Sinopsis Dastaan E Mohabbat Salim Anarkali Episod 1 - 69 (Slot Sonia)

Sinopsis Dastaan E Mohabbat Salim Anarkali Episod 1-69 | Jangan ketinggalan menyaksikan drama bersiri hindi terbaru berjudul Dastaan E-Mohabbat Salim Anarkali yang akan bersiaran di Slot Sonia mulai 30 April 2020 jam 4.00 petang. Drama Dastaan E-Mohabbat Salim Anarkali dibintangi oleh Shaheer Sheikh, Sonarika Bhadoria, Piyush Sahdev, Gurdeep Kohli dan ramai lagi. Drama ini mengisahkan percintaan zaman istana dahulu kala yang mendapat tentangan daripada keluarga. 


DRAMA DASTAAN E-MOHABBAT SALIM ANARKALI
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini

Waktu Siaran
Tarikh Mula : 30 April 2020
Waktu : Setiap isnin hingga khamis jam 4 petang
Jumlah Episod : 69
Slot : Sonia TV3

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh K. Mohit Kumar, Amit Gupta, Dinesh Mahadev dan terbitan Colors TV


Pelakon
Shaheer Sheikh, Sonarika Bhadoria, Piyush Sahdev, Gurdeep Kohli, Shahbaz Khan, Tasneem Sheikh, Aruna Irani, Shruti Ulfat

Watak Pelakon
Shaheer Sheikh sebagai Prince Salim
Sonarika Bhadoria sebagai Anarkali
Piyush Sahdev sebagai Abu Fazl
Gurdeep Kohli sebagai Jodha
Shahbaz Khan sebagai Akbar
Tasneem Sheikh sebagai Ruqaiya
Parvati Sehgal sebagai Salima
Aruna Irani sebagai Hamida Begum
Shruti Ulfat sebagai Jhillan

Sinopsis Dastaan E Mohabbat Salim Anarkali
Mengisahkan tentang Salim seorang putera anak kepada Maharaja Akbar dan Maharani Jodha dari kerajaan Mughal yang jatuh cinta kepada Anarkali seorang pelayan sejak kecil lagi. 

Salim mengenali Anarkali secara tidak sengaja dalam perjalanannya ke Dargah. Anarkali dan ibu saudaranya, Jhillan yang sedang melarikan diri dari perompak telah dibantu oleh Maharani Jodha dan dibawa ke Agra. 

Sejak itu, persahabatan antara Salim dan Anarkali bermula namun persahabatan itu tidak disenangi oleh isteri pertama Maharaja Akbar, Ruqaiya dan ibu Akbar, Hamida. Alasannya mereka berdua tidak setaraf.

Anarkali dan Jhillan disuruh menjadi pelayan istana oleh Hamida agar mereka tahu perbezaan status diantara Anarkali dan Salim. Dalam masa yang sama, Ruqaiya  yang bercita-cita ingin menjadi Maharani mempunyai misi untuk menyingkirkan Akbar sebagai pewaris takhta kerajaan Mughal. 


12 tahun berlalu, Salim kembali untuk menemui ibunya dan Anarkali. Dalam tempoh tersebut tetap mengirimkan surat. Walaupun Anarkali sangat menyintai Salim tetapi dia terpaksa menolak kerana perbezaan darjat dan akan membawa bencana kepada Salim dan kerajaan. Salim yang keras kepala tetap berusaha mendapatkan cinta Anarkali. Pelbagai rintangan dan halangan yang harus dia tempuhi demi Anarkali. Dapatkan Salim dan Anarkali bersama diakhirnya? 
Sinopsis Dastaan E Mohabbat Salim Anarkali Episod 1 - 69 (Slot Sonia) Sinopsis Dastaan E Mohabbat Salim Anarkali Episod 1 - 69 (Slot Sonia) Reviewed by Bawang on Thursday, April 30, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.