Cara Buat Dalgona Coffee - Kopi Viral Yang Menjadi Kesukaan Ramai

DALGONA COFFEE | Perasan ke tak semenjak adanya perintah berkurung ni Dalgona Coffee tiba-tiba meletop dan menjadi viral. Semua ingin mencuba kerana bahan untuk membuat Dalgona Coffee sedikit sahaja dan mudah disediakan. Bahan utamanya hanyalah nescafe/serbuk kopi, susu dan gula. 


Dalgona Coffee ni asalnya viral setelah salah seorang pelakon korea menunjukkan minuman ini dalam sebuah rancangan. Dan akhirnya tersebar dan menjadi viral seluruh dunia. 

Dalgona Coffee adalah minuman yang boleh dihidangkan secara sejuk mahupun panas hasil campuran daripada serbuk kopi bersama susu dan gula. Bagi yang belum mencuba resepi dalgona coffee jom kita sama-sama buat. 

RESEPI DALGONA COFFEE

Bahan bahan

Serbuk kopi/Nescafe
Susu segar
Gula
Air panas
Ais (pilihan)

Cara Penyediaan

1) Masukkan 3 sudu kecil serbuk kopi/nescafe, 4 sudu kecil gula, 4 sudu kecil air panas ke dalam bekas dan pukul dengan menggunakan mixer, whisk, garfu atau apa-apa sahaja sehingga bahan tadi pekat dan likat


2) Ambil gelas, masukkan ais (pilihan) dan susu sehingga 3/4 gelas
3) kemudian masukkan bahan yang telah dipukul tadi di bahagian atas. 
4) Siap. Terus minum

*Sukatan bahan boleh diubah mengikut kesesuaian anda. Kalau yang tidak gemarkan minuman manis boleh kurangkan sukatan gula.

Mudah saja kan? Ha apa lagi boleh la cuba di rumah dan boleh diminum seisi keluarga. 
Cara Buat Dalgona Coffee - Kopi Viral Yang Menjadi Kesukaan Ramai Cara Buat Dalgona Coffee - Kopi Viral Yang Menjadi Kesukaan Ramai Reviewed by Bawang on Friday, April 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.