12 Resepi Kudapan Raya Terbaik dan Wajib Ada

12 Resepi Kudapan Raya Terbaik dan Wajib Ada | Raya bakal tiba. Bagaimana dengan persiapan raya anda tahun ini? Perkongsian di bawah merupakan koleksi kudapan terbaik dan wajib ada bila menjelangnya hari raya. Jom lihat 12 resepi kudapan yang mudah dan boleh disediakan sendiri di rumah. 


#1 - TEMPEYEK IKAN BILIS
=======================

Bahan-bahan:

1 beg tepung beras cap gajah
200ml santan kotak
600ml air - (Tuang separuh-separuh. Kepekatan adunan ikut macam mana tebal tempeyek yang anda suka. Boleh tambah lagi air kalau suka tempeyek lebih nipis)
2 sudu ketumbar*
2 sudu jintan manis*
2Bsudu jintan putih*
7 ulas bawang putih - (Tumbuk lumat)
4 sudu tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kapur (bancuh dgn air)
Garam dan perasa secukupnya
1 mangkuk ikan bilis belah
1 mangkuk kacang tanah
2 kg minyak untuk menggoreng
10 helai daun limau purut (hiris halus. Ni pilihan tak mahu letak pun tak apa)

Cara Penyediaan:

1) Kisar kering bahan bertanda *. Kemudian tumbuk bawang putih hingga hancur.

2) Campurkan air, santan, tepung beras, tepung jagung, telur, bahan kisar, bawang putih, kapur, daun limau purut, garam dan perasa. Kacau sebati.

3) Panaskan minyak dan rendam sekali acuan tempeyek.

4) Tuang adunan atas acuan yang panas kemudian letak ikan bilis dan kacang.

5) Goreng sehingga warna tempeyek jadi keperangan


#2 - BUAH ROTAN

===============

Bahan-bahan:

1 kg  tepung pulut ( cap teratai)
200gm gula
300gm majerin
700ml air
1 kg bijan
1 sudu garam
Minyak secukupnya untuk mengoreng

Cara Penyediaan:

1) ambil majerin, di adun dan ditambah gula sikit demi sedikit hingga sebati

2) masukkan tepung pulut, tambah garam dan air sikit demi sedikit

3) uli adunan dan pastikan adunan tidak melekat pada tangan

4) bulatkan adunan lebih kurang sebesar 5mm

5) gaul ke dalam bijan hingga melekat

6) masukkan dalam minyak yang panas dan goreng hingga keperangan

7) Angkat dan biar hingga sejuk. Masukkan dalam bekas kedap udara

#3 - KUIH SIPUT RANGGUP DAN GEBU
================================

Bahan A:

1 kg tepung gandum
1 biji telur
1/2 cwn santan pekat.
4 sudu besar marjerin - untuk di cairkan
Sedikit garam
Sedikit ajinomoto - jika suka
2 sudu besar biasa rempah kari
1 sudu kecil serbuk lada hitam - jika suka

Bahan B:

2 sudu besar biasa marjerin - jangan cairkan
Air sejuk ais atau air peti ais secukup nya.

Bahan C:

Minyak untuk menggoreng
Daun kari.
Acuan kuih siput.

Cara Penyediaan:

1) Cairkan marjerin di atas api perlahan-lahan

2) Sambil tu satu kan semua bahan A ke dalam bekas dan gaul rata.

3) Sebaik marjerin telah cair tuangkan ke dalam adunan tepung tadi ketika tengah panas mendidih. Gaul rata dengan menggunakan sudip kayu.

4) Bila dh agk suam ramas-ramas manja dengan menggunakan jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.

5) Setelah semua bergaul sebati baru lah di bancuh dengan air sejuk ais. Masukkan ais sejuk sedikit demi sedikit sampai tepung boleh di uli.

6) Setelah itu baru masukkan marjerin yang tidak di cairkan tu. Uli sebati.

7) Masukkan adunan ke dalam beg plastik supaya tidak terlalu terdedah kepada udara yang boleh mengakibatkan adunan menjadi keras.

8) Cubit sedikit-sedikit, bulatkan dan tenyeh di atas acuan supaya  menjadi bentuk siput.

9) Dah siap semua baru lah di goreng dalam minyak yang sederhana panas sambil di tabur daun kari sebagai penaik aroma.

#4 - POPIA SIMPUL KASIH (IKAN BILIS)
=================================

Bahan-bahan:

1 mangkuk ikan bilis
12 tangkai cili kering (rebus dulu)
1 biji bawang besar (potong kecil)
5 ulas bawang putih (potong kecil)
5 batang serai (potong kecil)
Sedikit halia (potong kecil)
1/2 cawan air
1/2 cawan santan pekat
2 sudu mkn gula
2 sudu mkn minyak masak
1 sudu teh garam

Cara Penyediaan:

1) cuci ikan bilis dan rebus hingga mendidih. Toskan dan kisar guna blender kering.

