Resepi German Cookies, Sedap Cair Di Mulut

Resepi German Cookies | Anda pernah cuba dan rasa German Cookies? German Cookies atau juga dikenali biskut kentang sangat mudah disediakan dengan hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Pastinya anak-anak anda akan mengemari biskut ini. 


RESEPI GERMAN COOKIES

Bahan-bahan:

350g butter
100g gula aising
375g tepung kentang
200g tepung gandum
1/2sdt esen vanila
Secubit garam
Pewarna (pilihan) 

Cara Penyediaan German Cookies:

1) Pukul butter dan gula aising hingga sebati.

2) Masukkan esen vanila

3) Masukkan tepung kentang, tepung gandum dan sedikit garam sedikit demi sedikit. Pastikan tepung diayak terlebih dahulu

4) Gaul adunan sehingga sebati. 

5) Bahagikan doh kepada 7 bahagian untuk diwarnakan. (bahagian bergantung kepada jumlah warna yang anda guna) 

6) Bulatkan doh dan susun atas dulang pembakar. Tekan dengan alat penekan untuk corak atau boleh juga guna garfu

7) Panaskan oven. Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit sehingga masak

8) Angkat dan sejukkan. Simpan di dalam bekas bertutup.

Resepi German Cookies, Sedap Cair Di Mulut Resepi German Cookies, Sedap Cair Di Mulut Reviewed by Bawang on Sunday, May 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.