Resepi Murtabak Mini Guna Kulit Popia

RESEPI MURTABAK MINI GUNA KULIT POPIA | Murtabak adalah hidangan wajib dimakan semasa berbuka puasa. Digemari tidak kira tua ataupun muda. Kali ini kami kongsikan cara mudah untuk buat murtabak mini di rumah menggunakan kulit popia. Mudah, senang dan sedap! 


RESEPI MUTABAK MINI GINA KULIT POPIA

Bahan-bahan Inti

500g daging kisar
1 paket rempah kari daging
6 biji bawang Holland – dipotong dadu
5 ulas bawang putih – ditumbuk
2 inci halia – ditumbuk
serbuk lada hitam / lada sulah secukup rasa
minyak
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
2 sudu teh garam

Cara-cara Penyediaan

1) Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga kekuningan. 
2) Masukkan rempah kari dan tunggu sehingga pecah minyak dan naik bau
3) Masukkan daging kisar dan bawang holland. Biar seketika sehingga daging masak
4) Perasakan dengan gula, garam dan serbuk lada secukup rasa
5) Jika daging dan cukup masak, masukkan tepung sambil digaul rata. Tunggu inti daging sehingga kering.


6) Siap. Biar sebentar sehingga inti sejuk

** Tepung perlu dimasukkan supaya inti daging lebih kering dan tidak berair bagi mengelakkan kulit popia mudah terkoyak semasa digoreng

7) Pecahkan 2 biji telur, pukul dan gaulkan bersama inti tadi
8) Ambil sekeping kulit popia, letak di atas dulang atau apa-apa sahaja dan letak inti di tengah. Lipat kulit popia berbentuk segi empat. (Saya pilih kulit popia yang besar) 
9) Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper dan bakar sehingga masak
10) Siap dan hidangkan bersama hiringan bawang, kuah dhal, kari atau sebagainya. Terpulang anda.

Kalau rajin boleh buat banyak-banyak dan jadikan frozen. Senang nanti nak makan tak perlu buat semula. Kalau nak jadikan murtabak frozen, selepas goreng biar sejuk seketika dan masukkan dalam peti sejuk. Bila nak makan nanti keluarkan sebentar dan panaskan semula. Mudah kan! 
Resepi Murtabak Mini Guna Kulit Popia Resepi Murtabak Mini Guna Kulit Popia Reviewed by Bawang on Saturday, April 25, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.