Sinopsis Novel Derhaka Cinta Jebat

Akan datang drama adaptasi daripada Novel Derhaka Cinta Jebat karya Cik Tet yang dijangka akan bersiaran pada bulan September 2020 di Slot Widuri TV1. Drama Derhaka Cinta Jebat dibintangi oleh Azlee Khairi, Elvina Mohamed, Nina Fazurina dan ramai lagi. Di bawah terbitan Suhan Movies dan akan bersiaran selama 26 episod. 


NOVEL DERHAKA CINTA JEBAT

BLURB

Jebat Zulkarnain…

Dia seorang yang perengus. Egonya melebihi tahap tujuh petala langit. Setiap bait bicaranya hanya mengundang luka di hati insan yang terlalu sayangkannya.

Aisyah Humairah…

Bila hati dah terlanjur cinta… dia rela menadah hatinya untuk disakiti berkali-kali, walaupun jelas… sayang Jebat padanya hanya dusta semuanya. Cinta Jebat hanyalah helah untuk pemuda itu melunaskan dendamnya.


“Sebesar kuman pun tiada cinta dalam hati aku untuk perempuan curang macam kau ni.”
Bicara itu membunuh jiwanya. Sakit yang teramat.

“Kalau tiada sayang, kenapa awak biarkan saya terus merasa, sayalah wanita yang paling bahagia bila bergelar isteri pada suami yang paling saya cinta?”

“Sebab aku nak kau rasa balik setiap kesakitan dan derita yang kau hadiahkan untuk orang yang aku sayang. Aku akan pastikan, setiap nafas yang kau hela akan beralaskan duri yang amat tajam.”

Aisyah pasrah, Aisyah reda. Hukuman diterima dengan senang hati, tapi kenapa layanan Jebat padanya sering tak selari?

Kata benci, tapi kenapa Jebat yang terlebih cemas bila dirinya ditimpa sesuatu? Sikap caring Jebat melebihi ego dan panas baran yang sering ditonjolkan.

Pening Aisyah. Apa sebenarnya yang ada dalam hati Jebat? Kenapa Jebat begitu berdendam dengannya? Benarkah dirinya dah tak bertempat langsung dalam hati Jebat Zulkarnain?

SINOPSIS NOVEL DERHAKA CINTA JEBAT


Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Aisyah Humairah yang telah berkahwin dengan seorang jejaka bernama Jebat Zulkarnain tanpa dia tahu perkahwinan ini hanya disebabkan DENDAM. 


Mereka berkahwin atas dasar suka sama suka setelah sekian lama Aisyah menutup hatinya untuk lelaki akibat kecurangan bekas teman lelakinya. 
Namun bahagia yang diimpikan berkecai selepas sah bergelar isteri kepada Jebat. Aisyah baru tahu perkahwinannya ini atas sebab Jebat mahu membalas dendam untuk adik lelakinya, Tuah yang telah dikecewakan Aisyah dan telah lumpuh seumur hidup. Tanpa usul periksa Jebat menyeksa isterinya walaupun Aisyah ingin menjelaskan apa yang terjadi lansung tidak diendahkannya. 

Aisyah membawa diri jauh daripada hidup Jebat. Kebenaran akhirnya terbongkar jua tapi Aisyah telah pergi.. Jebat yang kesal dengan perbuatannya terus pergi menjejak di mana Aisyah pergi. Jebat menemukan Aisyah di sebuah resort. Bermulalah episod pujuk memujuk namun agak sukar kerana bukan mudah untuk melenturkan hati isterinya yang terluka. 

Dalam masa yang sama Jebat masih main tarik tali dengan Aisyah. Konon dia telah berkahwin lain dengan Inara. Memang tak lah Aisyah nak kembali dengan jebat. Dia tidak mahu menganggu hubungan Jebat dengan isteri barunya. 

Di akhirnya, Jebat berjaya membawa pulang semula Aisyah ke pangkuannya. Dan baru tahu Inara hanyalah rekaan sahaja untuk sakitkan hati Aisyah. Jebat juga telah mengetahui kebenaran bahawa Tuah yang berlaku curang dan bukannya Aisyah. Ha lepastu bermulalah episod manis-manis bergula pula antara Aisyah dan Jebat.

Nak tahu keseluruhan cerita kena la baca novel ni. Novel ni ok juga simple je jalan cerita dan tak banyak konflik pun. 
Sinopsis Novel Derhaka Cinta Jebat Sinopsis Novel Derhaka Cinta Jebat Reviewed by Bawang on Sunday, March 01, 2020 Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.