RESEPI LAKSA UTARA YANG SEDAP | Siapa peminat sejati Laksa Utara? Rasanya rata-rata menyukai sajian ini. Penyediaannya mudah dan tidak terlalu rumit hanya campak bahan di dalam periuk dan tunggu hingga masak.
Boleh dikatakan setiap negeri mempunyai resepi laksa mengikut versi masing-masing tetapi rasanya Laksa Utara lebih digemari dan sedap. Jom lihat resepi laksa utara dan anda boleh mencubanya di rumah.
RESEPI LAKSA UTARA
Bahan-bahan
(Bahan hiasan)
1-2 bungkus laksa (dicelur sehingga lembut)
Daun selom / daun putat / pucuk gajus / salad / pudina
Timun
Bawang besar
Limau nipis
Telur rebus
Cili padi
**Kesemua bahan diatas perlu dipotong halus
(Untuk kuah laksa)
5-7 ekor ikan kembong atau sardin (kuantiti ikan bergantung kepada saiz kalau kecil boleh ditambah lagi)
5-10 biji cili kering (bergantung tahap kepedasan yang digemari)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah.
1-2 cm belacan.
5-6 keping asam gelugur / asam keping
Daun kesum
Bunga kantan
Garam / Serbuk perasa
Air
Cara Penyediaan Kuah Laksa
1. Masukkan ikan, 2 keping asam gelugur dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus sehingga ikan masak.
2. Toskan ikan dan asingkan ikan dengan tulang dalam bekas berlainan. Air rebusan tadi simpan jangan dibuang.
3. Kisar seketika isi ikan dengan air dan masukkan semula ke dalam air rebusan ikan tadi. Tulang ikan juga perlu dikisar dengan air, tapiskan dan ambil air tersebut. Masukkan ke dalam periuk.
4. Cili kering, bawang besar, bawang merah dan belacan dikisar sehingga halus. Masukkan ke dalam periuk.
5. Masak kuah sehingga mendidih
6. Setelah itu, masukkan daun kesum, asam gelugur dan bunga kantan.
7. Masukkan garam dan serbuk perasa (pilihan) ke dalam kuah mengikut selera anda
8. Tambah air jika kuah terlalu pekat
9. Biar seketika kuah di atas api. Lagi lama kuah dimasak lagi sedap.
10. Jangan lupa rebus telur untuk dimakan bersama laksa
11. Siap dan sedia untuk dihidang
**Tips hidangan : ▪️Semasa makan boleh disertakan sekali dengan kicap manis ataupun otak udang. Campuran laksa dengan kicap manis menjadikan hidangan ini lebih sempurna. ▪️Jangan kedekut ikan, lagi banyak ikan lagi kuah pekat dan sedap
Resepi Laksa Utara Yang Sedap dan Mudah Disediakan
Reviewed by Bawang
on
Friday, April 10, 2020
Rating:
No comments: