Sinopsis Novel Hello Jangan Tapau Cintaku

Sinopsis Novel Hello Jangan Tapau Cintaku. Saksikan drama adaptasi daripada Novel Hello Jangan Tapau Cintaku karya Hasreeyati Ramli yang akan bersiaran bermula 4 Ogos 2021 pada setiap rabu hingga sabtu jam 9 malam di Slot Lestary. Drama Hello Jangan Tapau Cintaku dibarisi pelakon hebat seperti Nafiz Muaz, Elisha Sandha, Eyka Farhana, Lisdawati, Dynas Mokhtar, Azri Iskandar, Syerinie Myra, Amyza Aznan, Mak Wan, Badrul Muhayat dan ramai lagi.


NOVEL HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU

BLURB

Ain Dheya, gadis kampung yang merantau mencari kerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia sangat berjimat dalam berbelanja. Disebabkan itu, dia tidak dapat mengikis sifatnya yang suka menapau makanan.

Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros. Sikapnya yang sombong menyebabkan orang di sekelilingnya sering terasa hati.

Kisah mereka berdua bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 untuk sesiapa yang sanggup menjaga adik perempuannya yang lumpuh. Sementelah kedua-dua orang tuanya mengerjakan haji di Mekah.

“You bukan tak tahu mulut I ni macam longkng bila I deal dengan staf I kan?” - Ash Fayyad.

“Kalau saya nak ambil jurulatih pun, sampai mati hidup balik seribu kali pun, saya takkan pilih Encik Fayyad tau!” - Ain Dheya.

Pelbagai peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan keadaan di dalam rumah itu menjadi huru-hara.

Berputikkah cinta yang tidak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti?


SINOPSIS NOVEL HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU

Mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Ain Dheya berasal daripada keluarga yang susah tetapi mempunyai pelajaran tinggi dan bekerja di sebuah syarikat di bandar. Memandangkan Ain datang dari keluarga yang susah, dia amat penjimat orangnya. Ain mempunyai sikap yang tidak dapat dikikisnya iaitu suka menapau makanan dari pejabat kerana kesemua gajinya sudah dihantar ke kampung dan dia menumpang di bilik rumah sewa kawannya.

Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hari orang lain di sekelilingnya dan bersikap sombong. Kehadiran Ain tidak begitu disukainya kerana Ain suka membawa garam belacan di pejabat dan baunya sudah tidak menyenangkan majikannya itu.

Kisah antara mereka berdua bermula apabila Ash menawarkan wang upahan bernilai RM50,000.00 untuk sesiapa sahaja di kalangan staf yang sanggup menjaga adik perempuannya yang lumpuh akibat kemalangan dan sudah berputus asa untuk hidup sementara kedua orang tuanya mengerjakan Haji di Mekah selama sebulan.

Tiada siapa yang sanggup menjaga adik perempuannya, Alia Feyda yang perungus itu dan sudah ramai jururawat yang telah dipecat kerana tidak sanggup menjaganya termasuklah beberapa orang gaji yang berhenti kerana tidak tahan dengan sikap adiknya. Malah teman wanita Ash Fayyad sendiri pun tidak sanggup untuk menjaga bakal adik iparnya itu.

Ain Dheya amat memerlukan duit itu disebabkan tanah yang menempatkan rumah mereka di kampung akan dijual oleh pak cik mereka yang tidak berhati perut. Ain terpaksa menerima tawaran itu. Bermulalah episod ngeri Ain di sana. Sehingga Ain sering dicaci maki dan dipukul oleh Alia Feyda namun Ain tetap bertahan juga kerana dia memerlukan duit itu.

Ain Dheya pada mulanya ingin berhenti namun memikirkan kepentingan ibunya dan adik-adiknya di kampung menyebabkan dia terpaksa mengorbankan dirinya menghadapi siksaan demi siksaan dari Alia Feyda. Kesabaran Ain Dheya itu membuatkan Alia Feyda berasa menyesal dan mula berkawan dengan Ain Dheya. 

Ain Dheya juga menjadi pemangkin semangat kepada Alia Feyda untuk sembuh dan dengan pertolongan Ain jugalah dapat menyedarkan semula Alia Feyda tentang erti kehidupan dan mahu hidup semula. Mereka menjadi sahabat baik kerana kawan-kawan Alia Feyda juga telah menyingkirkannya setelah dia lumpuh.

Teman wanita Ash Fayyad, Ann Dayana juga semakin cemburu kerana dia tidak berjaya mengambil hati adik lelaki itu. Dia mula merancang pelbagai perkara pada mulanya kerana mendapati Ash Fayyad lebih banyak menghabiskan masa di rumah ketika Ain Dheya ada. Ash Fayyad pula sering membuli Ain Dheya kerana sikap gadis itu yang lurus bendul.

Namun Ash Fayyad pada mulanya menafikan sudah ada bibit-bibit perasaan cinta pada diri gadis itu, meminta kawan baiknya agar meyakinkan Ann Dayana yang mereka tidak ada sebarang hubungan. Walaupun sudah tentunya gadis itu tidak mahu mempercayainya.

Ash Fayyad juga meminta pertolongan teman baiknya untuk menjaga Ann Dayana untuknya apabila dia tidak mempunyai masa lagi untuk itu. Kerana selama ini Ash Fayyad mahu menebus kesalahannya kerana dialah yang memandu ketika kemalangan itu berlaku hingga menyebabkan adiknya lumpuh. Sejak dari itu dia berikrar untuk menunaikan apa sahaja permintaan adiknya biarpun permintaan itu adalah di luar dari kotak fikirannya sendiri.

Di atas permintaan Alia Feyda jugalah Ain Dheya bersatu kerana bagi Alia Feyda, dia mahu gadis itu terus menjaganya di situ dan menjadi teman baik yang menemaninya sepanjang masa.

Demi kasih seorang abang terhadap adiknya, Ash Fayyad bersetuju untuk berkahwin dengan Ain Dheya walaupun dia terpaksa mengorbankan cintanya sendiri. Malah Ain Dheya juga terpaksa bersetuju kerana tidak sampai hati untuk melihat Alia Feyda kecewa di dalam hidupnya dengan cuba membunuh diri sebelum ini. Bahagiakah mereka dengan perkahwinan itu?
Sinopsis Novel Hello Jangan Tapau Cintaku Sinopsis Novel Hello Jangan Tapau Cintaku Reviewed by Bawang on Wednesday, August 04, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.