Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta (Slot Lestary)

Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta | Saksikan drama lelaki lingkungan cinta adaptasi daripada Novel Lelaki Lingkungan Cinta karya Lily Haslina Nasir yang akan bersiaran mulai 21 Oktober 2020 jam 9 malam di slot lestary. Drama Lelaki Lingkungan Cinta dibintangi oleh Naim Daniel, Shasha Abedul, Ruhainies, Ismail Izzani, Rozita Che Wan, Cik B, dan ramai lagi. 


NOVEL LELAKI LINGKUNGAN CINTA
Berikut dikongsikan sinopsis untuk novel ini. 

BLURB

Antara redup wajah itu, aku menumpang cinta.

Antara kekar tangan ini, engkau aku pimpin.

Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.

Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya... Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib

Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.

Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri

“Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib

“Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!”
– Esya.

Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?

SINOPSIS NOVEL LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Novel Lelaki Lingkungam Cinta mengisahkan tentang kehidupan anak muda iaitu Adib dan Esya sejak dari mereka belajar di kolej sehinggalah ke alam universiti. Adib yang terkenal dengan sikap nakal nya dari kolej hingga ke universiti sering menganggu Esya. Kerana itu, Adib menjadi musuh nombor satu Esya. 


Dalam usia yang muda dan masih belajar, Adib dan Esya mengambil keputusan untuk berkahwin. Bagi Esya, sikap Adib berlainan ketika mereka bersama menyebabkan cinta berputik di hati Esya. 

Namun, rumah tangga yang dibina ada sahaja yang ingin robohkan. Zamri dengan sikap cemburu dan dendamnya tidak berputus asa mendekati Esya atas alasan mereka sepupu. Bagaimana pengakhiran kisah Adib dan Esya? Cepat dapatkan novel ini untuk keseluruhan jalan cerita.
Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta (Slot Lestary) Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta (Slot Lestary) Reviewed by Bawang on Wednesday, October 21, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.