Sinopsis Novel Seandainya Kau Ada Karya Kamsiah Abu

Nantikan filem terbaru adaptasi daripada Novel Seandainya Kau Ada karya Kamsiah Abu yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Filem Seandainya Kau Ada dibintangi oleh Aidit Noh, Raysha Rizrose, Fendy Bakry, Ruhainies, Ali Reza, Scha Elinea dan ramai lagi. Merupakan terbitan Zeel Production. 


SINOPSIS NOVEL SEANDAINYA KAU ADA

Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara.


Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac.


Perkenalan di alam cyber telah menjadi realiti kehidupan di alam nyata apabila Isaac menjejaki Nur Syahirah di negara yang berlainan benua itu. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya walaupun belum pernah bertentang mata.

Bagaimanapun, Nur Syahirah jadi keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul antara dia dan Isaac. Amat payah untuk Nur Syahirah menerima cinta Iskandar ataupun Isaac kerana kisah pilu dahulu sentiasa membelenggu hidupnya.

Berkat sabar dan sikapnya yang tidak mudah putus asa, akhirnya Iskandar berjaya mengahwini Nur Syahirah. Dalam kekeliruan mengenali perasaan sendiri, Nur Syahirah pasrah dan berusaha untuk membalas cinta luhur suaminya itu.

Namun, apabila kebahagiaan Nur Syahirah disamping suami tercinta sudah mula menjengah, hati Nur Syahirah diduga lagi. Fazlur, lelaki yang pernah mengecewakannya dahulu kembali menagih perhatian Nur Syahirah.


Walaupun telah berkahwin dengan Rozita, wanita pilihannya, Fazlur masih mengharapkan kehadiran Nur Syahirah semula. Nur Syahirah yang merasakan bahawa Fazlur perlu mendapat sokongan dan perhatiannya, telah menyebabkan Iskandar berada dalam keadaan serba salah. Apakah reaksi Iskandar terhadap isterinya itu?
Sinopsis Novel Seandainya Kau Ada Karya Kamsiah Abu Sinopsis Novel Seandainya Kau Ada Karya Kamsiah Abu Reviewed by Bawang on Sunday, February 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.