15 Resepi Nasi Goreng Mudah Untuk Bulan Ramadan

15 Resepi Nasi Goreng Mudah Untuk Bulan Ramadan | Pastinya anda sudah kering idea untuk menyediakan juadah berbuka puasa ataupun ketika bersahur kan. Malah mungkin juga sudah jemu dengan hidangan nasi bersama lauk-pauk. 


Jom kami kongsikan 15 aneka resepi nasi goreng yang sangat mudah disediakan untuk anda hidangkan bersama keluarga tersayang. Resepi yang dikongsikan ini boleh dihidangkan ketika ingin berbuka puasa ataupun bersahur. 

#1 - RESEPI NASI GORENG TOMYAM
==============================

Bahan-bahan:

2 mangkuk nasi
2 biji telor
1/2 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
1 1/2 sudu besar pes tomyam
Sedikit kobis dan sawi-dipotong2
5 biji cili padi - diketuk
1 - 2 helai daun limau purut - hiris halus
1 batang serai-dihiris halus
1 sudu besar sos ikan-ni optional
sedikit hirisan lengkuas
10 ekor udang
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1) Panaskan minyak di dalam kuali. Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.

2) Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi. Goreng hingga wangi.

3) Masukkan udang, pes tomyam dan sos ikan. Kacau hingga udang masak.

4) Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.

5) Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan masukan garam secukup rasa.

6) Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan boleh lah dihidangkan dengan taburan bawang goreng.

#2 - RESEPI NASI GORENG SARDIN
=============================

Bahan-bahan:

2 biji bawang merah *
1 ulas bawang putih *
1 genggam ikan bilis *
(bahan bertanda * perlu ditumbuk lumat) 

3 cawan nasi
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi, kacau sampai terbit bau wangi.

2) Masukkan sambal ikan sardin dan hancur-hancurkan ikan sardin tapi tak perlu sampai lumat. 

3) Kacau semua bahan kemudian masukkan telur dan kacau lagi

4) masukkan semua nasi dan kacau mesra semua bahan. 

5) Perasakan dengan garam dan kacau sampai nasi nampak sedikit kering atau sampai nasi gorang cukup masak .

#3 - RESEPI NASI GORENG CILI API
=============================

Bahan-bahan:

8 cawan nasi
1 biji bawang besar-dimayang
1 tin ikan sardin-ambil isi ikan saja dan hancur kasar-kasar
Sedikit kacang buncis (boleh digunakan sayur jenis lain) 
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1-2 genggam ikan bilis *
15 biji cili api kampung * (tambah cili kalau nak lagi pedas) 
(bahan bertanda * perlu ditumbuk sehingga lumat) 

Cara Penyediaan:

1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.

2) Masukkan isi ikan sardin dan kacau semua bahan menjadi rata. 

3) Seterusnya masukkan nasi serta sayur bucis dan terus kacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

4) Kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

#4 - RESEPI NASI GORENG KICAP
===========================

Bahan-bahan:

6 cawan nasi
2 cawan isi ikan goreng semalam
2 biji telur
Kicap secukup rasa
4 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 genggam ikan bilis ( direndam dahulu ) *
(bahan bertanda * perlu ditumbuk sehingga lumat) 

* kalau nak pedas boleh ditambah cili api

Cara Penyediaan:

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum .

2) Masukkan isi ikan goreng serta kacau sekejap kemudian masukkan 2 biji telur dan kacau semua bahan menjadi rata .

3) Masukkan semua nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra

4) Masukkan kicap secukup rasa dan terus kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh tutup api dapur.

#5 - RESEPI NASI GORENG SIMPLE
=============================

Bahan-bahan:

5 cawan nasi
2 biji telur ayam
Serbuk lada sulah/lada putih secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1-2 genggam ikan bilis *
2cm belacan-dipanggang *
(bahan bertanda * perlu ditumbuk sehingga halus) 

Cara Penyediaan:

1) Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.

2) Masukkan semua telur dan bila telur hampir masak baru la dikacau kemudian dimasukkan nasi dan di kacau rata

3) Masukkan lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan nasi goreng dah masak serta boleh la ditutup api dapur.

#6 - RESEPI NASI GORENG UDANG KERING
===================================

Bahan-bahan:

5 cawan nasi
2 biji telur
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
Sikit sayur kobis- boleh digunakan sayur jenis lain.
Garam secukup rasa
4 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
3 sudu besar udang kering ( direndam dahulu ) *
1 inci belacan *
(bahan bertanda * perlu ditumbuk sehingga lumat) 

* kalau nak pedas boleh ditambah cili api atau cili merah dan ditumbuk lumat juga

Cara Penyediaan:

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.

2) Masukkan telur dan kacau semua bahan menjadi rata. Seterusnya masukkan sos tiram, minyak bijan serta sayur kobis dan terus kacau sampai sayur menjadi agak layu. Tambah garam jika masih kurang masin.

3) Campurkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra. Kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la tutup api dapur.

#7 - RESEPI NASI GORENG CINA
===========================

Bahan-bahan:

Nasi putih
Ayam dipotong kecil
4 ulas bawang putih - cincang
2 biji telur
Sedikit sayur campur
Garam
Serbuk perasa
Serbuk lada putih
Bawang goreng - hiasan
Daun bawang - hiris

Cara Penyediaan:

1) Tumis bawang putih hingga kekuningan.  Masukkan ayam dan goreng hingga ayam masak.  Masukkan sayur campur, garam dan sedikit serbuk lada putih.  

2) Ketepikan rencah ke tepi kuali, masukkan telur dan dikacau rata.  

3) Masukkan nasi dan dikacau supaya bersalut dengan telur tadi.  Setelah rata, masukkan lagi serbuk lada putih dan serbuk perasa.

4) Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan masukkan juga daun bawang yang dihiris, jika suka.  Sedap jika dimakan bersama ikan bilis goreng yang ditabur semasa hendak dimakan.

#8 - RESEPI NASI GORENG BIASA
============================

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi sejuk
2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci
Sedikit kobis - di bersihkan dan dipotong nipis
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap lemak masin
Sedikit garam dan serbuk perasa
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
2 sudu makan ikan bilis *
(tumbuk bahan bertanda * sehingga lumat) 

Cara Penyediaan:

1) Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar

2) Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing

3) Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu

4) Masukkan nasi sejuk. Gaul rata sehingga nasi goreng masak sepenuhnya

#9 - RESEPI NASI GORENG HAILAM
=============================

Bahan-bahan untuk nasi goreng: 

Nasi putih
2 ulas bawang putih (dicincang)
Kicap secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1) Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak.

2) Masukkan nasi dan goreng rata.

3) Masukkan kicap dan garam secukup rasa.

4) Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.

5) Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.

Bahan-bahan kuah hailam:

1/2 kiub ayam
5-6 ekor udang
2 cawan air
1 sd besar tepung jagung ( larutkan dengan sedikit air)
2 sd besar sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)

Cara Penyediaan:

1) Masukkan air ke dalam kuali.

2) Masukkan kiub ayam. Biarkan air sehingga mendidih.

3) Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.

4) Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan perasakan garam.

5) Bila sayuran sudah mula mendidih, masukkan tepung jagung.

6) Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.
Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.

#10 - RESEPI NASI GORENG KARI
===========================

Bahan-bahan:

4 cawan nasi
Segenggam ikan bilis- direndam dlm air panas
2 sudu besar serbuk kari ayam/daging - boleh tambah 
2 biji telur
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1 ketul dada ayam atau ayam cincang
Mix veggie secukupnya
Sedikit kacang buncis
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1) Kupas semua bawang dan tumbuk bersama ikan bilis sehingga lumat kemudian lerai-lerai kan nasi . Bersihkan dada ayam dan dicincang kecil-kecil . Semua kacang buncis dibersih dan dipotong kecil-kecil .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum kemudian masukkan semua serbuk kari kering dan kacau sampai rempah masak dalam 3-5 minit .

2) Masukkan semua isi ayam dan kacau sehingga masak seterusnya masukkan sos tiram serta kacau . Masukkan telur dan kacau kemudian masukkan mix veggie serta kacau rata .

3) Campurkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan masukkan garam secukup rasa . Kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

#11 - RESEPI NASI GORENG JAWA
============================

Bahan-bahan:

Nasi putih
4 biji bawang merah
1 biji bawang putih
segenggam bilis
5 biji cili padi atau lebih
bawang goreng
daging atau ayam (potong kecil) 
sayur (ikut selera) 
garam secukup rasa
ajinamoto

Cara Penyediaan

1) mula-mula tumiskan bahan yang telah ditumbuk seperti bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis. Jangan lumat sangat nanti tak sedap

2) Tumiskan bahan tadi dengan minyak yang mencukupi, biarkan sampai garing dan naik baunya. Masukkan bawang goreng tadi dalam 3 sudu

3) Masukkan ayam atau daging yang dah siap direbus dan juga sayur-sayuran

4) Bila dah sebati masukkan nasi putih tadi secukupnya. Goreng sehingga masak. Sedia untuk dimakan. 

#12 - RESEPI NASI GORENG BUDU
============================

Bahan-bahan:

Nasi putih
seulas bawang putih saiz besar
sebiji bawang merah besar
5 biji cili padi
sebatang serai
ikan rebus goreng / ikan goreng /, ikan kering goreng
Kacang buncis (sayur ikut pilihan anda) 
budu secukup rasa
Garam

Cara Penyediaan:

1) tumis bawang, lada, serai sampai naik bau

2) lagi sedap kalau biar bawang tu sedikit hangit

3) Campak ikan and sayur, masukkan budu secukup rasa

4) masukkan nasi dan gaul sehingga sebati. Goreng nasi sehingga masak. Kalau tak cukup masin boleh perasakan dengan sedikit garam. Siap. 

#13 - RESEPI NASI GORENG KERABU
==============================

Bahan-bahan:

Bawang Merah (Tumbuk) 
Nasi Putih
Isi Ayam
Bunga Kantan
Serai
Timun
Kacang Panjang
Kobis
Telur
Garam

Cara Penyediaan: 

1) Tumis bawang merah hingga naik bau

2) Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil. Goreng hingga ayam empuk.

3) Masukkan telur. Kacau perlahan-lahan

4) Masuk pulak nasi putih dan seterusnya masuk semua sayur-sayuran yang telah dihiris nipis tadi. Gaul hingga sebati

5) Perasakan nasi dengan garam. Gaul lagi dan biar hingga nasi masak

6) Siap. Boleh la dimakan panas-panas

#14 - RESEPI NASI GORENG KAMPUNG
================================

Bahan-Bahan:

3 cawan nasi putih
15 biji cili padi hijau – ditumbuk lumat
1 biji bawang besar – ditumbuk kasar
4 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
ikan bilis goreng
1 ikat kangkung
3 sudu minyak masak
garam
Serbuk perasa

Cara Penyediaan:

1) Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk, kemudian tumis hingga bawang kekuningan.

2) Masukkan nasi putih. Gaul hingga rata. Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaulkan biar sebati.

3) Masak dengan api perlahan. Masukkan ikan bilis goreng. Bila agak berasap, masukkan kangkung. Masukkan perasa ikut citarasa anda.

4) siap untuk dihidangkan. Yang suka pedas bolehlah tambah lagi cili padi. Kalau suka ikan bilis goreng lebih boleh tambahkan lagi.

#15 - RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN
==================================

Bahan-Bahan:

4 – 5 cawan nasi sejuk
Sebesar 2 ibu jari orang dewasa, isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
1 camca besar sos tiram
2 sudu makan cili kisar
2 biji telur
2 pokok sawi bok choy
1 biji bawang besar (hiris) 
2 ulas bawang putih (hiris) 
Hirisan cili merah
Hirisan daun sup
Sedikit isi ikan masin tenggiri jeruk yang telah digoreng, hiris kecil, untuk hiasan

Cara Penyediaan:

1) Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.

2) Tambah sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau rata dan masak sekejap. Guna api sederhana dan kacau selalu.

3) Masukkan batang sawi, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar telur kental dan kacau hingga hancur.

4) Gaul rata dan masukkan nasi. Besarkan api dan kacau hingga rata. Tambah daun sawi, kacau lagi dan masak sekejap. Hidangkan.

15 Resepi Nasi Goreng Mudah Untuk Bulan Ramadan 15 Resepi Nasi Goreng Mudah Untuk Bulan Ramadan Reviewed by Bawang on Monday, May 11, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.