2) masukkan bahan-bahan lain dalam blender seperti bawang besar, bawang putih, serai, halia, cili kering, santan dan air. Kisar hingga sebati

3) panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Kacau selama 5 minit. Masukkan gula dan garam

4) masukkan ikan bilis yang telah diblender tadi. Kacau sehingga kering lebih kurang 40 - 45minit

5) langkah seterusnya, sediakan kulit popia. Gunting kecil-kecil, 10 bahagian untuk sekeping kulit popia

6) letakkan serunding sikit atas kulit popia dan simpul kemas.

7) Dah siap, panaskan minyak dan goreng hingga masak atau keperangan

#5 - SIMPUL KASIH SERUNDING IKAN
==============================

Bahan-Bahan:

1 bungkus kulit popia
serunding ikan
minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk serunding ikan:

1 kg ikan kembung
3 keping asam gelugor
15-20 biji cili kering*
3 inci halia*
3 inci lengkuas*
2 inci kunyit hidup*
2 batang serai, hiris nipis*
15 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 mangkuk minyak untuk menumis
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan Kulit Popia:

1) Potong 8 kulit popia dan tutup dengan kain lembab supaya kulitnya tidak kering.

2) Sudukan 1/2 sudu kecil serunding ikan dan letak di tengah kulit popia yang dipotong kecil tadi.


3) Gulung memanjang, pastikan inti berkumpul di tengah dan kemudian simpulkan dengan rapi. Ulangi langkah sehingga kulit popia dan serunding habis.


4) Goreng popia di dalam minyak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Pastikan popia betul-betul sejuk sebelum di masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Cara Penyediaan untuk serunding ikan:

1) Rebus ikan bersama asam gelugor dan kemudian ambil isinya sahaja. Tumbuk isi ikan atau boleh juga di kisar di dalam blender. Ketepikan.

2) Kisar halus bahan bertanda (*).

3) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan isi ikan dan kacau dengan perlahan sehingga kering. Pastikan api tidak terlalu kuat supaya serunding tidak cepat hangus. Apabila sudah kering sekata, angkat dan sejukkan sebelun di simpan di dalam bekas kedap udara.

#6) KUIH SEPIT / KAPIT
====================

Bahan-bahan:

220 gram tepung gandum
60 gram tepung beras
1 biji kelapa
5 biji telur
250 gram gula halus
500 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1) telur dan gula halus di pukul hingga rata.
ayak tepung gandum bersama tepung beras.

2) masukkan bancuhan telur ke dalam campuran tepung dan kacau perlahan-lahan hingga sebati.

3) masukkan santan perlahan-lahan dan kacau hingga adunan menjadi sebati.
paanaskan minyak bersama dengan acuan kuih kapit.

4) tuang satu hingga dua sudu adunan ke dalam acuan dan kapit kedalam minyak untuk digoreng.

5) apabila adunan telah garing, kulit kuih kapit akan menjadi keras di bahagian luar acuan.

6) perlahankan api dan kikis kulit di tepi acuan.

7) buka tudung dan keluarkan isinya untuk dilipat dengan segera.

8) biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

#7 - MARUKU
===========

Bahan A:

Tepung maruku sekilo
Tepung pulut sekilo

Bahan B:

Bawang besar 5 labu
Cabai kering segengam
Ikan bilis @ udang kering segengam
Gula 4 sudu besar mkn
Garam halus satu sudu besar penuh
Serbuk cabai 3 sudu besar
Serbuk Lemuju 2 sudu besar
Serbuk jintan manis satu sudu besar
Marjerin satu cawan

Cara Penyediaan:

1) Masukkan semua Bahan B ke dalam blander dan kisar

2) Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi tepung maruku dan tepung pulut. Masukkan air dan gaul hingga sebati.

3) Guna sudu ketika hendak masukkan bahan ini ke dalam acuan. Kemudian tekan ke dalam kuali dengan api yg sederhana. Goreng hingga masak.

#8 - MARUKU GULUNG
==================

Bahan-bahan:

4 paket tepung maruku Babas (500 g setiap paket)
2 paket kecil tepung pulut
1 paket kecil tepung beras
3 sudu makan biji lemuju / jemuju (basuhkan dan toskan air)
1 paket kecil cili serbuk
2 sudu makan garam
bijan
2 biji telur A
7 sudu makan majerin pelangi
1 kotak kecil santan kara
Air secukupnya

Cara Penyediaan:

1) Gaulkan semua bahan *  hingga sebati

2) Masukkan majerin dan gaul sampai jadi macam serbuk roti

3) Masukkan telur dan gaul rata

4) Masukkan santan dan gaul rata

5) Tambahkan air dan uli jadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan.

