Sinopsis Memoir Karmila (Slot Widuri)

Jangan ketinggalan menyaksikan Drama terbaru di Slot Widuri TV1 berjudul Memoir Karmila yang akan bersiaran mulai 28 Mei 2020 pada setiap Khamis hingga Ahad jam 7.00 malam. Drama Memoir Karmila dibintangi oleh Aedy Ashraf, Atikah Suhaime, Fahad Iman, Ikmal Amry, Afifah Nasir, Zaefrul Nordin, Fazlina Ahmad Daud, Zarynn Min, Fauzi Nawawi dan ramai lagi. 


DRAMA MEMOIR KARMILA
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Waktu Siaran
Tarikh Mula : 28 Mei 2020
Waktu : Jam 7.00 malam, setiap Khamis hingga Ahad
Jumlah Episod : 13
Slot : Widuri TV1


Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Bahri Umar dan terbitan Radius One Sdn Bhd

Pelakon
Aedy Ashraf, Atikah Suhaime, Fahad Iman, Ikmal Amry, Afifah Nasir, Zaefrul Nordin, Fazlina Ahmad Daud, Zarynn Min, Fauzi Nawawi, Nadia Aqilah, Rafe Sumantri, Laila Nasir, Edaman, Hilman Alef, Nik Rifaie, Hafiz Bahari, Dato T S Jeffry

Watak Pelakon
Aedy Ashraf sebagai Isham
Atikah Suhaime sebagai Karmila
Fahad Iman sebagai Tengku
Ikmal Amry sebagai Naim
Zaefrul Nordin sebagai Rahim
Fazlina Ahmad Daud sebagai Ramlan
Zarynn Min sebagai Anita
Fauzi Nawawi sebagai Imam Muhardi
Nadia Aqilah sebagai Aisyah

Sinopsis Memoir Karmila
Mengisahkan tentang pertemuan semula Mila dengan kekasih lamanya, Isham secara tidak sengaja. Hubungan mereka kembali rapat apatah lagi Isham secara suka rela membantu Dato’ Rahim menyelesaikan masalah kewangan syarikat mereka. Kejujuran dan karisma Isham yang sudah berjaya dalam bidang perniagaan ini membuatkan Mila berpaling daripada cinta hatinya Naim.



Dia mula membandingkan Isham yang sudah berjaya dengan kekasihnya Naim yang masih menganggur. Ditakdirkan Mila dan Isham disatukan dalam majlis perkahwinan yang meriah.

Isham membawa Mila pergi berbulan madu ke Thailand. Disinilah titik hitam dalam hidup Mila bermula. Isham sebenarnya terlibat dalam sindiket pemerdagangan wanita dan bersekongkol dengan rakannya, Tengku. Isham mahu menjual Mila kepada sindiket di Thailand demi membalas dendam lamanya terhadap wanita itu yang pernah meninggalkannya demi lelaki lain. Mila cuba meloloskan diri daripada Isham.

Dengan seribu kepayahan akhirnya Mila berjaya sampai di Malaysia. Dia kemudiannya dibantu Kak Kathy dan Awe yang simpati terhadapnya. Naim memberi amaran kepada Tengku tentang kegiatan yang dijalankannya. Isham mula mencari Mila dan meminta bantuan Tengku apabila mendapat tahu isterinya itu telah sampai ke Malaysia.

Dato’ Rahim curang dengan wanita bernama Nita dan dapat dihidu Datin Ramlah. Mila yang selamat pulang ke rumah merahsiakan tentang Isham kerana tidak mahu ayahnya terkejut dengan niat jahat menantunya itu. Isham pula berang orang suruhannya gagal menjejak Mila.

Mila terhutang budi dengan Kak Kathy dan Awe. Mila mula mengatur rancangan untuk pulang ke rumahnya. Tetapi dia terpaksa bersabar kerana konco-konco Isham ada dimana-mana.

Ketika berada di Terengganu, Mila dipertemukan dengan Aisyah dan ayahnya yang menguruskan madrasah pelajar tahfiz. Di situ terdetik dalam hati Mila untuk berubah. Aisyah berdepan konflik mahu melarikan diri setelah cintanya dengan Imam Muhardi ditentang keras ayahnya kerana pilihan anaknya itu sama usia dengannya. Mila berjaya meyakinkan Aisyah bahawa tindakan ayahnya betul. Aisyah akhirnya akur.

Isham berjaya menjejak Mila di madrasah tersebut. Isham berbaik-baik dengan Imam Muhardi. Mila panik dan mahu melarikan diri namun berjaya dihalang Isham. Malangnya mereka berdua telah diserang ahli sindiket Geng Ular Tedung dari Thailand yang mahu membalas dendam terhadap Isham kerana gagal menyerahkan Mila kepada mereka seperti yang dirancang.

Isham berjaya ditangkap dan Mila berjaya melarikan diri. Namun kemudiannya Isham dapat lolos dan meminta bantuan Tengku untuk menyelamatkannya isterinya. Terbit rasa insaf dalam diri Isham dan dia menyedari terlalu menyayangi isterinya itu. Tengku terkejut dengan perubahan Isham yang memintanya membebaskan Naim.

Malangnya Mila telah ditangkap sindiket jahat. Mereka menawarkan sejumlah wang yang besar untuk Isham menuntut kembali isterinya itu. Isham meminta bantuan Tengku dan dia bersetuju sebagai membalas budi Isham sebelum ini. Namun sindiket itu main kotor menembak Isham walaupun wang telah diterima. Tengku menghantar Mila ke pangkuan keluarganya dan Isham yang cedera dibawa mendapat rawatan di hospital.

Hakikatnya Naim masih mengambil berat tentang Mila. Isham kembali sihat dan mula menuntut haknya sebagai suami Mila yang sah. Belum pun percubaannya berjaya, Isham dan Tengku telah ditangkap polis kerana kegiatan salah mereka sebelum ini. Masihkah jodoh antara mereka kuat? Atau pun Mila memutuskan kembali kepada Naim?
Sinopsis Memoir Karmila (Slot Widuri) Sinopsis Memoir Karmila (Slot Widuri) Reviewed by Bawang on Monday, May 25, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.