Akan datang drama adaptasi daripada Novel Hot Chocolate And Tea Lady karya Ramlah Rashid di Slot Violet RTM TV2. Drama Hot Chocolate And Tea Lady akan bersiaran mulai 29 Januari 2020 setiap isnin hingga khamis jam 8.30 malam. Dibintangi oleh Afifah Nasir, Nafiez Zaidi, Ungku Hariz dan ramai lagi.
SINOPSIS NOVEL HOT CHOCOLATE AND TEA LADY
Pertemuan pertama di pantri membuatkan Adam Aiman menyangka Shaza Amira sebagai ‘tea lady’ baru meskipun penampilan gadis itu langsung tidak menyamai pekerjaan itu. Dengan pakaian Muslimah moden yang ‘trendy’ dan berjenama, Shaza Amira layak dianggap seorang pengurus muda atau anak pengarah syarikat.
Tetapi kerana ego berdepan gadis yang cerdik dan cantik, Adam Aiman sengaja menyakiti lebih-lebih lagi apabila mengetahui gadis itu adik tirinya. Shaza Amira mengikut sahaja rentak abang tirinya, saling membenci dan berdengki.
Setelah lama mengenali keperibadian Shaza Amira, diam-diam Adam Aiman jatuh cinta dan berangan-angan mahu memperisterikan adik tirinya itu. Tetapi tidak seperti yang diangankan Adam Aiman, Shaza Amira masih merindui kekasih awalnya. Mulut berkata tiada lagi cinta, tetapi hati masih mengenang Zafreil. Mereka berjumpa tanpa disangka lalu cerita lama disambung dengan sengaja. Sengketa angkara orang ketiga terus dilupakan.
Cinta Zafreil pada Shaza Amira membenihkan dendam dalam hati Elsa. Bukan kerana cinta plastiknya pada Zafreil membuatkan Elsa nekad menghapuskan Shaza Amira, tetapi kerana impian jahatnya, kakak tirinya mesti mati!
Berjayakah Adam Aiman memiliki Shaza Amira? Apakah cinta Shaza Amira dan Zafreil memahat semula dan berjayakah Elsa melunaskan misi jahatnya?
Nak berlagak? Aku anak tuan punya syarikat ni pun tak berlagak macam tu. Dia, setakat pekerja aje nak tunjuk hebat? Tegaslah konon! – Shaza Amira
“Abang yang over, kerek tak bertempat. Ada ke anak Tuan Rusman yang cantik, muda dan bijak macam ni abang kata tea lady, kan? Memang patut pun Sha marah.” – Adam Aiman
Laa... aku tercongok temankan dia dekat tiga jam, alih-alih ajak pergi surau aje? Kenapa Tuan Rusman ni? Apa masalah dia?
Sinopsis Novel Hot Chocolate And Tea Lady Karya Ramlah Rashid (Slot Violet)
Reviewed by Bawang
on
Monday, January 27, 2020
Rating:
No comments: