Sinopsis Drama Syurga Untukmu (Slot Samarinda)

Saksikan Drama Syurga Untukmu yang akan bersiaran mulai 14 Julai 2020 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Slot Samarinda. Drama Syurga Untukmu dibintangi oleh Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Yuna Rahim, Ameerul Asyraf, Julia Farhana Marin, Noralbaniah, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.


DRAMA SYURGA UNTUKMU
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini

Info Siaran
Tarikh Mula : 14 Julai 2020
Waktu : Setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam
Jumlah Episod : 15
Slot : Samarinda 


Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Ayie Mustafa dan terbitan Sha's Media Sdn Bhd

Pelakon
Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Yuna Rahim, Ameerul Asyraf, Julia Farhana Marin, Noralbaniah, Fazlina Ahmad Daud, Sefik, Fiza Thomas, Azza Elite, Rahhim Omar, Ummar Dzariff

Watak Pelakon
Diana Danielle sebagai Atikah
Fahrin Ahmad sebagai Adi
Yuna Rahim sebagai Intan
Ameerul Asyraf sebagai Hakimi
Julia Farhana sebagai Lestari
Noralbaniah sebagai Jamaliah
Fazlina Ahmad Daud
Sefik sebagai Niezam
Fiza Thomas sebagai Jasmin
Ummar Dzariff sebagai Aiman

Sinopsis Syurga Untukmu
Syarikat Radin Holding dimiliki oleh Herman dan isterinya Mulyani. Adi, anak mereka diarahkan untuk mendapatkan tanah milik penduduk Kampung Indah bagi projek pembangunan syarikat. Hanya tanah milik keluarga Jamiliah sahaja yang belum dipersetujui oleh dipindah milik. 

Jamaliah mengalami lumpuh. Atiqah, anak gadis kepada Jamaliah bekerja sebagai guru tadika. Dia tidak bersetuju memberi kebenaran kerana arwah Haji Ismail (bapanya) berwasiat demikian sebelum meninggal. Bagaimanapun adiknya Intan telah mengambil deposit untuk menjual tanah tersebut dari broker tanah, dia tidak mahu lagi hidup dalam kesusahan. 

Atiqah meminta Intan mengembalikan wang tersebut, ini menyebabkan berlakunya pergaduhan sesama mereka. Pak Din, penghulu kampung memujuk Atiqah supaya bersetuju dengan cadangan tersebut,  namun Atiqah bertegas. Pada masa yang sama Hakimi anak kepada Pak Din berminat dengan Atiqah.

Atikah marahkan Adi, Syarikat Radin Holding menyebabkan kesusahan penduduk kampung dan memaksa menjual tanah hak milik mereka. Atikah tidak bersetuju menjual tanah tersebut kerana ini amanat arwah bapanya. Di KL, Adi mempunyai rakan baik bernama Lestari semenjak dari zaman persekolahan lagi. 

Mulyani (ibu Adi) rakan baik kepada Hamidah (ibu Lestari) bercadang menjodohkan Adi dengan Lestari. Bagaimanapun Adi menolaknya. Manakala Pak Din berjumpa dengan Jamaliah untuk melamar Atiqah untuk dijadikan isteri Hakimi. Intan yang mendengarnya berasa cemburu, dia perlu bertindak segera, lalu memberitahu Adi.

Hakimi telah berpakat dengan Eizlan, seorang broker tanah melakukaan kerjaa jahat tersebut. Eizlan mahu mendapatkan jawatan sebagai CEO dalam syarikat Radin Holding milik bapa Adi. Adi masih merahsiakan dirinya anak kepada pemilik syarikat Radin Holding. Adi bercadang rumah Atiqah akan dijadikan pusat CSR. Adi semakin rapat dengan Atiqah, manakala Hakimi mulai cemburu melihat perhubungan mereka. Satu kampung kecoh memperkatakan hubungan Atiqah dengan Adi.

Sinopsis Drama Syurga Untukmu (Slot Samarinda) Sinopsis Drama Syurga Untukmu (Slot Samarinda) Reviewed by Bawang on Tuesday, July 07, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.