Resepi Puding Pisang Sos Kastard

RESEPI PUDING PISANG SOS KASTARD | Adakah anda penggemar puding? Kali ini kami ingin kongsikan resepi puding pisang sos kastard yang sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan. Puding yang berasaskan pisang ini sangat sesuai dihidangkan semasa berbuka puasa sebagai pencuci mulut. Jom lihat resepi ini. 


RESEPI PUDING PISANG SOS KASTARD

Bahan-Bahan

Pisang
Mentega atau planta

Cara Penyediaan

1) Cairkan mentega di dalam kuali
2) Masukkan pisang dan goreng seketika. Ketepikan

Bahan-Bahan Sos Kastard

1 tin susu cair
1/2 cawan air
1 biji kuning telur
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
sehelai daun pandan

Cara Penyediaan Sos Kastard

1) Masukkan kesemua bahan di atas kecuali daun pandan ke dalam bekas. Gaul hingga sebati
2) Tapiskan adunan tadi ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana sambil kacau
3) Masukkan daun pandan dan tunggu sos kastard hingga mendidih
4) Tuang dalam bekas dan biar sejuk sekejap. Masukkan dalam peti sejuk
5) Cara menghidang adalah dengan meletakkan pisang ke dalam bekas dan tuang sos kastard di atasnya. Hiaskan dengan kekacang, buah kering dan sebagainya. 

Resepi Puding Pisang Sos Kastard Resepi Puding Pisang Sos Kastard Reviewed by Bawang on Thursday, April 30, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.