Sinopsis Koi Laut Ke Aaya Hai (Slot Sonia)

Jangan ketinggalan menyaksikan drama bersiri hindi terbaru berjudul Koi Laut Ke Aaya Hai yang akan bersiaran mulai 3 Mac 2020 setiap Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di TV3. Drama Koi Laut Ke Aaya Hai dibintangi oleh Surbhi Jyoti, Sharad Kelkar, Shoaib Ibrahim dan ramai lagi. 


DRAMA KOI LAUT KE AAYA HAI
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Waktu Siaran
Tarikh Mula : 3 Mac 2020
Waktu : Setiap isnin hingga khamis, jam 4.00 petang
Jumlah Episod : 33
Slot : Sonia TV3


Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Santram Varma dan terbitan Sphere Origins

Pelakon
Surbhi Jyoti, Sharad Kelkar, Shoaib Ibrahim, Shaleen Malhotra, Varun Budhadev, Nivedita Bhattacharya, Megha Gupta, Ekroop Bedi, Sudesh Berry, Sreejita De, Mita Vashisth

Watak Pelakon
Surbhi Jyoti sebagai Gitanjali Singh Shekari
Sharad Kelkar sebagai Rishabh singh Shekari
Shoaib Ibrahim sebagai Captain Abhimanyu Singh Rathore

Sinopsis Koi Laut Ke Aaya Hai
Drama ini mengisahkan tentang keluarga Shekhari Rajput dimana terdiri daripada seorang abang yang buta, Rishabh Singh Shekhari dan adik perempuannya, Gitanjali Singh Shekhari. Kisahnya bermula apabila Gitanjali berkahwin dengan seorang pegawai tentera, Kapten Abhimanyu Singh Rathore walaupun asalnya perkahwinan ini ditentang oleh abangnya. Gitanjali yang degil tetap berkahwin dan menimbulkan kemarahan Rishabh. Tetapi kemudian dia dapat menerimanya. 

Namun selepas hari perkahwinan mereka, Abhimanyu didapati hilang akibat kemalangan kereta. Mayat Abhimanyu tidak dijumpai menyebabkan Geetanjali percaya suaminya masih hidup dan terus mencari. 

6 tahun berlalu dan harapan Gitanjali masih sama mengharapkan suaminya akan kembali. Pertemuan Gitanjali dengan seorang kanak-kanak bernama Priyam menjadi tanda tanya setelah Priyam mendakwa dirinya adalah kelahiran semula Abhimanyu. Pelbagai ujian dilakukan bagi membuktikan dakwaan Priyam betul atau tidak dan apa yang mengejutkan adalah ujian tersebut benar-benar menunjukkan Priyam adalah Abhimanyu. 

Tetapi adakah ianya benar atau ada rahsia disebalik semua kejadian ini? Jangan lupa ikuti jalan cerita drama mistik ini setiap isnin hingga khamis jam 4.00 petang. 
Sinopsis Koi Laut Ke Aaya Hai (Slot Sonia) Sinopsis Koi Laut Ke Aaya Hai (Slot Sonia) Reviewed by Bawang on Thursday, March 05, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.