Sinopsis Novel Pink Smile

Akan datang drama terbaru adaptasi daripada Novel Pink Smile karya Luna Adresia yang akan bersiaran pada bulan April 2020 di Slot Lestary TV3 pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam. Drama Pink Smile dibintangi oleh Fattah Amin, Sweet Qismina, Syafi Tee, Afifah Nasir, Intan Najuwa, Natasya Mahyan, Esma Daniel dan ramai lagi. 


NOVEL PINK SMILE

BLURB

"Kenapa selalu pengsan?”
“Saya ada masalah.”
“Masalah?”
“Setiap kali… Tengok awak.”

Luna - Si pencinta tegar tapi hanya mampu tengok dari jauh aje setiap kali dia ke Duncan CoffeeHouse. Kaz merupakan aura beku yang mampu mencairkannya dalam lima saat. Tiap kali berada dekat dengan Kaz, Luna kena panick attack. Pengsan tak sedar dunia apabila ‘dunia’ impiannya berada dekat dengannya.

“Eh, nak ke mana tu?”-Luna
“Nak lari jauh dari awak.”-Kaz
“Apa salah saya?”-Luna

“Salah awak sebab nak berkawan dengan saya. Saya tak perlukan kawan perempuan macam awak.”-Kaz

Kaz - Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham untuk menu terbaru Duncan CoffeeHouse. Luna, perempuan comel dengan braces merah jambu! Tanpa sedar si pencetus ilham turut mencetus fenomena luar biasa dalam hati. Tapi mengapa Luna pula cuba main tarik tali?

“Amacam Pink Smile?”
“Entah. Dah masuk tiga hari tak tengok kat Duncan. Apa pasal?”
“Aku cakap pasal menu Pink Smile kau! Bukan pasal perempuan tu... Hehe... Apa cerita ni?”

Akif - Berdiri atas nama seorang sahabat, tetapi tidak pernah ada untuk Luna kerana sering menidakkan perasaan aneh sejak dari bangku sekolah menengah menyebabkannya sering menghilangkan diri. Setelah mengenal pasti rasa yang ada, dia nekad kembali untuk mendapatkan Luna. Dan takdir membawanya ke Duncan CoffeeHouse, di mana Luna sering datang menjenguk cinta.

“Jadi isteri aku. Nak?”-Akif
“Eh! Kau...”
“Janganlah main-main macam ni weh. Takut aku! Haha!”-Luna

Dapatkah Akif merebut kembali cintanya yang telah lama ditinggalkan? Bagaimana pula keputusan Luna? Siapa pilihan Luna? Sama ada kisah semalam atau cinta impiannya? Duncan CoffeeHouse menyatukan kembali mereka semua, merungkai semua persoalan yang membelenggu mereka bertiga

SINOPSIS PINK SMILE


Mengisahkan tentang Luna yang sangat meminati Kaz, si pemilik Duncan Coffee House. Luna, perempuan comel dengan braces merah jambu. Setiap hari Luna pasti ke Duncan untuk membeli kopi. Motif? Nak usha Kaz la kan dah nama pun peminat. Dapat usha pun dari jauh je la tapi itu pun dah membuatkan Luna ni gembira. Luna ada satu penyakit panic attack dimana dia tidak boleh bertentang mata dengan Kaz. Panic attack tu boleh menyebabkan dia pengsan. Ha boleh imagine kan watak Luna ni mesti comel. 

Kaz juga merupakan seorang kartunis dan sibuk menguruskan Duncan Coffee House. Dia tidak berminat dengan cinta-cinta ni mulalah dia rasa rimas. Walaupun rimas dengan kehadiran Luna, tapi Luna ni telah menjadi pencetus ilham untuk menu terbaru di Duncan CoffeeHouse. Tanpa sedar juga Kaz dah mula jatuh cinta pada Luna. Tapi Luna pula cuba main tarik tali. 

Akif, merupakan sahabat kepada Luna tetapi tidak pernah ada untuk Luna kerana sering menidakkan perasaan aneh sejak dari bangku sekolah menengah menyebabkannya sering menghilangkan diri. Setelah mengenal pasti rasa yang ada, dia nekad kembali untuk mendapatkan Luna. Dan takdir membawanya ke Duncan CoffeeHouse, di mana Luna sering datang menjenguk cinta.

Dapatkah Akif merebut kembali cintanya yang telah lama ditinggalkan? Bagaimana pula keputusan Luna? Siapakah yang menjadi pilihan Luna? Sama ada kisah semalam atau cinta impiannya? Duncan CoffeeHouse menyatukan kembali mereka semua, merungkai semua persoalan yang membelenggu mereka bertiga. Nak tahu keseluruhan cerita dalam Novel Pink Smile kena cepat-cepat dapatkannya.

Sinopsis Novel Pink Smile Sinopsis Novel Pink Smile Reviewed by Bawang on Friday, March 27, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.