Sinopsis Novel Maaf Tak Indah

Akan datang drama adaptasi daripada Novel Maaf Tak Indah karya Emy Roberto. Drama Maaf Tak Indah akan disiarkan bermula 12 Februari 2020 di Slot Samarinda TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam. Dibintangi oleh Azlee Khairi, Azar Azmi, Fizo Omar, Ruhainies, Mustapha Kamal dan ramai lagi. 


NOVEL MAAF TAK INDAH

Blurb
Perkahwinan mereka yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza. Syazan tak mahukan anak tapi, Raimie sangat mahukannya. 


Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung. Dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka.


Lima tahun berlalu..

Pertemuan semula antara mereka menyentuh memori lama. Rindu pada si anak bagai membunuh Syazan.

"Saya nak jumpa Adam."-Syazan.
"Temankan saya untuk satu malam. How bout that?"-Raimie.

Syazan tahu permintaannya mungkin sangat mustahil untuk ditunaikan oleh Raimie. Malah keadaan menjadi semakin rumit bila rahsia yang disimpan bertahun lama diketahui oleh lelaki itu.

"Kalau saya diberi peluang untuk ubah jalan cerita kita, saya pasti akan ubah supaya kita sama-sama tidak terluka."-Syazan

Apa sebenarnya yang Syazan sembunyikan dari pengetahuan Raimie? Adakah Ikatan yang terlerai akan bersambung kembali?

Sinopsis Novel Maaf Tak Indah
Novel ini mengisahkan tentang Syazan dan Raimie yang berbeza pendapat setelah mengetahui Syazan mengandung. Syazan yang tidak dapat menerima hakikat bahawa dia telah mengandung telah mengambil tindakan drastik dengan menggugurkan kandungannya setelah dihasut oleh rakan baiknya, Cheryl di Amerika Syarikat. Sedangkan ketika itu kandungannya telah berusia tujuh bulan. Namun tidak berhasil dan akhirnya lahir juga anak tersebut tetapi anak itu cacat kesan perbuatan Syazan.


Anak tersebut dinamakan sebagai Adam. Kelahiran Adam menyedarkan Syazan dan tangisan pertama telah menzahirkan rasa bahagia dalam dirinya. Disebabkan perbuatan lalu, Raimie tidak membenarkan Syazan untuk menyentuh dan menjaga anak mereka.

Hal ini amat menyakitkan Syazan kerana haknya sebagai ibu kandung diketepikan. Raimie berpendapat Syazan tidak layak bergelar ibu dan isteri. Permohonan maaf Syazan tidak dilayan oleh Raimie malah hati Syazan tambah terluka apabila Raimie menjalin hubungan dengan Zila.

Akhirnya, Raimie menceraikan Syazan dan mahu berkahwin dengan Zila. Semasa diceraikan, Syazan sedang mengandung namun tidak diketahui oleh suaminya kerana dia berpendapat jika Raimie tahu pasti anak tersebut akan diambil.

Lima tahun berlalu, Syazan berjumpa dengan Raimie semula. Tetapi Raimie terkejut Syazan mempunyai seorang anak lain. Setelah diselidiki baru dia tahu bahawa anak tersebut adalah anak kedua mereka.

Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa. Raimie membenarkan Syazan berjumpa Adam dengan syarat Syazan tidur bersamanya. Demi kasih seorang ibu Syazan bersetuju dengan syarat bodoh bekas suaminya namun di sebaliknya Raimie yang masih menyayangi Syazan tidak bermaksud untuk berlaku jahat terhadap bekas isterinya.

Adam jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Raimie mengambil keputusan untuk menikahi semula Syazan. Pernikahan semula mereka menimbulkan kemarahan Zila yang tak henti-henti mengharapkan Raimie mengahwininya. Raimie tidak mahu berkahwin dengan Zila setelah mengetahui perbuatan jahat Zila terhadap arwah anaknya Adam.

Hati Raimie hancur dan penuh dengan penyesalan apabila melihat isteri yang disayanginya, hidup dalam penderitaan  sepanjang lima tahun mereka bercerai. Parut-parut duka dalam badan isterinya cukup menyeksa jiwa Raimie sehingga air mata penyesalannya menitis. Syazan juga masih hidup dalam penyesalan namun kekuatan dan kasih sayang suaminya memberikan semangat kepadanya.
HAPPY ENDING.

MAAF TAK INDAH bukan cerita manis, bukan kisah jiwang di awan tinggi. Tapi cerita seorang ibu yang tersilap langkah dan lahirnya anak syurga yang pernah dia cuba gugurkan. Dibuang keluarga dan diceraikan malah berpisah dengan anak yang dia sayang. Pendek kata dia hilang segalanya. Dia bukan seorang ibu yang baik, dia bukan wanita yang layak disanjung tinggi. Tapi dia mengharapkan kemaafan dari kedua orang tua dan bekas suami. 
Sinopsis Novel Maaf Tak Indah Sinopsis Novel Maaf Tak Indah Reviewed by Bawang on Saturday, January 18, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.