Resepi Bihun Tomyam Thai

RESEPI BIHUN TOMYAM THAI | Adakah anda peminat makanan berasaskan tomyam? Tomyam merupakan sejenis masakan sup atau berkuah yang berasal dari Thailand. Rasa tomyam yang pedas, masam dan sedikit manis dapat membangkitkan selera si pemakan. 


Aroma yang dihasilkan daripada pes tomyam digabung bersama daun limau purut, serai, daun ketumbar, halia dan sebagainya menjadikan hidangan digemari ramai. Justeru itu, kami ingin kongsikan resepi bihun tomyam thai yang sangat sedap dan mudah disediakan untuk anda mencubanya di rumah. 

RESEPI BIHUN TOMYAM THAI

Bahan-bahan:

3 ketul ayam dipotong kecil
Sotong
Udang
Fishball
3 helai daun limau purut
4 biji cili padi
1 biji bawang besar Holland *
4 ulas bawang putih
1 keratan batang daun ketumbar
3 hiris nipis lengkuas *
i inci halia (diketuk) *
2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) *
1 biji tomato
1 pek asam pedas Adabi
1 pek tomyam Adabi
1 sudu besar thai tom-yum
1 sudu besar sos cili thai
Sayur (lobak merah, bunga kobis)

Cara Penyediaan Tomyam:

1) Panaskan satu sudu besar minyak. Tumis dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan bertanda * di atas.

2) Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali ke dalam kuah. Fungsi tomato adalah untuk memekatkan kuah


3) Masukkan pes seperti dalam gambar dan juga perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap. Kacau dan biarkan seketika.

4) Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.

5) Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air.

6) Terus masukkan sayur pilihan anda

7) Masukkan satu senduk sos cili life untuk memberikan kelainan pada rasa


8) Perahkan sebiji limau nipis kedalam kuah. Kalau tak suka masam boleh kurangkan

9) Perasakan kuah dengan garam dan gula

10) Kuah tomyam sudah mendidih, boleh masukkan sotong, udang, fishball atau apa-apa seafood yang anda suka

11) Terakhir, taburkan setangkai daun ketumbar yang sudah dipotong dan daun limau purut. Kalau suka pedas boleh masukkan juga cili padi.


12) Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.

*Jika tidak sukakan bihun, anda boleh gantikannya dengan mi, kuew teow, nasi, mi kering atau sebagainya. 

Resepi ini adalah perkongsian daripada Afy Al Habibi. Selamat mencuba! 
Resepi Bihun Tomyam Thai Resepi Bihun Tomyam Thai Reviewed by Bawang on Wednesday, May 06, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.