Sinopsis Dendam Cinta Arissa Lakonan Hisyam Hamid dan Atikah Suhaime (Slot Tiara)

Sinopsis Dendam Cinta Arissa Lakonan Hisyam Hamid dan Atikah Suhaime (Slot Tiara) | Jangan ketinggalan menyaksikan drama bersiri terbaru berjudul Dendam Cinta Arissa yang akan bersiaran mulai 9 Mac 2020 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Slot Drama Vaganza Astro Ria. Drama Dendam Cinta Arissa dibintangi oleh Hisyam Hamid, Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Ruzana Ibrahim dan ramai lagi. 


Terkini, Drama Dendam Cinta Arissa akan kembali menemui anda mulai 21 September 2020 di slot tiara astro prima pada setiap isnin hingga jumaat jam 6 petang. Untuk pengetahuan, siaran Drama Dendam Cinta Arissa akan diulang semula setelah terhenti di episod 20. 

DRAMA DENDAM CINTA ARISSA
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Waktu Siaran
Tarikh Mula : 9 Mac 2020
Waktu : Jam 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat
Jumlah Episod : 30
Slot : Drama Vaganza Astro Ria


Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan Uchee Fukada serta terbitan Radius One Sdn Bhd

Pelakon
Hisyam Hamid, Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Ruzana Ibrahim, Aidil Aziz, Shiqin Kamal, Arash Mohd, Putri Hanan, Noryati Taib, Dilla Ahmad

Watak Pelakon
Atikah Suhaime sebagai Arissa
Hisyam Hamid sebagai Rafael
Fezrul Khan sebagai Zariman
Aidil Aziz sebagai Zaki

Lagu Tema 
Retak - Han Byul

Sinopsis Dendam Cinta Arissa
Setelah lama bercinta, Zariman akhirnya melamar Arissa untuk menjadi isterinya dan mula membuat perancangan perkahwinan. Arissa dilanda dilema, takut sekiranya selepas dia berkahwin dan berpindah, Suraya tidak dapat menjaga nenek mereka (Saleha) dengan baik.

Sementara itu, Rafael dilanda kemelut rumahtangga apabila dia mula syak Diana curang dengan dia. Diana akhirnya mengaku bahawa dia telah curang dan meminta Rafael supaya melepaskannya.

Perkahwinan Arissa dan Zariman musnah setelah Rafeal melanggar Zariman dan melarikan diri untuk mengejar isterinya. Rafael mahu jujur pada Arissa namun dia jatuh cinta dengan Arissa tanpa sengaja.
Sinopsis Dendam Cinta Arissa Lakonan Hisyam Hamid dan Atikah Suhaime (Slot Tiara) Sinopsis Dendam Cinta Arissa Lakonan Hisyam Hamid dan Atikah Suhaime (Slot Tiara) Reviewed by Bawang on Monday, September 21, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.