Sinopsis Drama Nur 2 Lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli

Sinopsis Drama Nur 2 | Jangan ketinggalan menyaksikan siaran ulangan Drama Nur 2 yang akan bersiaran mulai 21 April 2020 setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Slot Samarinda. Drama Nur 2 dibintangi oleh Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah dan ramai lagi. Drama Nur 2 pernah disiarkan pada tahun lepas, 2 April 2019 dan mempunyai peminatnya tersendiri selepas kejayaan dalam Drama Nur. 


DRAMA NUR 2
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Waktu Siaran
Tarikh Mula : 21 April 2020
Waktu : Setiap isnin hingga khamis jam 10 malam
Jumlah Episod : 15
Slot : Samarinda

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan terbitan Radius One Sdn Bhd

Pelakon
Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Elmy Moin, Jijie Zainal, Riena Diana, Mathni Razak, Zalif Sidek, Zaidi Omar, Kuna Muzani, Iman Zulkarnain

Watak Pelakon
Amyra Rosli sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Adam
Azar Azmi sebagai Juita
Datuk Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin
Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah
Azhan Rani sebagai Syed Hamadi
Noorkhiriah sebagai Aishah
Atiq Azman sebagai Amirul
Eyra Hazali sebagai Suraya
Noryati Taib sebagai Nekma
Hasrulnizam Osman sebagai Ustaz Yassin
Uchee Fukada sebagai Uchee

Sinopsis Drama Nur 2
Ujian demi ujian hadir dalam hidup Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin, Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak bermasalah sehinggalah jiran disitu tidak berpuas hati kerana terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan. Adam dan Nur terpaksa mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana.

Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita merupakan sahabat Nur sewaktu dia masih bekerja di lorong. Melihat kebahagian yang dimiliki Nur, Juita cemburu. Dia juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.

Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.

Aisyah tersepit di antara suami dan keluarga. Aisyah terpaksa tebalkan muka meminta bantuan dari ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.

Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu.

Adakah Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan seagalanya?
Sinopsis Drama Nur 2 Lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli Sinopsis Drama Nur 2 Lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli Reviewed by Bawang on Thursday, April 16, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.