Sinopsis Novel Dia Bidadari Dari Syurga

Sinopsis Novel Dia Bidadari Dari Syurga | Nantikan drama terbaru adaptasi daripada Novel Dia Bidadari Dari Syurga karya Syamnuriezmil yang akan bersiaran mulai 23 Oktober 2020, setiap isnin hingga ahad jam 10 malam di saluran tv okey. Drama Dia Bidadari Syurga dibintangi oleh Halim Radzi, Sharifah Husna, Hafidz Roshdi, Aryan Naim, Mahmud Ali Bashah, Julia Farhana, Shahkimin dan ramai lagi. 


NOVEL DIA BIDADARI DARI SYURGA

BLURB

Marissa Aisya seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh jadi tea lady di syarikat abinya. Tanpa banyak soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat kepada abinya, kerana hanya abinya saja yang tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia. Di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yg telah lama bekerja di syarikat abinya.

“Ada apa-apa lagi Bos Zakuan?”
“Ada. Tolong buatkan saya nescafe panas, kurang susu, lebih nescafe dekat saya. Setiap pagi saya nak ada nescafe itu atas meja! Awal pagi. Saya tak nak lambat-lambat.”

Zakuan yang baru sudah putus cinta dengan Maisarah mengambil pendekatan, semua perempuan sama saja. Tetapi dia terlupa yang dia sudah berjanji dgn ibunya yang dia mahu membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani minggu itu. Daripada nak sebut nama Maisarah, tersebut nama Marissa. Tak pasal, Marissa kena jadi kambing hitam. Terpaksalah Zakuan membuat rancangan untuk memerangkap Marissa mengikutnya ke Sungai Petani berjumpa dengan ibunya.

“Tapi ada satu syarat untuk menutup mulut saya daripada melaporkan hal ini pada Haji Aisy. Saya boleh reka alasan lain tapi... awak kena tolong saya satu hal.”
“Apa syaratnya? Nak tolong apa?”

Takut punya pasal, Marissa akhirnya bersetuju utk menolong Zakuan dgn bersyarat.

“Tak boleh pegang, tak boleh sentuh-sentuh, jangan duduk rapat-rapat dan jangan... ehemm... jgnn... hmmmm...”
“Jangannnn apa!!!”
“Jangan jatuh cinta dgn sayalah!”

Memanglah mula-mula, masing-masing menidakkan perasaan itu. Tapi, kalau dah pi balik pi balik, Bee Sayang, Sayang Bee... tak tercuit ke hati itu? Masalahnya, baru tujuh hari bekerja, Marrisa nak berhenti kerana mahu berkahwin dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati.

“Ibu pun sudah terlanjur sayang. Aris tu baik sangat. Polos orangnya, mendengaq kata. Sayangnya... bidadari Zack itu milik org, Naqib Zakuan. Tak payah hang nak seronok dengan milik orang. Pulangkan balik pada ayah dia.”

Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap bidadarinya? Atau, mengejar cintanya walaupun Marissa sudah mahu berkahwin?

Cinta itu hanya akan jadi milik kita apabila kita berjaya mengejarnya.

SINOPSIS NOVEL DIA BIDADARI DARI SYURGA


Marissa Aisya Aisy atau Aris adalah anak perempuan tunggal dalam keluarga Haji Aisy. Walaupun begitu, dia tidak dimanjakan. Semua kerja rumah dia buat sendiri. Baru sahaja tamat pengajian dari Australia, dia sudah dikerah oleh abinya untuk berkerja di syarikat keluarga sebagai tea lady. 

Aris terpaksa akur. Disitu, hanya Naqib Zakuan sahaja yang suka buli dirinya. Zakuan merupakan seorang jurutera kekwat yang sudah bekerja lama disyarikat abinya dan menjadi bos Aris. Bos Zakuan suka berlawan cakap dengan Aris kerana dia suka menjawab dan lurus bendul. Di pejabat Zakuan memanggilnya Marissa. 

Zakuan telah merencana sesuatu untuk memerangkap Aris supaya ikut pulang ke Sungai Petani setelah dia tersalah cakap nama teman wanitanya dari Maisarah ke Marissa. Dia telah berjanji untuk membawa pulang teman wanita untuk berjumpa dengan ibunya. Jadi tiada pilihan terpaksa juga bawa pulang Marissa kerana dia baru sahaja putus dengan Maisarah. Tetapi Aris pecah rahsia kerana tidak mahu memberi harapan palsu pada ibu Zakuan. 

Sesungguhnya Aris telah dijodohkan dengan anak kawan baik arwah ibunya. Zakuan juga dimarahi ibunya lalu ibunya membuat keputusan supaya dia ditunangkan dengan pilihan keluarga. Zakuan pada mulanya tidak mahu menerima keputusan itu kerana dia telah jatuh cinta dengan Aris. Tetapi Aris bertegas untuk turutkan perintah abinya. Lalu terus menghilangkan diri. 

Zakuan akhirnya redha untuk menerima jodoh pilihan ibunya. Dalam tak sedar mereka masing-masing tidak tahu telah dijodohkan bersama. Sementara itu bila Haji Aisy pulang dari hospital, dia mengumumkan beberapa kejutan. Apakah kejutan-kejutan itu? Bolehkah Zakuan terima dan bertahan? Adakah bahagia untuk Aris dan Zakuan bila mereka dahulukan untuk membahagiakan ibu bapa mereka? Apa jadi pada bekas teman wanita Zakuan?

SINOPSIS DRAMA DIA BIDADARI DARI SYURGA

Marissa Aisya atau Aris seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh menjadi tea lady di syarikat abinya. Tanpa banyak soal Marissa ikutkan sahaja. Dia mahu jadi anak yang taat kepada abinya, kerana hanya abinya saja yang dia ada. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia. Di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yang telah lama bekerja di syarikat abinya.


Zakuan yang baru putus cinta dengan Maisarah, sudah berjanji dengan ibunya yang dia mahu membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani minggu itu. Daripada nak sebut nama Maisarah, tersebut nama Marissa. Tak pasal, Marissa kena jadi kambing hitam. Terpaksalah Zakuan membuat rancangan untuk memerangkap Marissa mengikutnya ke Sungai Petani berjumpa dengan ibunya.

Selepas diugut, Marissa akhirnya bersetuju untuk menolong Zakuan. Namun Marissa pecah rahsia kerana tidak mahu memberi harapan palsu pada ibu Zakuan yang di telah dijodohkan dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati.

Berjayakah Zakuan melupakan Maisarah yang sudah dia anggap sebagai bidadarinya? Atau mengejar cintanya walaupun Marissa sudah mahu berkahwin?
Sinopsis Novel Dia Bidadari Dari Syurga Sinopsis Novel Dia Bidadari Dari Syurga Reviewed by Bawang on Tuesday, October 27, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.