Sinopsis Drama The Gadis Lakonan Yuna Rahim (Slot Lestary)

Jangan ketinggalan menyaksikan Drama The Gadis yang akan bersiaran mulai 10 April 2020 di Slot Lestary TV3 pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam. Drama The Gadis dibintangi oleh Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Syafie Naswip, Hun Haqeem dan ramai lagi. 


DRAMA THE GADIS
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Waktu Siaran
Tarikh Mula : 10 April 2020
Waktu : Setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam
Jumlah Episod : 7
Slot : Lestary

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh liyana Jasmay dan terbitan Mermaid Studios Sdn Bhd

Pelakon
Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Syafie Naswip, Hun Haqeem, Zain Hamid, Hamidah Wahab

Watak Pelakon
Yuna Rahim sebagai Lisa
Fatin Afeefa sebagai Nad
Erynne Erynna sebagai Lina 
Syafie Naswip sebagai Shazman
Hun Haqeem sebagai Mika

Sinopsis Drama The Gadis
Mengisahkan sekumpulan gadis dari kampung yang berkeinginan untuk mengubah hidup masing-masing. Lina dan Lisa tinggal bersama ayah mereka manakala Nad tinggal bersama Nek Timah.

Kepulangan Nad ke kampung, menarik perhatian ramai terutama Lisa kerana semakin cantik dan hidupnya kelihatan mewah. Lina bertaut kasih kembali dengan bekas kekasihnya Shazman, tetapi ibu Shazman lebih menyukai Nad kerana merasakan dia sesuai dengan anaknya yang berlulusan tinggi. 

Nad mengajak Lisa ke KL, jika dia ingin menjadi sepertinya. Adakah Lisa akan mengikuti kata hatinya? Apa yang bakal menanti dia di KL?
Sinopsis Drama The Gadis Lakonan Yuna Rahim (Slot Lestary) Sinopsis Drama The Gadis Lakonan Yuna Rahim (Slot Lestary) Reviewed by Bawang on Monday, April 06, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.