Biodata Sarah Hildebrand Pelakon Drama Hero Musim 2

Biodata Sarah Hildebrand | Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand atau lebih dikenali sebagai Sarah Hildebrand merupakan seorang model, personaliti fesyen, pengacara dan pelakon wanita Malaysia berketurunan Amerika, Jerman dan Melayu.


Kerjaya lakonannya bermula pada tahun 2015, setelah diberikan beberapa watak kecil di televisyen dan filem. Beliau juga muncul dalam beberapa majalah termasuk InTrend, EH! dan Hijabista. 

Sarah Hildebrand merupakan pemenang bagi Gadis M2 pada 2013. Beliau membuat kemunculan di iklan televisyen dan muzik video, dan membuat kemunculan sulungnya dalam bidang lakonan menerusi telefilem Hujan Pagi, sebagai Ati. 

Terkini, Sarah memegang watak utama dalam Drama Hero Musim 2 yang akan disiarkan di tv2 mulai 7 April 2020 disamping pelakon hebat Redza Rosli, Aidil Aziz, Riz Amin, Oktovia Manrose, Azar Azmi dan ramai lagi. Drama ini akan bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis jam 8.30 malam. 

BIODATA SARAH HILDEBRAND

Nama Sebenar : Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand 
Tarikh Lahir : 18 Ogos 1990
Umur : 30 Tahun (2020)
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Berketurunan : Amerika , Jerman dan Melayu
Karier : Pelakon, Pengacara dan Model
Drama : Suami Tanpa Cinta, Nafas, Pujaan Hati Kanda, Seindah Tujuh Warna Pelangi (2020), Hero Musim 2 (2020)
Filem : Mirip dan Muluk dan Konco
Telefilem : Hujan Pagi, Jalan Singkat ke Syurga dan Dia Imamku
Instagram : sarahhildebrand 

FOTO



Kredit foto : ig/sarahhildebrand

Biodata Sarah Hildebrand Pelakon Drama Hero Musim 2 Biodata Sarah Hildebrand Pelakon Drama Hero Musim 2 Reviewed by Bawang on Tuesday, April 07, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.