Sinopsis Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi

Nantikan drama terbaru adaptasi daripada Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi karya E-Man Sufi yang akan bersiaran mulai 24 Februari 2020 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Slot Akasia TV3. Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi dibintangi oleh Aeril Zafril, Nabila Razali, Hun Haqeem, Raja Afiq, Wilma Muhammad, Aidil Aziz, Elly Mazlein dan ramai lagi. 


NOVEL SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI

Blurb
Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman! Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa!

“Kau ni memang kejam kan? Kau tinggalkan dia tanpa tanya khabar. Hilang macam ditelan bumi dan sekarang kau tergamak muncul depan dia dan kenalkan diri kau Auntie Aira? Ibu jenis apa kau ni?”
– Andika

“Bukan ke abang juga yang cakap dulu, lepas kita bercerai... abang dan Sofia bukan sesiapa lagi dalam hidup saya dan begitu sebaliknya... Jadi jangan tayang muka yang kononnya saya ni teruk dan abang tu baik sangat” – Aira

Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk . Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira.

"Apa yang berlaku dulu tu tak boleh ke kita lupa saja. Kita balik macam dulu sebagai suami isteri.” – Andika

"Saya tak ada rasa cinta pada abang. Kalau masih ada pun, saya tak boleh maafkan perbuatan abang yang gunakan saya semata untuk capai impian dan cita-cita abang. Abang dah bakar hangus semua kepercayaan dan cinta yang saya berikan – Aira

Sehingga satu tragedi berlaku membuatkan segalanya berubah 360 darjah. Adakah tragedi yang menimpa Aira satu musibah ataupun hikmah? Apa yang pasti Andika menggunakan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan lama

Sinopsis Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi

Dalam novel ini mengisahkan tentang Andika dan Aira yang telah berkahwin atas persetujuan masing-masing tetapi perkahwinan ini tidak bertahan lama. Rasa cinta yang tinggi terhadap Andika membuatkan Aira tanpa memikir panjang untuk terima Andika, sedangkan Andika ada maksud tersirat. Aira mempunyai seorang abang, Reyhan dan Andika merupakan sepupu mereka. 

Setelah 3 tahun berpisah, Andika cuba untuk kembali semula kepada Aira. Aira telah pulang ke Malaysia untuk meraikan perkahwinan abangnya, Reyhan bersama Aisyah. Hari yang sepatutnya dia pulang ke Indonesia semula, Aira terlibat dalam kemalangan bersama Arjuna, adik Andika. 

Akibat kemalangan itu, Aira amnesia dan Arjuna koma. Dia telah mengalami hilang ingatan selama 8 tahun. Apa yang dia ingat, dia baru berusia 20 tahun sedangkan ketika itu dia sudah berusia 28 tahun. Dia juga lupa yang dia pernah berkahwin sudah mempunyai anak.

Andika ingin menebus kembali kesalahannya dengan berkahwin semula dengan Aira. Atas persetujuan ahli keluarga mereka kembali bersatu. Saat memorinya kembali, Aira dapat menerima hakikat bahawa dia sudah menjadi isteri Andika semula. Dan sebenarnya dalam hati dia masih ada cinta buat Andika. Hepy ending. 
Sinopsis Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi Sinopsis Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi Reviewed by Bawang on Saturday, February 01, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.