Sinopsis Novel Isteriku 120kg

Akan datang drama adaptasi daripada Novel Isteriku 120kg karya Siti Nur Dhuha yang akan bersiaran mulai 12 Mac 2020 pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 7.00 malam di Slot Widuri TV1. Drama Isteriku 120kg dibintangi oleh Amar Asyraf, Jaja Iliyes, Iswan Ismail, Afifah Nasir, Neera Azizi dan ramai lagi.


NOVEL ISTERIKU 120KG

BLURB

Ini wasiat yang paling gila dan tidak masuk akal! Itulah yang bermain dalam fikiran Aiman Zafril apabila Nenek Masyitah mahu dia berkahwin dengan Nelydia yang gemuk dan tiada apa-apa keistimewaan. Dia tiada pilihan. Perlu berkahwin jika mahu harta menjadi miliknya. Setelah bergelar suami kepada Nelydia seberat 120 kg itu, Nenek Masyitah membuat onar lagi. Mahukan cicit! Jika tidak, jangan harap Nenek Masyitah akan memberikan harta.

Gelap hitam dunia Aiman Zafril. Bagaimana dia mahu menyentuh Nelydia sedangkan melihat wanita itu sahaja tekaknya sudah loya? Nenek Masyitah pula makin hari makin mendesak mahukan cicit. Ah, bingung jadinya! Tetapi lain pula bagi pihak Nelydia yang berasa cukup bertuah kerana dapat menjadi isteri kepada lelaki kacak dan kaya seperti Aiman Zafril. Namun, sukar sekali untuk membuatkan Aiman Zafril jatuh hati kepadanya.

Untuk terus menjadi isteri Aiman Zafril demi mengecap kemewahan, Nelydia perlu memberikan zuriat buat lelaki itu. Nelydia buntu dan keliru. Perlukah Nelydia berkorban sejauh itu?

“Awak fikir saya mintak dengan TUHAN ke lahir sebagai perempuan gemuk yang tak cantik? Tak! Saya tak mintak, tapi nilah takdir saya. Nilah takdir saya!” – Nelydia

“Harta nenek tu, memang takkan jadi milik Aiman selagi Aiman tak bagi cicit kepada nenek. Nenek nak cicit daripada Neli. Bukan daripada perempuan lain. Ingat tu.” – Shahaikal

“Tak, abang tak bohong. Neli tak hodoh. Cuma Neli gemuk sikit aje daripada anak gajah, yang ni abang jujur. Neli jangan sedih ya.” – Aiman Zafril

SINOPSIS NOVEL ISTERIKU 120KG


Mengisahkan tentang seorang gadis yang berbadan besar, beratnya 120kg dan tidak pandai menjaga penampilan diri bernama Nelydia. Penampilan Nelydia sentiasa serabai dan serba serbi tidak terjaga.

Semasa masih bersekolah Nelydia jatuh hati pada Shahaikal tapi malangnya Shaihakal sedang bercinta dengan rakan baiknya sendiri, Syikin tanpa dia sedari. Syikin ni berhati busuk sengaja mempermainkan Nelydia dan dia sering memberi kata-kata manis kepada Nelydia sehingga Nelydia menanggap Shaihakal memang suka kannya.

Nelydia pergi untuk temuduga di syarikat Shahaikal tetapi lain pula yang jadi dia dihina teruk. Namun begitu Nelydia masih tidak serik. Syikin yang masih belum berpuas hati sengaja menyuruh Shahaikal mengajak Nelydia keluar dating di sebuah lorong yang menjadi port penagih dadah. Demi lelaki yang dicintainya, Nelydia bergegas pergi ke situ. Bermula dari jam 1 pagi hinggalah jam 5 pagi lelaki tersebut tidak muncul-muncul. Jam sudah menunjukkan 6.30 pagi tetapi kelibat Shahaikal masih tidak nampak. Dengan tiba-tiba Nelydia telah diserang oleh 3 orang lelaki dan dia dimasukkan ke dalam guni. Nelydia cuba berlawan tetapi akhirnya dia pengsan. Sedar je Nelydia dah berada di dalam bilik Aiman Zafrill dengan tangan diikat.

Rupa-rupanya meraka tersalah menculik orang dan Nelydia dihantar semula ke tempat dia diculik tadi. Nelydia yang menyangkan Shahaikal telah datang semasa ketiadaannya, membuat keputusan untuk pergi menemui Shahaikal di pejabat walaupun dalam keadaan dirinya yang tak terurus. Shahaikal yang sedang bermesyuarat dengan bakal rakan kongsi beliau sangatlah marah apabila melihat kehadiran Nelydia yang mengaku sebagai kekasihnya dengan penuh sombong.

Shahaikal dengan bangga dan ganasnya memukul Nelydia lalu menghantukkan muka Nelydia sehingga bengkak bibirnya dan berterabur beberapa batang giginya yang agak jongang. Nelydia mengalami kesakitan yang teramat sangat tetapi Shahaikal pula semakin seronok mengerjakan Nelydia tanpa belas kasihan.

