Sistem E-Testing JPJ Mulai Jun 2020

Apakah e-Testing JPJ? e-Testing JPJ adalah sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-testing) yang akan dilaksanakan mulai Jun 2020 di seluruh institut memandu. 


Sistem itu dikenali sebagai My A-License yang diadaptasi dari Korea Selatan dan China dan akan digunapakai di negara ini bagj mengatasi amalan pengeluaran lesen tanpa mengikut prosedur yang sah atau lesen terbang.

Pengenalan sistem baru itu membolehkan prestasi calon ujian dilakukan secara elektronik



dan keputusan akan dijana oleh komputer. Jadi, sistem itu tidak memerlukan pegawai JPJ untuk berada di sebelah pemandu sepanjang tempoh ujian dijalankan. 

Pegawai JPJ akan berada di dalam bilik kawalan khas yang disediakan oleh institut memandu untuk memantau kesalahan dan memberi arahan kepada calon. Langkah itu dilihat bukan sahaja memudahkan calon, malah tiada urusan di antara calon dan pegawai JPJ di dalam kenderaan, sekali gus dapat meningkatkan integriti jabatan berkenaan.

Pelaksanaan sistem e-testing juga memerlukan setiap kereta ujian dipasang dengan peralatan canggih seperti kamera, pengimbas dan GPS yang mampu mengesan kedudukan dan pergerakan kenderaan pada ketepatan setiap milimeter (mm).

Berita baik untuk anda dimana tiada penambahan yuran yang akan dilakukan bagi setiap institut memandu setelah sistem ini dilaksanakan Jun ini. 
Sistem E-Testing JPJ Mulai Jun 2020 Sistem E-Testing JPJ Mulai Jun 2020 Reviewed by Bawang on Thursday, January 23, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.