Resepi Vanilla Cupcake Yang Sedap

Resepi Vanilla Cupcake Yang Sedap | Bagi yang gemarkan pelbagai jenis 'cupcake', anda tidak perlu risau kerana anda boleh membuat sendiri cupcake dengan cara mudah di rumah. Nak tahu cara membuat 'Resepi Vanilla Cupcake Yang Sedap'? Jom lihat resepi dibawah. 


Resepi Vanilla Cupcake Yang Sedap

Bahan-bahan:

a) Untuk Cupcake

125g Tepung Naik Sendiri
125g Gula Pastor
125g Unsalted Butter
3 Biji Telur Gred A
1/4 Sudu Teh Soda Bikarbonat
1 1/2 Sudu Besar Susu Dutch Lady
Esen Vanilla

b) Untuk Buttercream

200g Unsalted Butter
300g Gula Icing
2 Sudu Besar Susu Dutch Lady
Esen Vanilla

Cara Penyediaan Vanilla Cupcake

1) Ayak tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat di dalam bekas
2) Pukul butter bersama gula sehingga kelihatan kuning pucat dengan menggunakan mixer.
3) Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan lalu masukkan vanilla esen. Pukul lagi sehingga sebati.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan susu. Kacau sehingga adunan sebati.
5) Tuangkan adunan tadi ke dalam cawan kertas anggaran 2/3 penuh. 
6) Bakar selama 15-18 minit atau kek kelihatan kekuningan. 

Cara Penyediaan Buttercream

1) Satukan susu dan esen vanilla di dalam bekas.
2) Kemudian, pukul butter sehingga berkrim dan warna pucat.
3) Masukkan gula ising sikit demi sikit  dan  kacau sehingga sebati.
4) Selepas itu, tuang pula adunan susu dan vanilla sedikit demi sedikit sehingga tekstur nampak lembut.
5) Masukkan buttercream tadi ke dalam piping bag. Barulah, nozzle buttercream ke atas cupcake yang telah siap dibakar.

Mudah kan? Ingin mendapatkan sebarang maklumat boleh komen diruangan bawah. 
Resepi Vanilla Cupcake Yang Sedap Resepi Vanilla Cupcake Yang Sedap Reviewed by Bawang on Saturday, April 18, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.