Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad

Nantikan drama terbaru di Astro adaptasi daripada Novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad yang akan bersiaran tidak lama lagi. Drama Perempuan Tanpa Dosa akan dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose dan ramai lagi.


NOVEL PEREMPUAN TANPA DOSA

Blurb
Andai perkahwinan itu suatu perkongsian, dia ingin berkongsi segalanya bersama perempuan itu. Isteri, kasih ini tidak mungkin berubah walau hitam sejarah silam bisa membuahkan parut kelukaan. Kerana lafaz janji sebuah perkahwinan, kebahagiaan hari ini dan akan datang. Bukan luka pedih cerita-cerita semalam


Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa
Perempuan Tanpa Dosa mengisahkan tentang seorang gadis bernama Usu Sakinah yang setia menantikan cintanya bernama Rizal. Usu dan Rizal merupakan adik-beradik angkat dimana Usu dipelihara oleh ibu Rizal. Ibu Rizal berhajat untuk menjodohkan mereka tetapi semuanya hancur dek kerana harta. Rizal yang merajuk dengan ibunya telah membawa diri keluar dari kampung.


Setelah keluar dari kampung, Rizal bekerja dengan Datuk Majid, seorang yang berharta dan mempunyai seorang anak yang bebas pergaulannya bernama Lily. Lily mempunyai seorang kekasih hati bernama Eddie tetapi telah menghilangkan diri setelah tahu Lily mengandung. 

Untuk menjaga maruah keluarga Datuk Majid bercadang mengahwinkan Lily dan Rizal. Sebagai imbuhan Rizal ditawarkan jawatan dan upah yang lumayan asalkan setuju berkahwin. Demi sebuah maruah akhirnya mereka berkahwin. 

Di awal perkahwinan, hubungan mereka sangat dingin. Rizal membawa Lily pulang ke kampung halamannya setelah bertahun tidak pulang dan berita tersebut diketahui umum termasuk Usu Sakinah. 

Rizal dan Lily menghabiskan hidup di kampung. Kemudian Lily bertemu dengan Usu dan telah menjadi sahabat baik. Usu berusaha mendidik Lily ke arah kebaikan. Dalam masa yang sama Lily masih belum mengetahui sejarah silam antara Usu dan suaminya. 

Kemunculan semula Eddie telah mengganggu hubungan baik Lily dan Rizal. Eddie cuba meraih kembali cinta Lily dan pelbagai rancangan diatur supaya Lily kembali kepadanya. Awalnya Rizal tidak menghiraukan keadaan teesebut tetapi lama kelamaan cinta terhadap Lily mula berputik. Apakah yang akan terjadi pada Usu? Adakah Usu masih menagih cinta kepada Rizal yang telah berkahwin? Apakah yang terjadi kepada Lily setelah tahu kisah silam Rizal dan Usu? 
Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad Reviewed by Bawang on Saturday, February 01, 2020 Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.