Aiman Zafrill yang tidak sanggup melihat situasi tersebut bertindak dengan menumbuk muka Shahaikal dan terus membantu Nelydia yang sudah tidak bermaya. Aiman berjanji akan menanggung segala perbelanjaan menggantikan gigi Nelydia sebagai balasan atas perbuatan Aiman sebelum itu. 

Aiman Zafrill menghantar Nelydia sampai ke rumah. Nelydia pula sempat memperkenalkan Aiman Zafrill sebagai kekasihnya untuk mengelak ibu dan ayahnya dari terus bergaduh. Ayah Nelydia seorang kaki botol yang sering meminta duit dari ibu Nelydia. Sebelum pulang, Aiman Zafrill memberikan wang Rm3000 kepada Nelydia sebagai menebus janjinya membiayai gigi Nelydia.

Pada suatu hari, Nelydia terserempak dengan Syikin dan Shahaikal yang berada dalam keadaan mesra dalam kereta. Dia mengekori mereka sehingga ke hotel dan akhirnya kantoi yang mereka sudah bertunang dan akan berkahwin dalam masa terdekat. Menyedari yang Nelydia begitu mencintainya sejak dari kecil dan Syikin mempunyai peragai yang agak menjengkilkan, Shahaikal cuba mengejar Nelydia. Kebetulan Aiman Zafrill menyaksikan kejadian itu dan dia cuba mengusik Nelydia seperti ingin mengorat. Shahaikal yang panas terus menumbuk Aiman. Tanpa dia sangka, menjadi rebutan dua orang jejaka. Dia seronok mengapikan meraka tetapi akhirnya mereka pergi meninggalkan Nelydia berseorangan di jalanan. 

Sejak kejadian itu, Nelydia dalam dilema samada memilih Shahaikal yang kini mengaku mencintainya atau Aiman Zafrill yang turut mendekatinya. Aiman Zafrill terpaksa untuk mengahwini Nelydia disebabkan harta. Baru tahu nelydia merupakan cucu angkat yang sedang dicari oleh nenek Aiman. So Aiman diugut oleh neneknya kalau mahukan harta perlu berkahwin dengan Nelydia. 

 Kemudian, kahwinlah mereka. Tetapi Nelydia berkahwin disebabkan ingin membalas dendam terhadap Aiman Zafrill. Sebelum kakaknya, Effa meninggal dia ada mendengar Effa menyebut Zafrill jadi ini menyukuhkan fakta yang Aiman Zafrill membunuh kakaknya. Effa dibunuh dengan kejam, dia ditolak daripada bangunan. Tetapi Nelydia silap kerana yang membunuh Effa adalah abang kandung Aiman iaitu Akill Zafrill. Akill juga bertindak mahu membunuh Nelydia disebabkan harta. 

Demi harta, Aiman dan Nelydia cepat-cepat dapatkan anak dan mereka berhasil. Munculnya Nelydia sebenar disitu telah menggugat kedudukan Nelydia sehingga dia sanggup mengurung nenek dalam bilik. Satu hari, Aiman mengajak Nelydia berbulan madu di India. Dia sangatlah gembira dapat pergi kesana dan dapat berjumpa dengan adiknya, Rizki. Nelydia terlupa akan nenek yang dikurungnya itu dan masuk hari ketiga baru dia ingat yang sudah tiga hari nenek tidak diberi makan. Esoknya mereka terus pulang dan terbongkar segalanya. Nelydia dipulau dan disuruh buat kerja sendiri walaupun dia kini sarat mengandung tujuh bulan. Nelydia sebenar pula terus menganggu dan memberi ancaman kepadanya. 

Habis pantang, Nelydia dan Aiman bergaduh dan dia terminta cerai. Nenek juga menghalau Nelydia akibat hasutan Nelydia sebenar. Dia tekad bawa diri bersama anaknya Azim tetapi dia rasa tidak mampu menjaganya dengan baik. Nelydia memulangkan Azim tetapi menuntut wang 1 juta ringgit. Ketika Nelydia mengambil wang tersebut,Aiman Zafrill telah melafazkan taklik. Andai Nelydia menggunakan wang tersebut, maka akan jatuh talak satu. Demi cintanya kepada Aiman Zafrill, Nelydia memulangkan wang tersebut secara sembunyi. Nelydia membawa diri ke India dengan sisa wang yang ada. Sayangnya Rizki yang disangka kaya rupanya hanyalah seorang tukang kebun. Demi meneruskan kehidupan, Nelydia bekerja sebagai tukang kebun bersama adiknya.

Setahun berlalu, Nelydia pulang ke Malaysia. Kepulangan Nelydia yang sudah kurus dan cantik tidak disedari sesiapa pun. Dia menyelinap masuk ke rumah suaminya sebagai Melly dan bekerja sebagai seorang pengasuh lelaki lumpuh bernama Aiman Zafrill. 

Akhirnya mereka bersatu semula dalam sebuah keluarga yang bahagia. Tapi kalau nak tahu keseluruhan cerita macam mana mereka bersatu semula dan bagaimana Nelydia menyelesaikan masalah kena lah dapatkan dan baca novel ini. 
Sinopsis Novel Isteriku 120kg Sinopsis Novel Isteriku 120kg Reviewed by Bawang on Sunday, March 08, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.