Sinopsis Novel Bicara Cinta

Sinopsis Novel Bicara Cinta | Akan datang drama terbaru adaptasi daripada Novel Bicara Cinta karya Missa J yang akan bersiaran di Slot Samarinda mulai 21 September 2020 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Drama Bicara Cinta dibintangi oleh Emma Maembong, Adi Putra, Azrel Ismail, Balkisyh Semundur Khan, Syed Aiman, Beego dan ramai lagi. 


NOVEL BICARA CINTA

BLURB


Anis Sofea, gadis metropolitan berwajah Pan-Asia terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan yang amat getir dan asing jauh dari hiruk pikuk dunia moden.

Tekan pautan dibawah ini untuk kemaskini dan maklumat lanjut mengenai drama. 

“Entah Mat Salleh mana yang buntingkan emak kau! Anak aku pulak kena jadi pak sanggup!”
“Nenda!!!

“Heh! Jangan panggil aku nenda! Aku bukan nenek kau!” Puan Sri Mahzan semakin berang bila Anis mula meninggi suara.

Selepas kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya, Anis disisihkan. Dengan hati yang luka dia membawa diri menjejaki asal usul ibunya di Bumi Kenyalang.

“Kamek tok teringin nak bermenantukan kitak. Nilah satu-satunya cara impian kamek tok jadi nyata. Kamek merayu pada kitak, Adee.” (“Aku tu teringin nak bermenantukan kau. Inilah satu-satunya cara impian aku menjadi nyata. Aku merayu pada kau Adee.”) Tok Ali menangis sambil memeluk lengan Adee. Adee terpempan.

Antara rela dengan tidak Anis dijodohkan dengan Adee yang mempunyai sejarah silam dengan keluarganya.

Mampukah mereka membina istana bahagia tanpa cinta?

Namun saat cinta mula berbicara, bencana datang melanda.

“Si Zairee tu kacau kamu lagi ke?” tanya Nenek Humairah.

Anis dalam dilema.

“Oh… mak pun tahu. Hmmm kenapa dia orang ni sorokkan dari aku.” Hati Adee mula curiga.

Mampukah Anis mempertahankan cintanya? Cinta yang mana? Adee atau Zairee? Bicara cinta. Siapakah di hatinya?

Sinopsis Bicara Cinta

SINOPSIS NOVEL BICARA CINTA

Anis Sofea berumur 16 tahun seorang gadis gemar bersosial, cantik dan juga bijak telah kematian ibu bapa menyebabkan hidupnya berubah 360°. Kekasih hati, Zairee juga tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar. hidup sosial pelajar Anis yang bukan saja cantik tapi bijak. Hendak mengharapkan keluarga sebelah bapanya sia-sia sahaja kerana dipulaukan. Perkahwinan ibu bapanya tidak direstui. 

Sebelum ibu Anis meninggal, dia ada meninggalkan sepucuk surat dan sebentuk cincin yang diwarisi turun temurun buat anaknya. Surat dibaca dan Anis tekad untuk ke Kuching Sarawak mencari keluarga arwah ibunya. Mungkin dia boleh bergantung nasib dengan mereka. 

Sampai disana Anis berjaya mencari keluarga ibunya dan terus tinggal disana bersama Tok Ali dan Nenek Humairah yang merupakan ibu bapa kepada ibunya. Walaupun atok dan nenek hidup dalam serba serbi kekurangan, Anis redha. Tidak lama kemudian, Anis didesak supaya berkahwin dengan Pakcik Adee. Pakcik Adee ni merupakan kekasih lama ibunya. 

Tanpa rasa cinta Anis akur terpaksa berkahwin dengan Adee walaupun berbeza umur 20 tahun. Baru hendak berkasih sayang, Adee pula hilang di hutan tanpa jejak. Anis diuji lagi dan derita itu semakin tidak tertanggung setelah kelahiran anak mereka, Hanim. Dalam masa yang sama kekasih lama, Zairee tiba-tiba muncul setelah 3 tahun tanpa khabar. Anis keliru.

Bagaimanakah nasib Anis dan anaknya? Nak tahu kesudahan kisah ini cepat-cepat dapatkan novel bicara cinta. 
Sinopsis Novel Bicara Cinta Sinopsis Novel Bicara Cinta Reviewed by Bawang on Monday, September 21, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.