Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti Lakonan Remy Ishak dan Nad Zainal (Slot Samarinda)

Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti | Jangan ketinggalan menyaksikan Drama Hati Yang Tersakiti mulai 15 Oktober 2020 di slot samarinda pada setiap isnin hingga khamis jam 10 malam. Drama Hati Yang Tersakiti dibarisi pelakon hebat seperti Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana, Riz Amin, Husna Mustaffa, Meor Mohd, Fad Anuar dan ramai lagi. 


DRAMA HATI YANG TERSAKITI

Info Siaran
Tarikh Mula : 15 Oktober 2020
Waktu : Setiap isnin hingga khamis jam 10 malam
Jumlah Episod : 15
Slot : Samarinda

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Feroz Kader dan terbitan Art Ornament Sdn Bhd

Pelakon
Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana, Riz Amin, Husna Mustaffa, Meor Mohd, Fad Anuar, Ainina Ahmad, Rahim Jailani, Sharifah Anthash

Watak Pelakon
Remy Ishak sebagai Haris
Nad Zainal sebagai Mona
Mimi Lana sebagai Farah Azira
Riz Amin sebagai Adrian
Husna Mustaffa sebagai Nina
Meor Mohd sebagai Ihsan
Fad Anuar sebagai Latif
Ainina Ahmad sebagai Puan Aminah

Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti
Mengisahkan tentang cinta yang tidak sempurna, asam garam kehidupan rumah tangga dan pentingnya kesetiaan serta kejujuran dalam sesebuah hubungan.
(Akan dikemaskini)

Drama Hati Yang Tersakiti mengisahkan tentang Haris (Remy Ishak) yang dahulunya bekerja sebagai penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT).

Mona (Nad Zainal) pula merupakan seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan rasa cinta tetapi Farah (Mimi Lana) merasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi. Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.

Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan memberi alasan bekerja.

Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.

Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. 

Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang dalam proses penceraian.

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mempunyai tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan dia mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya.

Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai cemburu dengan kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya. 

Akibat cemburu, bermulalah langkah Farah untuk mengkhianati persahabatan mereka. Malahan Farah nekad untuk memiliki Haris dengan apa jua sekalipun. Berjayakah cinta yang dimiliki dan disemai oleh Haris dan Mona bertahan hingga ke akhirnya? Bagaimana kah kesudahan kisah mereka? 
Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti Lakonan Remy Ishak dan Nad Zainal (Slot Samarinda) Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti Lakonan Remy Ishak dan Nad Zainal (Slot Samarinda) Reviewed by Bawang on Wednesday, October 14, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.