Aku Menyayanginya, Papa Segera, Pentas, Kemelut Impian
Lagu Single: Girlfriend, Deritaku
Laman Sosial: Instagram/isyariana

FOTO ISYARIANA








Kredit foto : ig isyariana

Biodata Isyariana Che Azmi Pelakon Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami Biodata Isyariana Che Azmi Pelakon Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami Reviewed by Bawang on Saturday, January 11, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.