Tugas Jurutera Gred J41

Tugas Jurutera Gred J41. Adakah anda merupakan calon lantikan bagi jawatan jurutera gred J41? Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Jurutera J41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan dari pelbagai kementerian/jabatan. Untuk permohonan online anda boleh layari laman sesawang yang telah disediakan oleh pihak SPA. Tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun dan anda perlu mengemaskini semula jika permohonan tersebut sudah melebihi tempoh setahun. 


GAJI, KELAYAKAN DAN TUGAS JURUTERA J41

Jadual Gaji Jurutera J41
Gaji Minimum - RM2, 529.00
Gaji Maksimum - RM9, 643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan - RM225.00

Syarat Lantikan Jurutera J41
1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
a) warganegara Malaysia
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00).

2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

3) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  
a)   
i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan  
ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan  
b) had umur pelantikan:  
 
4) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Jurutera J41
Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.

Tips Bagi Calon Temuduga Jawatan Jurutera J41
Bagi setiap calon temuduga perkara penting yang perlu anda lakukan adalah dengan menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk proses temuduga. Antara dokumen penting yang perlu disediakan adalah:

* Resume bergambar;
* Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
* Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan)
* Sijil SPM / Sijil SPM(V) atau setaraf;
* Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan)
* Sijil STPM /Sijil STAM / Sijil Matrikulasi / Skrol dan transkrip bagi pemegang Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah / Surat Pengesahan Kelulusan Tamat Belajar yang diluluskan oleh Senat daripada pusat-pusat pengajian tinggi. Calon adalah dimohon untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain. (jika berkenaan)
* Ijazah pertama & transkrip bagi calon yang memiliki Sarjana / Doktor Falsafah;
viii. Slip Keputusan Peperiksaan Khas (Peningkatan Secara Latihan) bagi pegawai sedang berkhidmat; (jika berkenaan)
* Surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA; (jika berkenaan)
* Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain; (jika berkenaan)
* Sijil kegiatan luar; (Dokumen Asal Sahaja)
xii. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan)
* Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, LNPT terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan (seperti di pautan http://www.spa.gov.my/web/guest/pegawaisedangberkhidmat ) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam sahaja.

Kesemua dokumen Asal dan Salinan berkaitan diatas perlu dibawa bersama. Selain itu, perkara penting yang perlu dilakukan adalah:

* Melengkapkan resume di pautan myResume
* Memuat naik sijil akademik (SPM, STPM / STAM / Sijil Matrikulasi / Skrol dan Transkrip bagi pemegang Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah jika berkaitan) SEBELUM MENGHADIRI TEMU DUGA pada tarikh yang telah ditetapkan.
* Semak pengiktirafan akademik (Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah jika berkaitan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam di pautan http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan lampirkan cetakan status pengiktirafan semasa menghadiri temu duga.
Tugas Jurutera Gred J41 Tugas Jurutera Gred J41 Reviewed by Bawang on Thursday, March 12, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.