Sinopsis Novel Dia Random Guy

Akan datang drama adaptasi daripada Novel Dia Random Guy Karya Farah Husain yang akan bersiaran mulai 14 Februari 2020 pada setiap Isnin hingga Ahad jam 10 malam di saluran TV Okey RTM. Drama Dia Random Guy dibintangi oleh Afiq Muiz, Tania Hudson, Nazim Othman dan ramai lagi. 


NOVEL DIA RANDOM GUY
Berikut dikongsikan sinopsis mengenai novel ini. 

BLURB

Kerana tidak mahu dicop sebagai ‘loser’, Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka ‘random’ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu.

Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang.

Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung.


Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat.

“You are one heartless man! Saya harap…. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.” - Alina.

You know what, I take back my word. You ni bukan gila… but downright psycho. Go and get a treatment!”- Amzar.

Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu.

“You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?”- Amzar

“Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!”- Alina

Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala.

Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi ‘layanan bahu sejuk’. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari!

‘Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah’.

Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. - Hairi atau Dia… Random Guy? 

SINOPSIS NOVEL DIA RANDOM GUY


Novel Dia Random Guy mengisahkan tentang seorang gadis bernama Alina Suffiya, berusia 32 tahun dan masih single. Alin telah pergi ke majlis reunion sekolahnya tanpa dia tahu musuhnya, Zufa turut hadir ke majlis itu. Dia seboleh-bolehnya mahu elakkan diri daripada menyertai sebarang majlis kerana tidak mahu berjumpa dengan Zufa. Tetapi dia dengan senang hati pergi ke majlis itu tanpa dia tahu bahawa rakan baiknya telah menipu.


Keadaan menjadi lebih keruh setelah Zufa asyik memerli Alin yang masih belum ada kekasih hati. Disebabkan tidak tahan dengan amarahnya, dia menipu Zufa yang dia sudah pun bertunang dan dengan tiba-tiba menarik seorang lelaki tidak dikenali disebelahnya untuk diperkenalkan sebagai tunangnya, Kay. Alin sangkakan mulut Zufa akan diam tapi dia silap kerana Kay merupakan adik kepada kekasih hati Zufa. Dan rahsia pembohongannya terbongkar malam itu juga. Kay atau nama sebenarnya Zariel Amzar mula menyimpan dendam terhadap Alin kerana baginya kehadiran Alin telah menghuru-harakan hidupnya. Alin menyangkakan semuanya akan berakhir pada malam itu tetapi jangkaannya meleset.

Hidup Alin diduga setelah Amzar dilantik menjadi bos baru di tempat kerja Alin iaitu Salam Consultant. Amzar merupakan anak saudara kepada Haji Salam dan perlantikannya adalah untuk memulihkan kembali syarikat. Nama Alin diletakkan di bawah liability dimana nama alin dalam rekod untuk dibuang untuk mengurangkan perbelanjaan syarikat. Tidak lama kemudian Alin diberhentikan kerja dan dia sedar bahawa Amzar memang sengaja mahu membalas dendam.

Nasib Alin baik apabila Zafril abang kepada Amzar mahu membantunya dengan menawarkan untuk menghantar resume ke syarikat mereka iaitu Prima Group. Pada mulanya Alin tidak yakin dia akan diterima bemerja kerana hanya berbekalkan SPM sahaja. Tetapi dah namanya jodoh kan Alin diterima bekerja disitu. Alin diberi jawatan sebagai kerani tetapi yang best nya dia akan bekerja dibawah Amzar merangkap bosnya. Pada mulanya Amzar tidak mahu menerima Alin tetapi atas desakan Zafril dia bersetuju tetapi dengan syarat 'three strikes you' re out! '.

Alin memberi gelaran Sexy Goatee kepada Amzar. Hubungan mereka tak pernahnya aman sentiada bergaduh tambah-tambah Amzar selalu membuli Alin. Pada suatu hari mereka pergi ke Port Dickson atas urusan kerja tetapi berlaku salah faham setelah Amzar menuduh Alin ingin meruntuhkan rumah tangga orang lain. Demi meraih kemaafan, Amzar terpaksa menurut perintah Alin supaya tidak meninggikan suara dengannya. 

Kehadiran semula bekas kekasih Alin, Hairi menyebabkan Amzar tidak senang duduk. Keadaan bertambah teruk apabila Amzar mengetahui kisah silam hubungan mereka dimana hidup Alin terseksa dek dikerjakan isteri Hairi sehingga Alin dibuang kolej, dipukul di depan rakan-rakan dan kehilangan ayah. Amzar yang terkesan dengan situasi itu cuba ingin melindungi Alin tetapi Alin telah ambil keputusan untuk berhenti kerja. Dan sekali lagi Alin diserang oleh bekas isteri Hairi tetapi sempat dihalang oleh encik boss. Amzar ambil keputusan untuk umumkan bahawa Alin sudah bertunang dengannya demi meredakan situasi tersebut dan juga atas sebab Cinta. 

Adakah bahagia milik mereka jika kedua-duanya tidak pernah meluahkan rasa cinta? Adakah Alin dan Amzar berkahwin akhirnya? Bagaimakah pengakhiran kisah hidup Amzar dan Alin? Kenapa Zufa sangat benci dengan Alin?.. endingnya korang kena dapatkan novel dia random guy cepat-cepat ye! 
Sinopsis Novel Dia Random Guy Sinopsis Novel Dia Random Guy Reviewed by Bawang on Sunday, February 16, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.