Sinopsis Kampung People 2 Lakonan Elly Mazlein dan Rashidi Ishak (slot lestary)

Sinopsis Kampung People 2 Lakonan Elly Mazlein dan Rashidi Ishak (Slot Lestary) | Setelah sekian lama menanti, Drama Kampung People 2 kembali menemui peminat mulai 17 September 2020 pada setiap rabu hingga jumaat jam 9 malam di slot lestary. Masih mengekalkan pelakon dan watak utama disamping penambahan watak baru yang dilakonkan oleh Adibah Noor sebagai ibu Mona. Drama Kampung People 2 dibarisi oleh pelakon Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Hun Haqeem, Kamarul Eqifshah, Adibah Noor, Fizz Fairuz dan ramai lagi.


Drama Kampung People musim 1 telah bersiaran pada tahun 2019 dan mendapat tempat di hati peminat drama melayu tempatan kerana mengutamakan kisah kekeluargaan, jalan cerita yang menarik dan penuh dengan adegan lucu yang dimainkan oleh watak utama. 

Sebelum itu, bagi yang belum melihat Drama Kampung People musim lalu, anda boleh tekan pautan dibawah ini untuk sinopsis. 

DRAMA KAMPUNG PEOPLE 2

Info Siaran
Tarikh Mula : 17 September 2020
Slot : Lestary
Jumlah Episod : 13
Waktu : Setiap rabu hingga jumaat jam 9 malam

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dan terbitan KL Motion Pictures

Pelakon
Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Hun Haqeem, Kamarul Eqifshah, Adibah Noor, Namron, Fizz Fairuz, Haeriyanto, Razak Ahmad, Shah Kimin, Shahril Sarjen, Azwan Razali, Haziq Fadhullah, Kismah Johar, Nazeri Md Isa

Watak Pelakon
Rashidi Ishak sebagai Razif / Abu
Elly Mazlein sebagai Mona / Aminah
Riena Diana sebagai Laila / Ruziah
Kamarul Eqifshah sebagai Imran / Yummy
Adibah Noor sebagai Nenda Dona
Hun Haqeem sebagai Jaafar
Fizz Fairuz sebagai Ejen Shukri
Namron sebagai Tuan Shuhaimi
Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
Shah Kimin sebagai Ismail
Nazeri Md Isa sebagai Tok Imam
Shahril Sarjen sebagai Badrul Bisu
Kismah Johar sebagai Madame Mah 


Sinopsis Kampung People 2
Pada musim pertama di akhir cerita Razif sekeluarga telah pulang ke bandar dan menjalani hidup seperti dahulu setelah Tuan Suhaimy masuk penjara dan kumpuan Cengkih Manis dibubarkan. Dalam Kampung People 2, setelah berada di sana, Razif yang merasa tertekan kerana kos kehidupan yang meningkat disamping masih mengekalkan gaya hidup yang lama. 

Razif mengambil keputusan untuk pulang semula ke Kampung Sinaran Baru dan menetap di sana. Laila juga berupaya memujuk ayahnya untuk pulang ke kampung kerana dia juga sangat merindui Jaafar. 

Berlakulah kisah hidup yang sama bersama penduduk kampung yang sangat menyenangi kehadiran Razif sekeluarga. Laila dan Jaafar juga dilamun cinta. Kehadiran ibu Mona, Nenda Dona ke kampung itu menghangatkan lagi suasana dengan sikap yang lebih melampau. Mona sendiri tidak mampu menandingi ibunya. 

Tetapi ketenangan itu cuma seketika setelah kumpulan Cengkih Manis muncul kembali ingin membalas dendam. Bagaimana dengan nasib Razif sekeluarga di kampung? Adakah Laila berkahwin dengan Jaafar? Sama-sama kita nantikan drama ini.

Sinopsis drama kampung people 2
Sinopsis Kampung People 2 Lakonan Elly Mazlein dan Rashidi Ishak (slot lestary) Sinopsis Kampung People 2 Lakonan Elly Mazlein dan Rashidi Ishak (slot lestary) Reviewed by Bawang on Thursday, September 17, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.