Sinopsis Novel Jujurlah Nikahi Aku Karya Umie Nadzimah

Akan datang drama adaptasi daripada Novel Jujurlah Nikahi Aku karya Umie Nadzimah yang telah diterbitkan pada tahun 2014. Kisah novel ini akan diadaptasikan dalam Drama Jujurlah Nikahi Aku yang akan bersiaran di Slot Drama Vaganza Astro Ria bermula 27 Januari 2020 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam. Dibintangi oleh Sean Lee dan Uyaina Arshad. 


NOVEL JUJURLAH NIKAHI AKU
Berikut dikongsikan ringkasan atau sinopsis bagi novel ini:


BLURB
NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?

“Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”

Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu.

AHMAD ZANIF... Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?

“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin

“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif

Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.

Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir.

“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...” Syarat Nurin.

“Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum.

Milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?

SINOPSIS NOVEL JUJURLAH NIKAHI AKU
Mengisahkan tentang Nurin Asyfa yang dilahirkan sebagai seorang gadis istimewa. Disebabkan kekurangan yang ada pada dirinya, Nurin sentiasa terasa tersisih oleh keluarganya.  

Alan Wong seorang lelaki yang dikenalinya sejak dari kecil dan merupakan anak jiran sebelah rumah yang dibenci oleh keluarga Nurin. Alan Wong sentiasa berada disamping Nurin serta menjadi pelindung  dan membuatkan Nurin terasa gembira. 

Sebagai anak, Nurin menerima takdirnya walau dirinya dibenci oleh ibu kandungnya. Nurin lebih tertekan setelah adiknya, Zurin yang baru pulang dari Australia dibanggakan oleh ibunya sehingga sanggup berhabis duit demi Zurin. Nurin juga dipaksa keluar dari biliknya dan terpaksa berkongsi bilik kecil bersama adiknya Fatin. Walau kecil hati dengan sikap ibunya, Nurin tetap bersyukur kerana tingkap bilik itu membolehkan Nurin bertemu dengan Alan wong .

Dengan kerja yang disandang Nurin gembira menghabiskan masa dengan rutin hariannya. Kehadiran Ahmad Zanif anak lelaki tunggal Tuan Zainal membuka satu lembaran baru buat Nurin. Beberapa bulan mengenali Zanif, Nurin mula mengharapkan cinta dari Zanif. Hubungan mereka diketahui oleh Tuan Zainal dan isteri. Mereka gembira jika Zanif mengambil Nurin sebagai isteri. 

Dalam masa yang sama Zurin merancang untuk merampas Zanif dari Nurin. Zurin merancang sesuatu hingga Zanif meninggalkan Nurin. Lebih berat lagi Zurin sengaja memfitnah Nurin dan Alan pada En Arshad hingga Nurin dipukul sampai nyawa-nyawa ikan oleh ayahnya. Puan Azah rasa sangat gembira bila anak cacatnya menerima hukuman. Nurin kecewa bila Zurin dan Zanif bertunang. Zurin sengaja menunjuk-menunjuk pada Nurin niat jahatnya sudah berjaya memiliki Zanif. Pada pendapat Zurin, Zanif lelaki yang sempurna tidak akan memiliki perempuan yang cacat seperti Nurin. 

Zurin dan Zanif terlibat dalam kemalangan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan mereka. Akibat kemalangan itu Zanif lumpuh sementara. Zurin tidak mahu meneruskan perkahwinan mereka dan beranggapan Zanif tak layak bersamanya kerana kini Zanif OKU. 

Ayah Nurin  menyuarakan pada Nurin agar menjadi pengganti pengantin perempuan bagi menutup malu. Segala penderitaan Nurin dikongsi bersama Alan. Alan yang bersimpati dengan nasib Nurin mengambil keputusan untuk menikahi Nurin. Pinangan Alan ditolak keras oleh ayah Nurin kerana agama dan budaya. Alan akur bila Nurin terpaksa menerima Zanif sebagai suami demi ayahnya. 

Nurin dan Zanif hidup sebagai suami isteri, menjaga makan minum Zanif dan keperluan semuanya memerlukan semangat yang kuat. Cemuhan dan cacian Zanif terhadap Nurin menjadi rencah dalam kehidupannya. Lebih dari setahun berkongsi hidup. Doktor memberi tahu Zanif sembuh sepenuhnya. Zanif tidak memerlukan kerusi roda dan tongkat lagi. Tuan zainal merancang untuk percutian keluarga. Dalam percutian keluarga itu juga mereka mambawa keluarga Nurin termasuklah Zurin. 

Zurin sekali lagi membuat rancangan untuk merampas Zanif dari Nurin. Zanif yang tidak tertahan dengan godaan Zurin, mereka ditangkap dalam satu selimut dibilik tidur rumah Nurin. Nurin mengalami keguguran. Zanif yang terlalu marah lalu menjatuhkan talak pada Nurin. Zanif sengaja tidak mahukan anak  dari Nurin kerana takut anak yang lahir akan cacat seperti isterinya. 

Selepas diceraikan Nurin membina kehidupan baru bersama ayahnya menjadi penguat semangat. Nurin berjaya mendapat kerja sebagai pengurus Restoran cina muslim dengan bantuan sahabatnya Bibi. Bibi teman kelas agama semasa Nurin menjadi isteri Zanif. Menjadi tokey Restoran adalah impiannya bersama Alan.  

Setelah bercerai Zanif berasa sangat menyesal atas perbuatannya dulu pada Nurin. Zanif cuba memujuk dan merayu Nurin agar kembali padanya. Tetapi sudah terlambat, Nurin telah menutup pintu hatinya untuk Zanif. Kerana tidak mahu terus diganggu, Nurin menerima Adlan Qayyum sebagai tunangnya. Kehadiran Adlan menceriakan hidup Nurin. Nurin bersyukur Adlan Qayyum adalah insan yang sama yang sentiasa mencintainya. 

Impian Zurin untuk berkahwin Zanif tercapai tetapi akhirnya bercerai selepas Zurin melahirkan anak cacat. Zanif dihantar untuk buat rawatan kerana masaalah kekeliruan hingga mengganggu emosinya. Nurin dan Qayyum terus mengecapi kebahagiaan bersama amanah Allah yang diberi kepada mereka.
Sinopsis Novel Jujurlah Nikahi Aku Karya Umie Nadzimah Sinopsis Novel Jujurlah Nikahi Aku Karya Umie Nadzimah Reviewed by Bawang on Friday, January 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.