Sinopsis Novel Jangan Menangis Cinta

Sinopsis Novel Jangan Menangis Cinta. Jangan ketinggalan menyaksikan Drama Jangan Menangis Cinta bakal di adaptasi daripada Novel Jangan Menangis Cinta karya Siti Rosmizah tidak lama lagi. Drama Jangan Menangis Cinta akan bersiaran bermula 21 Mac 2022 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam di slot megadrama. Menampilkan pelakon hebat antaranya Amyra Rosli, Remy Ishak, Rita Nadira, Halim Radzi, Atilia Haron, Khaty Azian, Ku Faridah, Fadilah Mansor, Idzham Ismail dan ramai lagi.

NOVEL JANGAN MENANGIS CINTA

BLURB

Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.


“Aku taulah aku ni handsome, anak orang kaya. Tadi mesti kau nampak aku naik. Tu yang kau saja jatuhkan buku, padahal terkena sikit aje, saja nak kenal dengan aku, kan?” sindirnya.

“Helo! Mamat muka selengga. Awak nak saya azan dekat telinga awak ke? Jangan perasan boleh tak? Karang tak pasal pelempang,” marah Riyana.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

“Jangan ingat anak aku tergilakan kau! Perempuan macam kau, sebelah mata dia tak pandang! Kau tu hanya jadi kambing hitam, untuk dia balas dendam! Kau tak layak jadi isteri Zafran! Aku akan pastikan dia ceraikan kau!”

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

“Kau junjung sangat budak ni kan? Aku nak tengok bahagia mana kau hidup dengan dia! Kau lagi sanggup pilih dia dari suami! Kau dengar sini, bersaksikan semua orang. Aku ceraikan kau dengan talak satu!”

Saat ini setitis air mata pun tidak menitis di pipinya. Hanya anaknya dipeluk dengan erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.

SINOPSIS NOVEL JANGAN MENANGIS CINTA

Novel Jangan Menangis Cinta mengisahkan tentang ketabahan Riyana membesarkan seorang anak cacat bernama Cinta Aryana. Walau dicerca, Riyana tetap kuat membesarkan Cinta. Bukan sahaja disingkir keluarga mertua, lebih parah dibuang emak kandung juga dibenci suami sendiri gara-gara anak yang tidak sempurna. 

Apakah kesudahan hidup Riyana? Adakah Riyana akan kekal bersama Zafran atau akan muncul Hariz, cinta pertamanya yana akan menyelamatkan suasana atau Zul yang akan membantunya? Cepat dapatkan novel ini untuk tahu kesudahannya.
Sinopsis Novel Jangan Menangis Cinta Sinopsis Novel Jangan Menangis Cinta Reviewed by Bawang on Sunday, July 19, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.