6) Boleh tekan guna acuan atas talam atau papan kek.

7) Goreng dengan minyak banyak yang panas dengan api kecil. (gunakan pisau potong kek plastik untuk alih maruku ke dalam kuali)

8) Angkat dan toskan.

#9 - KUIH ROS / LOYANG (MANIS)
============================

Bahan-bahan:

1 peket Tepung beras (500 gram)
1 cwn gula ( boleh kurangkan)
3 cwn Santan (1 cwn  santan + 2 cwn air)
2 biji Telur
Sedikit Garam
Sedikit Air kapur

Cara Penyediaan:

1) Kacau gula dan telur sampai hancur

2) Masukkan tepung beras, santan, garam dan air kapur. Gaul sebati

3) Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana. Sebelum rendam dulu acuan dalam minyak. Bila acuan dah panas baru celup dalam tepung.

#10 - KUIH ROS / LOYANG (PEDAS)
===========================

Bahan-bahan:

Bancuh air kapur dalam satu bekas biar semalaman
(1/2 sudu kapur + 1 mangkuk air)
3 cawan tepung beras
1 sudu penuh tepung gandum
1 sudu penuh tepung jagung
1 sudu secukup rasa
1 sudu jintan manis + 1sudu ketumbar (di kisar halus)
2 sudu cili boh / serbuk cili
garam dan serbuk perasa
1 biji telor
hirisan daun kari

Cara Penyediaan:

1) Campurkan semua sekali dalam satu bekas.

2) Bancuh dengan 1 1/2 cawan air kapur tadi. Gaul sebati dan tapis


3) Panaskan acuan dalam kuali. Celup acuan dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak yang panas


4) Goyang-goyang sikit dan goreng sampai kuning. Ulang sampai habis.

#11 - KEREPEK BAWANG PEDAS
==========================

Bahan-bahan :

DOH PEDAS:
1 Kg tepung gandum
200 gm bawang merah*
6 ulas bawang putih*
1 ketul lengkuas muda (saiz kecil)*
3 batang serai *
3 sb udang kering (tumbuk jangan halus sangat) 
6 sudu besar cili kering kisar (nak pedas tambah lagi)
garam secukup rasa
1 cawan air untuk blend bahan yg bertanda*

DOH PUTIH:
1 kilo tepung gandum
3/4 cawan majerin
1 sk garam
air

Cara Penyediaan:

DOH PEDAS

1) Kisar bahan-bahan yang bertanda* dengan 1 cawan air.

2) lepas kisar tuang dalam penapis, air nya jangan dibuang.

3) masukkan tepung dalam bekas, kemudian masukkan bawang yang ditapis tadi, udang kering dan garam.

4) gaul semua sambil masukkan air dari bawang yang ditapis sedikit-sedikit

5) uli hingga jadi doh. Jika air bawang tadi tak cukup boleh guna air biasa.

6) doh jangan terlalu lembut, agak-agak keras sikit dari doh karipap

DOH PUTIH:

1) gaul tepung dengan majerin dan garam

2) masukkan air dan gaul hingga jadi doh seperti doh pedas tadi.

3) bahagikan kedua-dua doh kepada 10 bahagian (10 ketul doh pedas dan 10 ketul doh putih)

4) ambil 1 ketul doh putih dan canai hingga nipis, ketepikan. Kemudian canai 1 ketul doh pedas hingga nipis juga.

6) semasa mencanai boleh guna mesin atau alat mencanai.

7) letak doh putih yang telah dicanai tadi di bahagian bawah dan doh pedas di bahagian atas.

8) gelekkan kedua-dua doh supaya melekat

9) selepas itu boleh digulung doh tadi dengan kemas.

10) buat proses menggulung ini sehingga habis

11) ambil seketul yang sudah digulung, hiris nipis-nipis dengan pisau yang tajam

12) Selepas itu bolehlah digoreng hingga kekuningan.

#12 - KACANG PEDAS / KACANG BOTAK
================================

Bahan-bahan:

1000gm kacang tanah (basuh dan keringkan)
10 ulas bawang putih*
1 senduk gula*
2 sdk garam*
6 sdb serbuk cili*
4 biji telur*
2 sdk cukup rasa / kiub ayam*
3 cawan tepung gandum
4 sdb tepung beras

Cara Penyediaan:

1) Kisar bahan-bahan bertanda *. Kemudian masuk dalam bekas dan gaul bersama kacang

2) Masukkan pula tepung gandum dan tepung beras. Gaul sebati

3) Panaskan minyak dan goreng kacang hingga masak. Pastikan sentiasa kacau untuk masak sekata. 

12 Resepi Kudapan Raya Terbaik dan Wajib Ada 12 Resepi Kudapan Raya Terbaik dan Wajib Ada Reviewed by Bawang on Wednesday, May 20, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.