Sinopsis Novel Dia Bukan Bidadari

Akan datang drama terbaru adaptasi daripada Novel Dia Bukan Bidadari karya Myra Ameer yang akan bersiaran di TV1 RTM tidak lama lagi. Drama Dia Bukan Bidadari dibintangi oleh Keith Foo, Mona Allen, Fadlan Hazim, Jasmin Hamid dan ramai lagi. 


NOVEL DIA BUKAN BIDADARI

BLURB


"Aku nak kahwin dengan anak orang kaya dan hidup senang.”

Itulah cita-citanya sejak dia berusia dua belas tahun lagi. Zulaika menganggap cita-cita itu impian gila tetapi tidak bagi Nur Jannah Zahra. Demi mengejar apa yang diimpikan, setiap pesanan orang tuanya, langsung dibuang ke tepi.

Berbekalkan rupa paras yang cantik, penampilan menarik dan gaya yang sedikit menggoda, memikat lelaki kaya bukan perkara yang susah baginya. Tetapi ada syaratnya, boleh berjumpa, membeli-belah berdua dan makan bersama tetapi tidak boleh menyentuhnya. Sesiapa yang sudi ‘you are welcome’ tetapi kepada yang terlebih aksi dia akan mengucapkan “good bye”.

Tetapi itu tidak lama apabila jiwa kental Nur Jannah mula goyah ketika mata tertala kepada pemilik nama Syed Azrai Mikael Tan Sri Syed Jalal.

Sayangnya ketika benih cinta baru hendak bermula, skandal lama datang membuat onar. Akibat satu peristiwa yang tidak diduga, Syed Azrai nekad mengupah sahabat baiknya, Fareez Azeem sebagai ‘driver cum bodyguard’ untuk pujaan hati. Bermula dari detik itulah hidup Nur Jannah jadi huru-hara dek mulut Fareez yang dianggapnya puaka.

“Tak kelas langsung ada driver tapi bawak Perodua Myvi aje!” – Nur Jannah

“Weiii! kereta aku ni belum habis bayar lagi tau. Kalau tertanggal pintu tu siapa nak bertanggungjawab? Nak mintak duit kau pun aku kesian.” – Fareez

Kisah cinta yang disangka seindah kisah Cinderella itu rupanya tak seperti yang dibayangkan. Pelamin indah yang diangankan tiba-tiba musnah dilanda petir. Ketika kebenaran terungkai dan ketika hati sedang terluka kecewa, tiba-tiba muncul seorang lelaki lain di dalam hidupnya.

“I masih cintakan you.” – Syed Azrai

“Saya sayangkan awak, Jannah.” – Fareez Azeem

“Ikut saya demi Nini.” – Azad Bakri

SINOPSIS DIA BUKAN BIDADARI

Nur Jannah Zahra (Jannah) seorang gadis kampung, dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Jannah nekad untuk keluar dari kehidupan yang serba miskin dan daif. Dia mengimpikan berkahwin dengan jejaka yang berharta sebagai jalan pintas untuk mengecapi kemewahan. Dengan kecantikan yang dimiliki boleh dikatakan Jannah ni seorang gadis yang mata duitan dan selalu mempermainkan lelaki. Tapi dalam mengejar kemewahan dia masih berpegang dengan prinsip jangan sesekali menggadaikan maruah.

Lelaki kaya yang hadir dalam hidup Jannah datang silih berganti. Sehinggalah dia bertemu dengan Syed Azrael Mikail (Ray) seorang jejaka yang berharta, kacak dan bergaya. Memenuhi cita rasanya. Hari berganti hari, Jannah mula bahagia dan ada rasa cinta kian berputik dek layanan Ray yang sangat baik dilayan persis seorang puteri. Turut diberikan seorang pemandu / bodyguard kepadanya. Lelaki itu adalah Fareez.

Akibat perbuatan yang lepas sentiasa mempermainkan lelaki, Jannah hampir menjadi mangsa nafsu serakah tetapi dengan adanya Fareez bertindak sebagai bodyguard, Jannah selamat. Fareez sentiasa berada disisinya tidak kira waktu.

Hubungan Jannah dengan Ray tetap berlangsung dengan baik tetapi hubungan itu ditentang oleh ibu Ray yang mementingkan darjat. Ketika Jannah difitnah ada hubungan dengan Fareez, Ray buat tak endah malah terus dipercayainya.

Demi keselamatan, Fareez dan Jannah berkahwin. Fareez terlalu sayang dan menyintai Jannah tapi berlainan Jannah yang membencinya. Sepanjang mereka berkahwin, Fareez memberi layanan dan perhatian yang sangat baik sehinggakan Jannah mula menyukai suaminya. 

Namun disebalik kebahagian mereka ada yang iri hati mula menjaja cerita yang tidak baik pada ibu bapa Jannah. Segala kisah lalu diungkit dan ditambah-tambah cerita. 
Ibu bapanya amat marah dan kecewa. Tidak kurang juga difitnahnya Fareez dan direka-reka cerita tentang lamaran dia pada Jannah dulu sehinggakan Jannah percaya dan merasakan dirinya diperdaya. Jannah yang kecewa pergi membawa diri. 

Apakah yang terjadi dengan hubungan mereka? Tegarkah Fareez melepaskan Jannah pergi begitu sahaja? Nak tahu kesudahan cerita cepat-cepat dapatkan Novel Dia Bukan Bidadari. 
Sinopsis Novel Dia Bukan Bidadari Sinopsis Novel Dia Bukan Bidadari Reviewed by Bawang on Monday, March 16, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.