Sinopsis Novel Manuskrip Cinta

Jangan ketinggalan menyaksikan drama terbaru adaptasi daripada Novel Manuskrip Cinta karya Syamnuriezmil yang akan bersiaran mulai 5 Mac 2020 setiap Isnin hingga Ahad jam 10 malam di TV Okey RTM. Drama Manuskrip Cinta dibintangi oleh Siti Saleha, Fadlan Hazim, Hafizh Roshdi, Reen Rahim, Nur Risteena Munim, Syazuwan Hassan, Wan Sharmila dan ramai lagi. 



NOVEL MANUSKRIP CINTA

BLURB
Aku, Dian Aryani binti Aryan, berusia 30 tahun dan merupakan penulis sepenuh masa. Aku suka bereksperimen dengan manuskrip aku. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang aku tulis.

Termasuklah manuskrip keempat ini. Tapi... Kak Adibah, editor aku tak suka pula. Dia kata, manuskrip aku yang terbaru tu rasa cinta antara watak protagonis tak sampai!

“Nak tulis, kena tulis betul-betul. Kalau rasa tak boleh tulis cerita macam ni, jangan pandai-pandai tulis. Kalau nak cabar diri kau untuk tulis cerita macam ni... Kau kena cabar diri kau untuk jatuh cinta.” – KAK ADIBAH

Gara-gara Kak Adibah suruh aku bercinta, aku terpaksa cari boyfriend tikus putih untuk aku eksperimenkan cinta dalam manuskrip aku. Terpaksalah aku suruh kawan baik aku, Gee carikan. Tak sangka, lelaki yang bermulut loji yang aku jumpa dulu, adalah kawan baik kekasih Gee, Effan yang merupakan tikus putih itu. Jodoh atau bodoh?

“What a small world... Minah badan pendek!” – DR. IZAK ASHAAL

Dia, Dr. Izak Ashaal bin Dato Dr. Izam, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar tulang, orthopedist. Masalah mula timbul setelah aku dapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan dan dia bukan seperti yang aku sangkakan. Kesilapan dia, membuatkan aku berpaling kepada watak asal yang aku ambil sebagai watak utama dalam manuskrip aku. Dia, Dr. Rian Akasyah bin Tan Sri Dr. Rasyid, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar jantung, cardiologist. Dia telah dikecewakan oleh tunangnya sendiri dan aku menolongnya membersihkan namanya. Dia baik, dia sweet dan dia selalu ada bila aku memerlukan dia.

“It's okay. You can always talk to me about whatever you want to. And you can do it as long as you like.” – DR. RIAN AKASYAH

Daripada tak ada calon, sekarang calon sudah jadi dua. Namun hati tidak pernah ada simpang. Hati aku sudah ada pilihan, tetapi masih degil untuk main permainan hati yang akhirnya menjerat hati aku sendiri. Betul lah kata ibu, hati dan perasaan tak boleh dibuat eksperimen! Akhirnya... Manuskrip terjun gaung, hati jadi rentung!

“Kalau kak salah pilih pun, ada tiga pilihan yang akan muncul dalam hidup kak. Sama ada pilihan itu akan menilai, merosak ataupun menguatkan kak. Satu pesanan ayah kat kak, kalau muncul tiga pilihan ni, pilihlah yang menguatkan kak. Orang yang kuat, tak mudah mengalah dan putus asa. Itu baru anak ayah!” – AYAH

Hmmm... Apakah pilihan yang menguatkan aku? Tulang atau jantung? Tulislah macam mana bagus pun fiksyen tu, tulisan Allah S.W.T adalah tulisan yang paling baik!

SINOPSIS NOVEL MANUSKRIP CINTA


Dian Aryani binti Aryan berumur 30 tahun merupakan seorang penulis sepenuh masa. Dian gemar bereksperimen dengan manuskrip demi mencari kelainan dalam karya tulisannya. 

Karya manuskrip keempatnya tidak diberikan pelepasan oleh editor, Kak Adibah yang merasakan kisah cinfa yang ditulisnya terlalu kosong tanpa watak protagonis. Lantas Kak Adibah mencabar Dian untuk jatuh cinta supaya kisah cinta yang ditulisnya lebih menyentuh perasaan dan tampak lebih dramatik. 

Asalnya watak yang ditulis dalam manuskrip adalah berdasarkan watak Dr. Rian Akasyah berumur 36 tahun yang merupakan seorang doktor pakar jantung, cardiologist yang menyewa di rumah sebelahnya. Dian selalu memerhatikan gerak-geri Rian, mengambil tahu pasal kerjaya Rian dan hal-hal berkenaan dengan hidup seorang doktor pakar jantung. Tunang Rian, Helena juga diselitkan dalam manuskripnya. 

Cabaran Kak Adibah perlu diteruskan dimana Dian terpaksa mencari boyfriend tikus putih untuk eksperimen cinta dalam manuskripnya. Dian ada meminta kawan baiknya, Gee untuk carikan teman lelaki buatnya tetapi diluar jangkaan dia telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang bermulut loji yang pernah dijumpai dahulu iaitu Dr Izak Ashaal yang juga kawan baik kekasih Gee, Effan.

Dr. Izak Ashaal berumur 36 tahun merupakan doktor pakar tulang, orthopedist. Masalah mula timbul setelah Dian Aryani mendapati yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan. Kesilapan itu membuatkan Dian berpatah balik dengan watak asal, Dr. Rian Akasyah. Dan sekarang daripada tak ada calon, Dian dah ada dua orang calon. Namun hatinya tidak tahu hendak memilih yang mana.

Nak tahu kesudahan cerita kenalah cepat-cepat pergi beli dan baca keseluruhan cerita ini. 

Sinopsis Novel Manuskrip Cinta Sinopsis Novel Manuskrip Cinta Reviewed by Bawang on Friday, March 06, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.