Sinopsis Novel Korban Kasih

Akan datang bulan Ramadan ini drama adaptasi daripada Novel Korban Kasih karya Fatimah Saidin. Drama Korban Kasih akan bersiaran di TV1 sepanjang bulan Ramadan jam 7.00 malam. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokhtar, Ummi Nazeera dan ramai lagi. Sebuah drama airmata, keluarga, cinta dan pengorbanan agung yang diadaptasi daripada 2 buah novel, Korban Kasih dan Korban Kasih 2.


NOVEL KORBAN KASIH

BLURB KORBAN KASIH


Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni."

BLURB KORBAN KASIH 2


"Kamu fikir mak sentiasa ada untuk memenuhi keperluan kamu di kala kamu susah? Kamu fikir sekiranya kamu minta apa sahaja, mak pasti akan tunaikan? Tidak, Jamil. Kamu sudah terlalu tua untuk semua itu. Di masa dan umur inilah sepatutnya kamu menghadapi realiti dan mengambil segala implikasi atas semua perbuatan kamu."

Jalil, Jamil dan Fatimah kini sudah dewasa dan membina kehidupan masing-masing. Zaman kecil mereka sudah lama berlalu dan kini mereka perlu menghadapi dugaan dalam kehidupan yang berbeza, keluarga yang berbeza dan masalah yang lebih besar. "Korban Kasih 2" memaparkan kisah dan dugaan yang lebih tragis dalam sebuah keluarga ini. Kisah ini Juga membuktikan bahawa ikatan kasih sayang yang kukuh boleh menjadi perisai ketika menghadapi sebarang masalah. Kisah ini adalah sambungan novel "Korban Kasih" yang memaparkan sebahagian lagi kisah keluarga ini.

SINOPSIS NOVEL KORBAN KASIH

Novel ini mengisahkan tentang sebuah catatan kehidupan yang digambarkan semula oleh seorang adik bernama Imah terhadap abang kesayangannya, Jalil. Kiranya Imah ni sebagai story teller la untuk pembaca novel. Dalam keluarga ini ada 5 orang adik beradik iaitu Aziah, Aziz, Jamil, Jalil dan Imah. Jamil dan Jalil merupakan saudara kembar. Kisah ini digambarkan dalam tempoh 20 tahun, sedari mereka masih kecil sehinggalah menginjak dewasa. 

Walaupun Jalil dan Jamil kembar, tetapi layanan ibu Norizah terhadap Jalil sangat berbeza baik kasih sayang mahupun kebendaan. Jalil dah lali dek kerap dimarah dan disindir. Hanya ayah sahaja yang menjadi tempat Jalil mengadu dan menagih kasih sayang. Tetapi semuanya hilang sekelip mata setelah ayah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Bermulah titik tolak kepada peristiwa besar yang melanda hidup mereka sekeluarga. 

Meskipun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil, adiknya Fatimah dan Kak Longnya. Keazaman Jalil untuk meninggalkan kampung dan pulang dengan kejayaan menyebabkan seisi keluarga tergamam dan terharu dengan kejayaannya. Jalil telah berjaya menjadi seorang arkitek. 

Kalau nak tahu macam mana Jalil boleh berjaya dan adakah ibu Norizah berubah menyayangi Jalil seperti yang lain kena cepat-cepat dapatkan novel ni. Best sangat tak rugi korang baca sebab kisah tentang kekeluargaan. Pilih kasih ibu terhadap anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak yang berbakti kepada ibunya selepas kematian ayah tersayangnya namun si anak dibuang oleh ibunya sendiri. Dan pengorbanan seorang anak dalam mendapat secebis kasih sayang seorang emak. 
Sinopsis Novel Korban Kasih Sinopsis Novel Korban Kasih Reviewed by Bawang on Sunday, March 15, 2020 Rating: 5

1 comment:

  1. saya suka dengan penampilan dan akting dari Dynas Mokhtar sebagai Norizah dan Emak, selamat buat anda, sukses selalu dalam berkarya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.