RESEPI KUIH BUAH MELAKA / ONDE ONDE
BAHAN-BAHAN
1 bungkus tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 sudu garam
1 cawan jus pandan (kisar 5-6 helai daun pandan)
½ sudu teh pewarna hijau
2 helai daun pandan
Air secukupnya
2-3 keping gula melaka (dipotong dadu)
1 biji kelapa parut
CARA PENYEDIAAN KUIH BUAH MELAKA/ONDE ONDE
1) Campurkan kesemua tepung dan bancuh dengan air, air pandan, pewarna dan garam sehingga menjadi doh.
2) Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka ditengah-tengahnya.
3) Sementara itu panaskan air di dalam periuk. Masukkan daun pandan.
4) Masukkan bebola doh tadi ke dalam air yang sedang mendidih. Tunggu sebentar sehingga ianya terapung menandakan telah masak.
5) Angkat dan golekkan dalam kelapa parut
6) Siap dan boleh dihidang
Resepi Kuih Buah Melaka / Onde Onde
Reviewed by Bawang
on
Monday, April 27, 2020
Rating:
No comments: